Majalah Digital

Assalamualaikum semua,

Apa khabar hari ni?

Syukur alhamdulillah kaliย  ini saya berkesempatan untuk berkongsi informasi lagi bersama anda semua. Sewaktu tengah surfing tadi, saya terjumpa satu laman web di mana kita boleh melanggan majalah luar negara tanpa tertunggu-tunggu keluaran isu baru di kedai buku ๐Ÿ™‚

Saya tak pernah lagi melanggan majalah secara online, jikalau anda sudah pernah mencubanya, bagitahulah macam mana ya? ๐Ÿ™‚

Magazine Subscriptions

Simply Knitting merupakan majalah knitting yang sangat menarik, penuh informasi dan yang best tu.. banyak pattern yang cantik-cantik! Setiap keluaran isu majalah ni, pasti terdapat gift untuk pelanggan. Bestkan? Jadi, bagi yang hendakkan gift, pastikan beli dalam bentuk hardcopy.

Laman webย  ini juga menjual isu majalah simply knitting di dalam bentuk softcopy, anda beli, download dan tada! Tinggal baca kat dalam Adobe reader sahaja ๐Ÿ™‚

Harga majalah jika anda melanggan terus dari mereka ini lebih murah dari membeli di kedai. Kalau yang bentuk digital tu, harganya juga lebih kurang dalam Rm30+. So, terpulang pada anda untuk membeli yang digital ataupun dalam bentuk hardcopy ๐Ÿ™‚ (kalau nak gift… belilah hardcopy he he)

Selain dari majalah Simply Knitting, banyak lagi majalah yang anda boleh langgani menerusi laman web ini. Siapa yang suka sangat membaca majalah, bolehlah langgan kat sini.

Oklah..

Nanti kita sambung lagi.

Selamat berhujung minggu untuk semua ๐Ÿ™‚

-Sindar-

Garter Stitch

Apakah garter stitch?

Garter stitch ialah pattern yang sangat asas dan sangat mudah untuk dikait. Walapun garter stitch tidak mempunyai corak yang berbunga-bunga, namun dengan menggunakan kombinasi warna yang sesuai, kaitan garter stitch akan memberikan hasil yang sangat menarik dan elegan.

Jum lihat gambar di bawah:

Majalah Simply Knitting September 2009

Cantik tak?

Anda pasti tidak percaya jika saya mengatakan bahawa pattern di atas adalah hanya menggunakan kaitan jenis Garter Stitch yang menggabungkan tiga warna benang dimana akhirnya menghasilkan satu fesyen yang sangat menarik dan elegan terhadap si pemakainya. ๐Ÿ™‚

Ini bermakna, anda yang baru sahaja melibatkan diri di dalam dunia seni kait jarum 2 (knitting) juga boleh membuatnya. ๐Ÿ˜‰

Bagaimanakah hendak mengait pattern Garter Stitch?

-> Seperti biasa, anda perlu membuat Cast On mengikut panjang stitches yang anda kehendaki.

– > Kemudian, pada baris pertama, kait Knit sehingga di akhir baris yang pertama. Pusingkan, kemudian pada baris kedua, anda kait Knit lagi sehingga di akhir baris yang kedua.

– > Ulang langkah ini sehingga mengikut panjang baris yang anda suka ๐Ÿ™‚

Senang kan? Apa yang anda perlu tahu ialah mengait kaitan Knit dan pandai menggabungkan warna benang untuk mendapatkan hasil yang menyerlah dan cantik.

Jangan lupa cuba, ok?

Selamat berknitting! ๐Ÿ™‚

-Sindar-


Teach Yourself Visually Sock Knitting

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? Semoga anda semua di dalam keadaan sihat sentiasa ๐Ÿ™‚

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi untuk terus melawat blog saya yang tidak seberapa ni ๐Ÿ™‚

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang sebuah buku yang bertajuk Teach Yourself Visually Sock Knitting oleh Laura Chau, buku yang mengajar kita bagaimana hendak membuat/mengait stoking.

Buku ini seperti buku Teach Yourself Visually Knitting, mempunyai banyak gambar berwarna-warni yang menarik beserta penerangan yang jelas dan tidak susah untuk difahami.

Setiap asas kaitan untuk stoking diajar satu-persatu untuk memudahkan kita memahami setiap langkah ketika mengait stoking.ย  Terdapat beberapa pattern stoking yang menarik yang boleh anda kait untuk projek pertama anda ๐Ÿ™‚

Beberapa bulan yang lalu, ketika mencari maklumat untuk mengait stoking, saya terjumpa buku ini dalam bentuk pdf dan diupload di salah sebuah server yang memang dah terkenal dengan “warez store”. Huhu..ย  ada juga orang yang sudi berkongi kan? Actually, perbuatan upload benda copyright memang salah disisi undang-undang.. hm, tetapi kalau dah susah nak dapat dan mahal pula nak beli, terpaksalah download juga ๐Ÿ˜‰ (uh..) Kalau ada jual buku ini, pasti saya nak beli. Saya sudah pergi ke beberapa buah kedai buku tetapi tidak jumpa buku ini. Manalah nak cari..

InsyaAllah, jumpa lagi di next entry!

-Sindar-

Kait Sarung Kaki/Sock Knitting

Assalamualaikum semua,

Ada sesiapa yang berminat hendak belajar bagaimana hendak mengait stoking? Jum, kita tengok, apa yang diperlukan untuk mengait stoking/knitting socks.

Biasanya, untuk mengait stoking, jarum yang digunakan adalah jarum jenis double pointed needles (DPNs). Biasanya jarum ini mempunyai 4 set ataupun 5 set jarum yang panjangnya biasanya 6 inci, 8 inci dan 12 inci. Setiap jarum mempunyai saiz diameter yang berbeza. Saiz jarum DPNs yang biasa digunakan adalah bersaiz 2.00mm, 2.25mm, 3.00mm, 3.25mm dan 3.75mm.

Double Pointed Needles (DPNs)

Pemilihan benang sewaktu hendak mengait stoking juga harus perlu diambil kira. Jika anda ingin mengait stoking yang akan digunakan sewaktu memakai kasut, gunakan benang yang tahan lasak dan tidak terlalu tebal. Biasanya, benang kait yang dilabel sebagai sock yarns adalah sangat baik untuk mengait stoking jenis ini (dipakai bersama kasut).

Ini disebabkan benang jenis ini adalah tipis dan telah dipintal bersama benang dari jenis wool dan nylon untuk mendapatkan kaitan stoking yang elastik dan tahan lasak. Benang yang tidak mempunyai daya elastik tidak akan mengekalkan bentuk asal stoking setelah beberapa kali dipakai.

Jenis kaitan stoking terbahagi kepada dua bahagian:

1. Bermula dari Cuff sehingga Toe.

2. Bermula dari Toe sehingga Cuff.

Gambar rajah di bawah adalah jenis kaitan Bahagian 1:

Sila klik gambar dan “zoom” untuk melihat gambar dengan lebih jelas dan besar

Maka dengan itu, jum kita tengok video bagaimanakah caranya hendak mengait stoking dengan menggunakan pattern asas seperti knit, purl, cast off,ย  cast on, decrease, dan increase yang bermula dari bahagian Cuff sehingga bahagian Toe.

Video part I: Cast On and Working on the Cuff

Video part II: Working the Heel Flap

Video part III: Turning the Heel

Video part IV: Picking Up and Knitting the Gussets

Video part V: Closing the Toe with Kitchener Stitch

Selamat mencuba!

-Sindar-

Decrease: Slip Slip Knit/SSK

Assalamualaikum semua..

Hari ini,

Jum kita belajar macam mana hendak buat – decrease – (maksudnya kita mengurangkan stitches pada kaitan) yang dipanggil sebagai ssk.

Jum tengok video kat bawah :)

Video credites to elsteffo.

Selamat mencuba!

-Sindar-

Decrease: Purl 2 together/p2tog

Assalamualaikum semua..

Hari ini,

Jum kita belajar macam mana hendak buat – decrease – (maksudnya kita mengurangkan stitches pada kaitan) yang dipanggil sebagai p2tog.

Jum tengok video kat bawah :)

Video credites to LionBrandYarn.

Selamat mencuba!

-Sindar-

Decrease: Knit 2 together/k2tog

Assalamualaikum semua..

Hari ini,

Jum kita belajar macam mana hendak buat – decrease – (maksudnya kita mengurangkan stitches pada kaitan) yang dipanggil sebagai k2tog.

Jum tengok video kat bawah ๐Ÿ™‚


Video credites to elsteffo.

Selamat mencuba!

-Sindar-

Increase: Yarn Over

Assalamualaikum semua..

Hari ini,

Jum kita belajar macam mana hendak buat – increase – (maksudnya kita menambah stitches pada kaitan) yang dipanggil sebagai Yarn Over.

Jum tengok video kat bawah ๐Ÿ™‚


Video credites to elsteffo.

Selamat mencuba!

-Sindar-

Apakah yang diperlukan untuk knitting?

Salam semua..

Hari ini jum kita tengok, apakah material yang perlu disediakan untuk memulakan kaitan knitting (jarum kait 2).

Sememangnya, material paling penting sekali ialah dua bahan ni, iaitu:

Knitting Needles/Jarum Kait 2:

  1. Biasanya jarum kait 2 terbahagi kepada 3 jenis. Iaitu Single Point Needles, Double Point Needles, dan Circular Knitting Needles.
  2. Single Point Needles/Straight Knitting Needles terdiri daripada dua set jarumย  yang mempunyai pelbagai jenis saiz diameter dan panjang. Biasanya Single Point Needles hanya mempunya satu tip sahaja.
  3. Double Point Needles (DPNs) mempunyai 4 set ataupun 5 set jarum. Kedua belah jarum mempunyai tip.
  4. Circular Knitting Needles terdiri daripada dua jarum yang dihubungkan oleh satu tali jenis nylon ataupun plastik, juga mempunyai pelbagai jenis saiz.

Benang Kait/Yarns:

  1. Benang kait mempunyai pelbagai jenis yang biasanya terdiri daripada natural fiber dan bukan natural fiber serta fiber blends.
  2. Natural fiber biasanya terdiri daripada jenis benang seperti wool, alpaca, mohair, cashmere dan angora yang datangnya dari bulu haiwan. Jenis-jenis benang ini ada yang lembut dan ada yang kasar. Biasanya jenis Merino adalah lembut dan Shetland pula sedikit kasar. Benang cotton diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, sesuai digunakan pada musim panas dan cuaca panas seperti di negara kita ( ya! juga sesuai untuk buat beg dan barang-barang accessories )
  3. Bukan natural fiber pula terdiri daripada jenis benang seperti acrylic (Acrylic is known as Acrylonistrille which we get from Acetylene or ethylene. It is also known as cheaper substitute of wool), nylon dan polyster. Sesuai kepada yang alah terhadap bulu haiwan.
  4. Fiber blends pula adalah campuran yang dipintal bersama-sama jenis fiber yang lain. Contohnya seperti 50%wool dan 50%acrylic. Biasanya fiber berlainan dipintal bersama untuk mendapatkan hasil seperti benang yang lebih murah dan boleh dibasuh menggunakan mesin.

**oleh itu, ketika anda hendak membeli benang, pastikan anda perhatikan arahan ataupun maklumat pada benang kait untuk mendapatkan benang yang anda inginkan ok!

Selain daripada dua material ini, terdapat beberapa material yang biasa digunakan sewaktu knitting.

Seperti gambar dibawah:

Biasanya accesories untuk jarum kait 2 terdiri daripada:

  1. Cable Needles: Untuk menghasilkan pattern cable.
  2. Stitch markers: Untuk menanda point kaitan anda seperti di mana berlakunya increase, decrease bagi pattern yang dikait.
  3. Tape measure: Untuk mengukur kaitan anda.
  4. Needle gauge:ย  Untuk mengukur saiz luas pattern anda.
  5. Crochet hook: Untuk memperbetulkan kaitan yang terbuka.
  6. Row counter: Untuk membilang pusingan kaitan anda.
  7. Stitch holder: Untuk memegang kaitan anda yang ingin dikait kemudian.
  8. Pompom maker : Untuk membuat pom-pom.

Bagaimana? Sudahkah anda bersedia untuk memulakan projek pertama anda? ๐Ÿ˜‰

Jum!

-Sindar-

Yarn Sale! Tapi…

Assalamualaikum semua..

Memandangkan sekarang musim cuti sekolah.. berpeluanglah saya untuk melihat dan mencari info-info dengan lebih baik lagi..ย  ๐Ÿ™‚

Disini, saya ingin berkongsi tentang satu site yang sangat menarik dan best! Namanya ialah KnitPick.Com. Malangnya.. site ni tidak beroperasi secara international. Pelik kan? Banyak shop online lain yang best boleh beroperasi secara international tapi tidak pula bagi mereka ๐Ÿ™ huhu… malas kot nak kirim jauh-jauh ni hehe… (ups.. harap mereka tak faham bahasa melayu) — ๐Ÿ˜ฎ

Sebentar tadi, sedang saya surf-surf site ni, ternampaklah iklan yang sangat merambangkan mata kepada peminat benang kait! “– Yarn Sale –”ย ย  ๐Ÿ˜ฎ

Cantik kan benang-benang tu? Sesuai sangat kalau nak buat projek-projek besar seperti cardigan, sweater, vest.. sebab warna-warna benang tu semuanya cantik-cantik. Biasanya benang jenis Merino lembut. Saya pun tak tahu sangat pasal benang tapi bila baca buku, baru faham. Bolehlah belajar sikit-sikit dahulu ;).

Biasanya kalau nak benang tu tahan lama, pastikan ada sedikit campuran dalam benang tu. Kalau nak benang untuk buat socks, pastikan ada campuran wool untuk mendapatkan feelings elastik pada socks. ( Buku yang kata ๐Ÿ™‚ )

Rasanya beli benang kat sini, mesti murahkan? (tapi yang mahal tu kos penghantarannya.. ๐Ÿ™ย  huhu..)

Harap-harap satu hari nanti, sudilah site ni dibuka untuk international shipping.. ๐Ÿ™‚

-Sindar-