Yarn Sale! Tapi…

Assalamualaikum semua..

Memandangkan sekarang musim cuti sekolah.. berpeluanglah saya untuk melihat dan mencari info-info dengan lebih baik lagi..  🙂

Disini, saya ingin berkongsi tentang satu site yang sangat menarik dan best! Namanya ialah KnitPick.Com. Malangnya.. site ni tidak beroperasi secara international. Pelik kan? Banyak shop online lain yang best boleh beroperasi secara international tapi tidak pula bagi mereka 🙁 huhu… malas kot nak kirim jauh-jauh ni hehe… (ups.. harap mereka tak faham bahasa melayu) — 😮

Sebentar tadi, sedang saya surf-surf site ni, ternampaklah iklan yang sangat merambangkan mata kepada peminat benang kait! “– Yarn Sale –”   😮

Cantik kan benang-benang tu? Sesuai sangat kalau nak buat projek-projek besar seperti cardigan, sweater, vest.. sebab warna-warna benang tu semuanya cantik-cantik. Biasanya benang jenis Merino lembut. Saya pun tak tahu sangat pasal benang tapi bila baca buku, baru faham. Bolehlah belajar sikit-sikit dahulu ;).

Biasanya kalau nak benang tu tahan lama, pastikan ada sedikit campuran dalam benang tu. Kalau nak benang untuk buat socks, pastikan ada campuran wool untuk mendapatkan feelings elastik pada socks. ( Buku yang kata 🙂 )

Rasanya beli benang kat sini, mesti murahkan? (tapi yang mahal tu kos penghantarannya.. 🙁  huhu..)

Harap-harap satu hari nanti, sudilah site ni dibuka untuk international shipping.. 🙂

-Sindar-