Apa yang saya perlukan untuk belajar mengait?

Cara memulakan belajar mengait

Assalamualaikum everyone.. apa khabar? Semoga teman Da’Knit semua sihat sentiasa insyaAllah…

Kali ini Da’Knit ingin membuat pos mengenai Cara Memulakan Belajar Mengait sama ada Knitting ataupun Crochet.

Saya telah menerima sebuah email daripada seorang hamba Allah bertanyakan tentang cara memulakan mengait beg ataupun topi.

Oleh itu, disini, saya ingin memberikan panduan memulakan seni mengait ini. Diharap pos ini akan membantu anda yang juga ingin belajar mengait 🙂

My current project.. Crochet Along with Yarn Lovers Malaysia (YLM) 🙂

1. Memahami asas mengait jarum kait dua (Knitting) ataupun jarum kait satu (Crochet)

Photo credited to photo-dict.faqs.org

Knitting (Jarum Kait Dua)

Asas yang perlu diketahui ialah (sila klik link di bawah ini untuk tutorial):

Photo credited to http://www.craftstylish.com

Crochet (Jarum Kait Satu)

Asas yang perlu diketahui ialah:


 

2. Memahami istilah-istilah untuk Knitting dan Crochet

Istilah Knitting dan Crochet:

Untuk bacaan berbentuk instruction/arahan, kita harus memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan tersebut. Untuk tujuan ini, anda boleh merujuk Knitting Abbreviations (sila klik link) untuk memahami setiap istilah.

Manakala untuk bacaan crochet, anda juga perlu memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan pattern tersebut. Crochet hadir dalam bentuk arahan dan juga diagram. Bagi memahami istilah berbentuk arahan, anda boleh klik pada link ini: Crochet Abbreviations dan untuk memahami istilah simbol, anda boleh klik pada link ini: Crochet Symbols

Setiap istilah ini menyatakan jenis kaitan yang perlu kita buat. Oleh itu, anda perlu perhatikan juga cara kaitan (boleh rujuk di youtube.com) bagi setiap istilah untuk memudahkan anda membaca pattern dan mengait pattern tersebut.


 

3. Praktik Menggunakan Pattern yang Mudah.

Setelah anda memahami asas dan juga cara membaca istilah pattern, maka, anda sudah pun boleh memulakan kaitan anda dengan merujuk pattern yang mudah bagi mengait projek yang anda inginkan.

Antara laman-laman web yang anda boleh lawati ialah seperti:

a) http://www.straw.com/cpy/free_patterns.html

b) http://www.knittingpatterncentral.com/

Anda boleh pilih pattern yang mudah.. kebiasaannya akan dinyatakan pattern tersebut adalah untuk Beginner. Cuba dan fahami setiap istilah di dalam pattern, dan kemudian kait perlahan-lahan mengikut arahan/simbol yang diberi. InsyaAllah, saya percaya anda boleh lakukannya!


 

4. Pemilihan Benang.

Pada masa kini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis benang yang menarik dari pelbagai jenis manufacture secara offline ataupun online. Di Malaysia, benang-benang yang biasa digunakan adalah terdiri daripada Nona, Minlon, Sakura, Wina, Venus, Orion Top dan pelbagai lagi jenis-jenis benang yang diperbuat daripada acrylic. Kebanyakkan benang-benang tempatan ini sesuai digunakan untuk mengait alas meja, beg, amigurumi namun secara kasarnya, kurang sesuai untuk digunakan mengait pakaian. Secara online pula, anda boleh mendapatkan benang-benang yang lebih baik kualiti dan mutunya untuk mengait baju, shawl, pakaian bayi dan pelbagai projek untuk keselesaan. Benang-benang ini boleh digunakan menggunakan satu jarum (crochet) mahupun dua jarum (knitting). Benang khas crochet yang dipanggil sebagai crochet thread sesuai digunakan untuk membuat lace ataupun doilies. Manakala benang-benang biasa (yang pelbagai saiz) sama ada crochet ataupun knitting, kedua-duanya boleh digunakan untuk mengait benang-benang ini. Pemilihan jarum dan benang adalah berdasarkan thickness benang tersebut. Semakin tebal benang, maka semakin besar saiz jarum yang digunakan dan begitu juga sebaliknya. Jikalau anda mengait merujuk pattern, maka adalah lebih elok anda mengait berdasarkan jarum dan benang yang dicadangkan. Jikalau tidak mempunyai benang ataupun jarum seperti di dalam pattern, maka peranan Gauge sangat penting dalam mendapatkan ukuran kaitan yang diinginkan. Benang-benang ini hadir dalam pelbagai jenis fiber, sama ada fiber haiwan, sintetik ataupun dari tumbuh-tumbuhan. Antaranya seperti benang wool, merino, cotton, microfiber, polyester dan pelbagai lagi.

Jika anda merujuk pada paten mengait, paten ada mencadangkan benang yang sesuai digunakan untuk mengait projek tersebut. Pastikan jumlah benang dan panjang benang mencukupi sebelum anda memulakan sesuatu projek mengait. Benang-benang juga ada yang diperbuat khas untuk bayi, sesuai digunakan untuk bayi disebabkan sifatnya yang lembut dan anti-bacterial.

Anda boleh layari laman-laman web ini untuk melihat jenis-jenis benang yang ada di kedai online kami:

http://yarnsonlineshop.com – kedai benang online Da’Knit Yarns

http://www.daknit.com – kedai jarum kait dua/satu dan benang online Da’Knit

Diharap guidelines ini akan membantu kawan-kawan yang ingin belajar mengait jarum satu ataupun dua 🙂 Jangan cepat putus asa! Yang penting.. sentiasa praktikkan apa yang telah dipelajari. Practice makes perfect!

InsyaAllah.

Semoga panduan ini memberikan manfaatnya untuk kita semua. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke sindarery@gmail.com

May Allah swt bless us all  🙂

Have a good night!

16 Replies to “Apa yang saya perlukan untuk belajar mengait?”

  1. Da’Knit, saya ingin mengait crochet topi untuk kanak2 umur 3th dan 6th, blh dptkan asas mengait iaitu dimulai dgn brp taliair dan brp pusingan yg sesuai bg menyudahkanya?kalu ada contoh tntu lbh baik. terima kasih.

  2. Sakura, Wina, Venus, Orion Top nak cari kat mana hah saya kat kl cuma ada minlon and nona je saya tak tahu malaysia ada benang sakura, wina, venus dan orion top. nak tahu benang ni ada jual kat mana saya cuma guna benang minlon dan nona je….

  3. Saya pernah belajar mengait 2 jarum…baju panas…tinggal sebelah lengan lagi xsiap, saya dh malas….Saya ingin nak habiskan balik kaitan itu…boleh ajarkan saya, step pn bnyk dh lupe…

  4. Saya pernah belajar mengait 2 jarum…baju panas…tinggal sebelah lengan lagi xsiap, saya dh malas….Saya ingin nak habiskan balik kaitan itu…boleh ajarkan saya, step pn bnyk dh lupe…

  5. Saya pernah belajar mengait 2 jarum…baju panas…tinggal sebelah lengan lagi xsiap, saya dh malas….Saya ingin nak habiskan balik kaitan itu…boleh ajarkan saya, step pn bnyk dh lupe…
    Klu boleh di mana saya boleh belajar balik?

  6. Hasil kait perlu dibasuh tak. Ada kawan bagitau hasil jahitan seperti topi bayi, headband perlu direndam dengan air kanji. Betul ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *