Ini adalah stoking yang pertama saya kait semasa belajar kait pada akhir tahun 2009 yang lalu. Hehe.. cuma siap sebelah sahaja.. kawannya sampai sekarang pun tak ada lagi .. sedih.. dan yang kecil tu percubaan membuat baby booties.. dan memang sangat kecil.. sungguh kecil.. muat jari telunjuk saja 😀
Yang ni pula, buat masa awal tahun.. first-first mau dibuat scarf.. tapi akhirnya jadi headband dan dihadiahkan untuk my mom yang tersayang 😀 hehe.. tapi dia tak pakai pun.. simpan jadi khazanah 😛
Masa belajar mengait awal-awal memang sangat excited. Lebih-lebih lagi apabila berjaya buat projek yang susah.. Apabila melihat banyak teman-teman yang pandai mengait, sungguh rasa teruja. Kagumnya..
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah swt akan memberikan kita peluang untuk memperbaiki skil dan kemahiran yang sedia ada dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt. Amin ya rabb..
InsyaAllah, mudah-mudahan ..
-Da’Knit-