Yay! :D Benang sudah tiba..

Alhamdulillah, hari ini, ketika menghantar jarum yang dibeli oleh seorang customer, sekaligus saya mengambil peluang bertanya pada counter pos sama ada barang sudah sampai ka.. hahah lucky! Benang yang saya beli dari Yarnsonlineshop.Com seminggu lalu telah pun sampai. alhamdulillah.. lebih kurang 11 hari sampai.

Tada! 😀 sukanya..

Benang-benang ini adalah benang Lycra cotton dan Benang Gonca Acrylic. Boleh didapati di http://Www.Yarnsonlineshop.Com kami! Benang-benang ini sesuai untuk knitting dan crochet. Saiz jarum yang dicadangkan untuk benang-benang ni  adalah diantara 3.00mm – 5.oo mm.

Apa yang mengejutkan saya ialah:

Wahh.. benang Gonca ni Besar Punya! Kedua-dua benang ini mempunyai berat yang sama iaitu 100gm sebuku dan juga panjang benang yang sama iaitu sepanjang 300m, sama- sama jenis Acrylic, tetapi feel texturenya memang berbeza 😮 Tetapi bila dah dipintal, Gonca ni nampak besar pulak haha, cukup untuk buat 2 set topi dewasa.  Benang Gonca ni lembut tak kasar dan sesuai untuk kait topi, beanie, scarf , vest dan macam-macam lagi.  benang yang coklat tu saya dah lama beli.  Sebuku sudah pakai cukup untuk buat sepasang topi dan 3 pasang handphone cozy, malah ada lagi lebihnya..  🙂 best best.. tengah fikit nak buat projek apa lepas ni..

Ini pula benang Lycra cotton dan juga boleh didapati di http://Www.Yarnsonlineshop.Com kami! Comel lah.. dan memang lembut.. sesuai sangat kalau buat baju atau selimut bayi. Satu buku ni beratnya 50gm, panjang 160m. Satu paket ada 400gm/8 buku benang. InsyaAllah, saya akan cuba fikirkan apa yang sesuai untuk projek ni.

Apa yang sedang saya kait sekarang ni?

Ini adalah tempahan rakan sepejabat yang hampir siap 90%. InsyaAllah, besoknya sudah pun boleh diberi pada tuannya. Harap-harap nanti dia suka 🙂 Ini adalah topi untuk babynya berusia 6 bulan. Benang ni saya sangat suka sebab selain lembut, ianya sejuk dan selesa dipegang. Tak gatal. Sesiapa yang nak cuba benang ni, boleh lihat kat sini –  Benang

Syukur Alhamdulillah untuk hari ni. Thanks for hopping by! Assalamulaikum,

4 Replies to “Yay! :D Benang sudah tiba..”

  1. ah ha 😮 betul Syahidah.. ingatkan benang ni saiz nya mcm biasa ja.. rupanya besar punya! hahah.. projek apa nak buat lah ni ya.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *