Salam semua!
Terima kasih kepada semua contestant yang telah mengikuti giveaway ini π
InsyaAllah, kepada semua contestant, keputusan akan diumumkan setelah penilaian dibuat. Apa yang menarik kesemua sebab dan slogan waaahh sungguh best best! membuatkan Da’Knit bersemangat untuk terus berknitting! Alhamdulillah.. terima kasih teman knitters semua! Nantikan keputusannya dalam masa 2 hari ini.. ya! —
Perubahan tarikh:
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 13 NOVEMBER 2010 dan Hadiah pemenang akan dihantar pada 15 November 2010 ke alamat pemenang nanti π stay tune!
Assalamualaikum semua π
Terima kasih kerana terus sudi mengunjungi Da’Knit@Aheys.Com. Hari itu, Da’Knit telah memohon maaf di atas pembatalan contest yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, hari ini, bagi menebus pembatalan itu, Da’Knit akan menganjurkan Giveaway kepada semua peminat mengait. Giveaway ini akan bermula pada 26.Oktober.2010 dan berakhir pada 11. November.2010
Hadiah yang menanti anda adalah:
Eyelash Yarn from Yarnsonlineshop.Com
Red and White Colour, 8 ketul benang satu paket
65% Acrylic, 35% Nylon
**Hadiah ini ditukar kerana Da’Knit ingin memberikan kelainan kepada peminat mengait untuk mencuba benang berbulu eyelash ni. Wah.. hanya tinggal 13 hari lagi sebelum giveaway ini ditutup.. mari dapatkan benang istimewa ini! π
Syarat-syarat pernyertaan:
1.Β Terbuka kepada semua peminat mengait sama ada mempunyai blog ataupun tidak! π
2. Berikan 5 sebab kenapa anda ingin memenangi benang ini.
3. Lengkapkan slogan berikut:
Jika saya memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com ini, saya akan mengait…. (tidak lebih dari 20 patah perkataan)
4. Sila tinggalkan 5 sebab dan slogan ini di bahagian COMMENT ENTRI ini, beserta nama anda, blog anda (jika mempunyai blog) dan kemahiran anda sama ada crochet ataupun knitting.
5. Hanya SEORANG PEMENANG SAHAJA yang akan terpilih.
6. Be Da’Knit FOLLOWERS melalui I Like Knitting yang terletak pada sidebar blog ini.
Hadiah berhak ditukar oleh Da’Knit sekiranya kehabisan stok. Pemenang akan diumumkan pada 12 November 2010 dan hadiah akan dihantarkan kepada alamat pemenang pada hari berikutnya. Sila berikan masa selama 7-14 hari untuk hadiah sampai ke tangan anda π
Jum join giveaway ni!
Good luck! π
Salam. Hai kakak, saya aino ingat x, ingat x�?? ;D
Kenapa saya naaak benang ni:
1.sebab ia free, sebagai pencinta freegift saya pasti sangat menghargainya =D
2.sebab saya baru belajar mengait, xpenah cuba pon benang bulu2 yang cantik meletop nih
3.dengan benang banyak2 nih, boleh la saya mengisi waktu cuti nanti dengan mengait
4. kalau xdapat benang ni, saya xbole tido malam termimpi2. kalau akak xbagi kat saya, pasti akak rase bersalah sebab buat saya kecewa
5.saya dah join blog akak tau walaupon hakikatnya saya xde blog ponβ¦ha8β¦seriously, nak benang free punyer pasal =)
Saya baru sahaja belajar knitting kerana jeles tengok org buat projek comel2 dan sweet2. Tapi demi melengkapkan gaya feminin yang ada, saya akan belajar crochet pulak lepas nih. Selamat Berjaya pada diri sendiri =D
Jika saya memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com, saya akan mengait dengan penuh kasih sayang dan menghadiahkan pada yang tercinta, supaya mereka gembira dan hangat sentiasa memakai benang-benang cinta.
5 SEBAB saya nak memenangi yarn yang comel ini (^___^) :
1) Saya nak gunakan masa terluang saya terutama hujung minggu mengait bersama kembar saya, sebab dia pun minat mengait jugak, sambil mengait dapat eratkan hubungan dengan kembar.
2)Dapat menggembirakan orang lain dengan menghadiahkan hasil dari crochet kepada orang tersayang. π
3)Untuk tingkatkan kemahiran saya dalam bidang mengait sebab saya baru belajar mengait
4) Menaikkan semangat saya untuk lebih rajin mengait, sebelum ni guna benang biasa je, teringin jugak nak mengait guna benang yang berjenama sedikit
4) Mendorong saya mengajar orang lain untuk belajar membuat crochet.
Jika saya memenangi SAMBA Eyelash Yarnsonlineshop.com ini saya akan mengait crochet amigurumi atau selimut untuk anak buah saya yang comel sebagai hadiah harijadinya yang akan datang.
A’km.
1) Benang yang ditawarkan tu amat menarik perhatian…..
2)Mendorong akak utk lebih berusaha utk menghasilkan projek yg lebih menarik
3)Membuktikan pada zaman it pun masih ada kerja-kerja tangan yg dapat dihasilkan di waktu terluang selain mengadap pc
4)Nak mencuba menggunakan benang berlainan dr yg biasa digunakan….so lepas ni blh order benang-benang yg adik jual….
5)Nak kait sesuatu utk 2 org puteri akak sebagai hadiah di harijadi nanti……….
Jika saya memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com ini, saya akan mengait sesuatu yang akan diberikan kepada anak-anak saya sebagai tanda kasih sayang saya kepada mereka selama ini.
Saya berkemahiran dalam crochet dan sedang belajar knitting.
Jika saya memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com ini, saya akan mengait…. sehelai cardigan yang hasilnya dari tangan saya untuk kawan baik sebagai kejutan dan tanda penghargaan saya kepadanya.
sebab-sebab ingin memenangi benang ini:
1) saya tidak pernah mengait menggunakan benang seperti ini (sesuatu yang membuatkan saya teruja)
2) saya masih tercari-cari benang yang sesuai untuk digunakan. saya perlukan benang yang cantik untuk kait sehelai baju kepada seorang kawan saya yang banyak memberi dorongan dalam bidang kait ini(saya perlukan sesuatu yang istimewa untuk seseorang yang istimewa)
3) secara kebetulan pada 12 nov saya mula cuti semester dan sebagai mengisi masa terluang,saya akan mengait untuk tingkatkan skill dan membuktikan bakat saya dengan mengait pelbagai pattern yang saya dapat dari internet.
4) saya masih muda dalam mengenal jenis-jenis benang. dan ketika ini saya tahu wujudnya eyelash yarn, dan saya mahu memegang dan mengait menggunakannya. bukan sekadar melihat di blog ini.
5) saya dalam keadaan ketagih untuk mengait. walaupun minggu exam,saya tidak boleh berhenti mengait sehinggalah kehabisan benang. niat hati untuk beli benang ketika exam berakhir dan saat ini meluangkan masa untuk mencari jenis-jenis benang tetapi akhirnya saya terjumpa blog ini, dan mengharapkan benang itu menjadi milik saya.
Hye tuan rumah
Puteri ada buat entri pasal hasil crochet yang Puteri buat. datang la jenguk ye..hehe
Hasil Pertama Dengan Crochet
ooo ya ka? nanti saya visit blog puteri ya π thank you for sharing!
Terima kasih sebab sudi jenguk π
hihi sama-sama Puteri π
5 Sebab kenapa saya nak menang
1 – Saya nak hadiah percuma, tak payah nk beli dah
2 – MAcam best je benang nie, payah nak dapat nie
3- Baru belajar mengait… so tgh addicted
4 – Saya suka warna benang tu – RED my fav color
5 – Saya nak glamour /free marketing – sebab kalau saya menang, mesti nama/ blog saya tersenarai kat sini.
Jika saya memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com ini, saya akan mengait bunga-bunga kait yg lagi cantik untuk dijual…
Salam Kak Ery, akhirnya yan join jugak..hehehe π
Reason :
1. Sebab yan suka sangat mengait and minat yg mendalam dalam bidang crochetting and knitting. Suka dengan hasil tangan yang halus-halus nie.
2. Kak Ery mesti dah rase kait guna benang nie kan..yan pun nak rase jugak kait guna yarn nie..hehehe..sebab yan tak pernah pun guna yarn nie..yan nak rase texture yarn nie..Susah kan nak dapat kat sini..memang takdela kan kat Malaysia nie.
3. .Tak sama dengan yarn yang yan guna selama nie.Yarn nie nampak cantek sangat, lagi2 warna merah..really hot colour. menarik perhation..And yan nak tambah collection yarn yg sedia ada.
4. Yan nak try kait something new menggunakan yarn ni, yang tak pernah kait sebelum nie. Yan nak try kait scarf(macam sesuai kait scarf), headband ke, doll ke mesti comei..love it hehehehe π
5. Yan nak tengok hasil kait menggunakan benang eyelash yarn nie. Sebab yarn nie berbulu, yan tak pernah tengok hasil kait guna yarn nie. Ape ye hasilnya?mesti menarik..hehe
Jika yan memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com ini, yan akan mengait dengan sepenuh jiwa dan minat yan untuk menghasilkan sesuatu yang paling istimewa dengan hasil tangan yan sendiri π
P/s : Good luck to Kak Ery and thanks for this GA. Tapi kalau mengait memang lupa diri kan π
Thanks Yan π and good luck for you too! Dah habis exam ka? Cuti sudah? hehe.. time to relax π
welcome π
ish..yan baru je habis exam,,penat..ni nga kemas-kemas nak balik uma..hehee
ooh ya ka? Alhamdulillah… bestnyer.. banyak lah projek cuti cuti ni hihi… ok, have a safe journey for you Yan π semoga sampai rumah dengan selamatnya.. amin..
hehhee..best-best,nnti kite chat ea kat ym..yan beli benang t..
tp payment tak twu nak transfer mcm mne
ok π nanti kita chat hihi.. Yan dah nak beli benang ka? kalau ada apa-apa email ja akak ok? pasal payment, klu yan dah submit order.. akaun akak akan dihantar ke email Yan secara automatik.. kalau ada yang tak faham.. Yan tanya ya? π
owteyh :p
tunggu akak on9
hihihihi π boleh join ke ni ….
wahh.. come come.. join Yuu ! π
saya buat entri baru pasal giveaway nie sorry lmbt join hihihi….
Berikan 5 sebab kenapa anda ingin memenangi benang ini.
– saya suka crafting
– saya suka kumpul pelbagai jenis benang
– saya nak cuba benang eyelash nie untuk buat something different….
– benang ni sangat menarik perhatian saya
– boleh membantu saya memahami metarial jenis benang ni,saya kan tak pernah cuba benang ni lagi hihihi
Jika saya memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com ini, saya akan
– mengait topi bayi samaada crochet atau knitting atau kedua-duanya sekali yang penting saya tetap akan kait sesuatu yang best….
assalamualaikum..boleh join lg ke ni??
klu boleh…
ni 5 sebab nape saya nakkkkkk sangat benang ni
1- saya x pernah tengok benang camni, so teringin nak pegang ngan tangan sendiri.
2- kalau dapat, akan jadi benang mengait pertama saya, mesti semangat giler nak mengait.
3- kalau dapat ni jugak, kna beli eksesori lain je… dah jimat dah tu kan?? π
4- warna menarik. hot red.
5- saya suka tengok belog ni, sangat ceria, hasil craft pun sangat comel, klu tak menang, sedeh pulak nak tengok lagi…
slogan:
Jika saya memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com ini, saya akan mengait.. beg laptop untuk dibawa ke kelas dan bila kawan-kawan bertanya, bolehlah saya bawa mereka terus ke blog ini. π
pernah belajar kait alas meja masa darjah enam tapi tak sempat buat projek sendiri. teringin nak hasilkan craft sndr. maka status:tiada kemahiran. π
thank you for joining Diea .. good luck! π
Slogan
Jika saya memenangi SAMBA EYELASH Yarn dari Yarnsonlineshop.Com ini, saya akan mengait Red Shaun The Sheep untuk kedua-dua anak saya.
5 sebab kenapa saya nak benang ni
1. Saya geli geleman tgk gambar benang ni sbb berbulu kan..mana tau, kalo dpt pegang, raser bestkan…
2. Cam tak penah jumpa benang ni..kat tempat omputih selalu la ada kot..kalo dpt musti raser hebat jer….hahah.benang omputih la katekann…
3. Saya tak penah ader eyelash (bulu mata) yang panjang, lembut gituw cam benang ni..jadiknyer heran pasal apa benang ni buleh ader eyelash..(dia kan tkder mater..hehe)
4. Teringin nak tgk rupa Shaun The Sheep in Red lps dah crochet kan (ni kartun kegemaran anak2 saya nih..) sama ada jadik shaun the sheep yg cumel atau shaun the sheep the eyelashes hehehe
5. Saya tak penah beli benang merah menyala cam ni..tak tau la apsal..sbb tk penah jumpa yg really red camni kot..
Kemahiran crochet tu intermediate..tp mmg beginners in knitting..tgh mencari2 buku yg benar2 mudah utk sy belajar knit…
so still boley join ke?