Make one increase (M1) dikait dengan memasukkan jarum ke dalam lubang kait diantara jarum kanan dan jarum kiri menggunakan jarum kiri dan kemudian knit/purl lubang tersebut.
Terdapat dua cara untuk membuat Make One Increase/M1, iaitu Make One Right dan Make One Left. Kali ini, kita akan belajar bagaimana hendak menambah satu stitch menggunakan kaitan Make One (right) Knit. Video ini adalah tutorial daripada TheKnitWitch :
Bagi Make One Right, jarum kiri dimasukkan melalui belakang lubang/loop ke hadapan dan kemudian jarum kanan akan mengait Knit seperti biasa pada loop tersebut.
**Bagi Purl, jika hendak membuat Make One Right untuk kaitan Purl, caranya juga adalah sama tetapi lubang/loop tadi akan dikait mengikut kaitan Purl.
Selamat mencuba! 😀
-Sindar-