Benang..

Assalamualaikum 🙂

Tadi sempat juga saya singgah membeli benang pelbagai warna.. yang hitam ingin dibuat pom pom.. dan yang lain masih tak tahu hendak dibuat apa..huhu

Mungkin boleh belajar crochet pelan-pelan 😀

Masih banyak benda yang saya tidak tahu, yang ingin saya pelajari perlahan-lahan. Di dalam kesempitan kerja, akan saya cuba juga usahakan untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam dunia mengait. Tips-tips mengait, langkah-langkah mengait pattern, dari yang senang ke tahap yang susah.. is not impossible, right? 😀

Apabila menjelajah ke blog-blog lain, saya sungguh kagum melihat betapa kreatifnya orang-orang Malaysia ya 😀 Apabila melihat kraf-kraf ni, rasa seronok betul dan buatkan hati jadi happy 😀 Spirit pun naik.

Just, bila nak buat mesti ada willingness! Baru boleh jalan..

Saya percaya setiap orang pasti ada kelebihannya masing-masing, yang penting tu, tahu di mana hendak dicungkil 😀

Pada masa lapang dulu, saya suka menghabiskan masa bermain piano, satu-satunya kemahiran yang saya ada.

Tetapi sekarang saya sudah ada satu kemahiran iaitu mengait dan saya sungguh gembira dapat belajar mengait daripada knitters yang ada di internet ni 😀 Semoga Allah terus memberikan saya kesungguhan untuk terus belajar.

Oh ya,

Topi mesti siapkan hari ini juga. Tinggal ditutup bahagian atasnya lagi. Harap-harap, besok sudah boleh bagi pada tuannya 😀

InsyaAllah,

Selamat petang semua!

-Sindar-

4 Replies to “Benang..”

  1. Sindar,
    thanks singgah blog Yati ya!
    Suka Yati, dapat kenal dengan knitters, crafters…
    Tapi Yati still beginner dalam knitting ni… tak tau buat hat lagi, sebelum ni Yati cuma buat cross stitch saje.
    Nice to know you! Dan Yati add blog Sindar ni dalam my blog list ya. ^_^

    1. Salam Yati,

      Terima kasih kerana sudi jenguk blog ni dan selamat datang!
      Yup, saya pun add blog Yati dalam link saya ya? 😀
      Oh, saya suka tengok cross stitch tapi tak pandai buat hehe..
      Nampak macam susah nak buat..
      Nice to know you too 🙂

    1. Salam kak Ayza,

      Aahh.. hehe.. boleh saja untuk kak Ayza 😀

      InsyaAllah, apabila ada masa lapng nanti saya akan mainkan untuk kak ya 🙂

      Lagu rentak lembut ala-ala japan ok kak Ayza ? 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *