:)

Alhamdulillah, I received another feedback from one of our customer and told that her yarns finally arrived safely yesterday… thank you so much Syahidah ๐Ÿ™‚ Mudah-mudahan yang lain pun akan selamat sampai ke tangan tuan masing-masing. Alhamdulillah setelah melihat tempoh waktu benang sampai, penghantaran itu mengambil masa lebih kurang dalam anggaranย  7-12 hari.

Hari ini, saya telah menerima dua tempahan mengait topi untuk anak-anak rakan sepejabat saya, salah satu patternnya adalah seperti gambar di atas ๐Ÿ™‚ hihi… It is challenging! Saya sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima sebarang tempahan kerana kaitan saya belum cukup ilmunya. Tetapi, dengan peluang yang ada ini, mudah-mudahan ianya akan membantu saya untuk memahirkan diri dalam seni kait dan selok-belok ilmu mengait. Bukan setakat untuk mengait suka-suka tetapi lebih dari itu, walaupun mengait ini hanyalah sebagai hobi tetapi saya ingin cuba menjadikan hobi ini sebagai satu kemahiran professional. Seperti memahirkan diri dalam pemilihan benang, mengenal pasti jenis-jenis benang yang sesuai dengan pattern-pattern yang ada, memahami setiap ukuran yang bersesuaian dengan benang dan jarum, bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan ๐Ÿ˜‰ Mudah-mudahan Allah swt memberikan peluang itu untuk saya, insyaAllah.

Saya juga berharap untuk belajar dari rakan-rakan yang sama-sama minat mengait, menambah ilmu dan berkongsi ilmu yang ada. Saya percaya, ilmu tidak akan pernah hilang walaupun ilmu itu dikongsi kepada beribu orang yang lain, malah hikmah disebaliknya menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan membantu mengukuhkan kekuatan ilmu itu.ย  Don’t you agree? ๐Ÿ˜‰

Until we meet again! Thanks for hopping by ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *