Salam semua..
Hari ini jum kita tengok, apakah material yang perlu disediakan untuk memulakan kaitan knitting (jarum kait 2).
Sememangnya, material paling penting sekali ialah dua bahan ni, iaitu:
Knitting Needles/Jarum Kait 2:
- Biasanya jarum kait 2 terbahagi kepada 3 jenis. Iaitu Single Point Needles, Double Point Needles, dan Circular Knitting Needles.
- Single Point Needles/Straight Knitting Needles terdiri daripada dua set jarumΒ yang mempunyai pelbagai jenis saiz diameter dan panjang. Biasanya Single Point Needles hanya mempunya satu tip sahaja.
- Double Point Needles (DPNs) mempunyai 4 set ataupun 5 set jarum. Kedua belah jarum mempunyai tip.
- Circular Knitting Needles terdiri daripada dua jarum yang dihubungkan oleh satu tali jenis nylon ataupun plastik, juga mempunyai pelbagai jenis saiz.
Benang Kait/Yarns:
- Benang kait mempunyai pelbagai jenis yang biasanya terdiri daripada natural fiber dan bukan natural fiber serta fiber blends.
- Natural fiber biasanya terdiri daripada jenis benang seperti wool, alpaca, mohair, cashmere dan angora yang datangnya dari bulu haiwan. Jenis-jenis benang ini ada yang lembut dan ada yang kasar. Biasanya jenis Merino adalah lembut dan Shetland pula sedikit kasar. Benang cotton diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, sesuai digunakan pada musim panas dan cuaca panas seperti di negara kita ( ya! juga sesuai untuk buat beg dan barang-barang accessories )
- Bukan natural fiber pula terdiri daripada jenis benang seperti acrylic (Acrylic is known as Acrylonistrille which we get from Acetylene or ethylene. It is also known as cheaper substitute of wool), nylon dan polyster. Sesuai kepada yang alah terhadap bulu haiwan.
- Fiber blends pula adalah campuran yang dipintal bersama-sama jenis fiber yang lain. Contohnya seperti 50%wool dan 50%acrylic. Biasanya fiber berlainan dipintal bersama untuk mendapatkan hasil seperti benang yang lebih murah dan boleh dibasuh menggunakan mesin.
**oleh itu, ketika anda hendak membeli benang, pastikan anda perhatikan arahan ataupun maklumat pada benang kait untuk mendapatkan benang yang anda inginkan ok!
Selain daripada dua material ini, terdapat beberapa material yang biasa digunakan sewaktu knitting.
Seperti gambar dibawah:
Biasanya accesories untuk jarum kait 2 terdiri daripada:
- Cable Needles: Untuk menghasilkan pattern cable.
- Stitch markers: Untuk menanda point kaitan anda seperti di mana berlakunya increase, decrease bagi pattern yang dikait.
- Tape measure: Untuk mengukur kaitan anda.
- Needle gauge:Β Untuk mengukur saiz luas pattern anda.
- Crochet hook: Untuk memperbetulkan kaitan yang terbuka.
- Row counter: Untuk membilang pusingan kaitan anda.
- Stitch holder: Untuk memegang kaitan anda yang ingin dikait kemudian.
- Pompom maker : Untuk membuat pom-pom.
Bagaimana? Sudahkah anda bersedia untuk memulakan projek pertama anda? π
Jum!
-Sindar-
Salam. Saya mmg x de asas langsung dlm mengait. But I really want to learn how to knit a scarf. Sgt berharap saudari dpt bg ste by step mcm mana nk knit a scarf, boleh?
Salam Iman,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami π
Ya ka? Tak apa.. saya juga masih belajar dan saya pasti Saudari Iman akan dapat menguasai 4 langkah asas dalam mengait jarum dua tidak lama lagi. InsyaAllah, saya akan cuba memenuhi permintaan saudari untuk membuat tutorial scarf step by step dalam mengait scarf. Keep visiting us for new update ok?
Salam kak..saya teringin sangat2 nak belajar kait jarum dua..nak sangat10x…can you teach me??pleaseeee….huhu
Salam Zue,
InsyaAllah boleh π
Untuk jarum kait dua/knitting, kita harus tahu 4 asas yang perlu kita mahirkan.
1. Cast On
2. Knit
3. Purl
4. Bind Off
Apabila saudari telah mahir keempat-empat asas ni, saudari boleh mula dengan pattern-pattern basic seperti Garter Stitch, Stockinette Stitch.
Untuk permulaan, saya suggestkan saudari mula dengan Pattern Stockinette Stitch.
Saudari mahirkan dahulu Cast On, Knit, Purl dan Bind Off… kemudian saudari cuba pattern ni
Stockinetter Stitch
Cast On (CO) 20 stitches..
Row 1 (Right Side): Knit 20 (Knit untuk seluruh 20 mata kaitan sehingga habis baris)
Row 2 (Wrong Side): Purl 20 ( Purl untuk seluruh 20 mata kaitan sehingga habis baris)
Ulang Row 1-2 sehingga beberapa baris yang saudari suka.. dan berakhir pada bahagian ROW untuk Purl.
Bind off setiap 20 stitches (mata kaitan tadi)
Saudari boleh ulang proses ini berkali-kali sebelum mencuba pattern yang lebih susah.
Harap ini membantu! π
Untuk tutorial setiap 4 asas ni.. saudari boleh klik pada Asas Belajar Knitting di sidebar blog kami.
Jemput lawat selalu!
salam
saya berminat nk blajar mengait ni tp betul2 xde basic…
saya nk tahu yg mane kita ptot blajar dulu?…yg jarum 1 or jarum 2? saya da tgk alat basic kt ats tp sy confuse,yg mane yg spatotnya kena ade…ke kna ade smua ke-3 jnis jrum tu?bleh xplain n bg note tok org yg bru nk blajar cm saya x?tq…=)
Salam Alia π
Cuba Alia baca post yang saya buat di link ini.. mungkin ia boleh membantu untuk Alia buat pilihan sama ada ingin memulakan dengan crochet atupun knitting:
http://www.aheys.com/knittingdanprojeksaya/crochet-mp3-cozy/#axzz1Gp5qJ0lq
Untuk nota belajar mengait jarum dua, saya dah pun postkan tutorial. Alia boleh lihat kat sidebar, under Asas Belajar Knitting.
Untuk Crochet, boleh mohon password jikalau berminat untuk belajar jarum kait satu/crochet.
Kalau ada apa-apa pertanyaan lanjut, Alia hubungi saya ya! π
Salam
Saya berminat untuk belajar mengait.
Saya ingin meminta cadangan drpd kkak,
Benang-benang yang sesuai untuk buat scarf,
stokin, sarung tangan dan topi.
dan adakah kita boleh guna apa-apa sahaja jenis
benang?
Tolong terangkan untuk saya π
Waalaikumsalam Farah
Maaf kerana sangat lewat membalas pertanyaan Farah.
Jikalau Farah sudi, boleh tak email akak di sindarery@gmail.com?
Boleh terangkan dengan lebih lanjut dalam email nanti.
Terima kasih π
kak.. saya mmg nk belajar wt single crochet.. tp sy x tau pape.. sy cuma tau wt tali air jew