Tutorial: Knit Stitch ( Pictures )

Step 1: Bahagian ini adalah bahagian Knit Side. Untuk mengait mata kaitan Knit Stitch, anda perlu memastikan keadaan jarum dan benang seperti gambar di atas.  Working yarn ( benang yang digunakan untuk mengait ) berada di sebelah kanan mengikut English Method.

Step 2: Kemudian, masukkan jarum sebelah kanan melalui bahagian bawah ke dalam loop (lubang kaitan) seperti gambar di atas membentuk palang X.

Step 3: Setelah itu, lilitkan benang (working yarn – benang yang bersambung pada bola benang ) pada jarum kanan tadi dari bahagian bawah ke atas seperti di dalam gambar di atas.

Step 4: Setelah itu, jarum kanan yang telah dililit dengan benang tadi dikeluarkan semula dari loop (lubang kaitan) yang sama ketika masuk tadi seperti dalam gambar di atas.

Step Akhir: Setelah itu, apabila jarum kanan tadi telah berjaya dililit, jatuhkan pula (keluarkan) benang yang tertarik  pada sebelah kiri dari jarum kiri. Tada! anda telah berjaya membuat satu mata kaitan Knit Stitch.

Selamat mencuba!