Review: Crochet Hook Jepun

Assalamualaikum semua.. kali ini Da’Knit ingin membuat review mengenai crochet hook dari Jepun yang amatlah exclusive sekali..  sama ada anda sudah tahu ataupun baru ingin mengenali crochet ini.. nama crochet hook ini ialah Hamanaka Raku Raku Soft Touch Crochet Hook (pernah dengar tak?) Raku raku bermaksud selesa atau senang di dalam bahasa Jepun…..  Crochet hook ini terdapat dua jenis.. satu jenis untuk yang kait biasa-biasa.. dan yang satu lagi adalah khas untuk kait Lace…

Yang ini seperti yang anda lihat dalam gambar..merupakan double ended crochet hook dan setiap hook mempunyai saiz yang berbeza.. maksudnya 2 dalam satu lah.. 🙂

Just beautiful and cuteee!!!!!

Picture credited to: http://meilistudios.blogspot.com/

Yang ini pula… set bagi Crochet Lace Hook juga double ended, bersaiz 4-6/0-2/8-10, dan jika anda beli satu set.. anda akan dapat case percuma seperti gambar di atas.. memang cantik! ni gambar case dia..

Comel dan cantik kan? hihi.. suka tengok beg macam ni… memang best kalau dapat jadikan case untuk simpan crochet hook kita…

Disebabkan hati teringin sangat hendak belajar crochet.. maka saya pun survey jarum-jarum crochet yang biasanya sangat selesa dipakai oleh crocheter luar negara.. kebanykkan mereka suka pakai crochet dari Boye, Susan Bates dan Soft Touch Clover… oh.. memang rambang mata lihat! @_@

Tetapi apa yang istimewa terhadap Hamanaka Raku Raku ni? Saya memang sangat curious sebab kalau anda nak tahu.. harga satu set bagi setiap satu ni.. mencecah sehingga RM 150++.. oohhh.. mahal tu… @_+ kalau anda beli kedua-dua set ni.. harganya mencecah sehinggan RM340++… kalau sebatang lebih kurang RM40++… oh Allah.. memang terkejut beruk tengok harga dia.. dan tak logik langsung sebab mahal sangat hanya untuk sebatang jarum crochet..

Namun, kebanyakkan review yang saya baca dari pengait-pengait luar negara.. komen mereka terhadap jarum crochet ini sangat sangat sangat sangat sangat sangatlah selesa..  dan Soft Touch Clover (juga dari Jepun) tidak selembut dan se-selesa Hamanaka Raku Raku crochet ini…

Kalau tengok dari gambar ni nampak biasa sahaja kan.. tetapi most of the comments given, said that they are 100% satisfied dengan ke-best-san jarum ini… jadi mungkin sebab itulah harganya mahal.. lebih-lebih jual dalam nilai dollar.. uhuh… RM pun jadi naik 🙁

Jadi kebanyakkan pengait luar negara yang beli set ni.. hehe.. tak berani bawa jarum ni keluar sebab takut hilang dan kalau hilang.. nak beli balik wah ha.. mahal !

Memang baca review mereka membuat hati sangat tempting untuk mencuba jarum ini.. jarum yang sememangnya khas untuk keselesaan ketika mengait dan mengelakkan rasa sakit pada tangan.. sehinggakan anda boleh mengait berjam-jam lamanya tanpa rasa letih… :O

Setiap crocheter ada dua cara boleh pilih kalau nak pegang hook.. satu knife-style, dan satu pencil-style..  kebanyakkan jarum ini cara pegangnya seolah-olah pegang pensil.. tapi rasanya cara pegang seperti pisau pun ok!

Anda pula.. ? Pensil ka, pisau ka?

hehe.. oklah.. harap review kali ini menarik untuk bacaan teman semua!

Jikalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan jarum ini dan membuat pre-order… boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com 🙂

Review dari kak Lia (Thanks kak Lia 🙂 :  http://mamaleesya.blogspot.com/2011/02/crochet-hook-hamanaka-rakuraku-kini.html

Thanks for hopping by!

May Allah swt bless us all

8 Replies to “Review: Crochet Hook Jepun”

  1. I’m a pencil hook holder! =)

    If nk start maybe just invest in a normal hook aluminium dulu. Personally Fyd suka Clover sbb maybe dh biasa ngn bentuk hook dia. Dh bertahun2 pakai hook aluminium clover yg sama =)

    BTW bentuk lain brand kdg2 varies, so cari yg hook rasa selesa.

    If nk invest in a good hook for a new crocheter, go for clover aluminium pun ok dah. If going for thread crochet then normally kene pakai steel hook.. A bit expensive tp it can be use until a long way. Bila dh biasa mengait then bole la invest in a much more expensive one.

    1. Thanks Fyd for the advice 🙂
      I am a knife holder though hahaha… memang pelik rasanya sebab rupanya ada style juga pegang hook ni ikut keselesaan crocheter tu..

      Saya pun dah invest 12 pcs aluminium hari tu.. tapi tak berapa selesa bila guna … saya suka pakai steel Tulip yang double ended.. memang sedap pakai tapi memang cepat juga penat tangan mengait..

      And yes.. I’ve been eyeing the aluminium crochet clover double ended for quite some times and saw it is sold for 9 hooks per set (without the comfort holder) and my LYS also sell it too .. but I fall in love with the one that has holder 😛 It really looks comfortable..

      Anyway, this goes same for knitting too.. when you want to start to learn knit, it’s better to invest with the bamboo first, then when you are good enough, then you can find the needles you feel most comfortable with, as for me, i like metal type.. 🙂

  2. hihihi…I’m knife hook holder…raku raku soft touch crochet hook ni nampak very colourful COMEL!!!! tapi saya suka yang soft touch yg lagi satu tu best selesa bila pegang baru ada satu saiz 2.5….nak cukupkan satu set mahal tuuuuuu.buat masa ni tak perlu lagi kot hihihi 😛

    1. Hehe.. samalah kita Yuu… kalau my mom dia pun cara pensil.. ah ha memang cute sangat.. dan kebanyakkan dorang kata crochet ni very soft… selagi tak cuba tak dapat nak komen lebih hihi… yang soft touch tu, Yuu beli kat mana? wahh.. saya pun teringin nak cuba satu soft touch ni.. selesa tak? kat online ada jual 8 set sekali.. teringin juga nak beli… hehehe.. susah lah.. rambang mata dibuatnya Yuu…. 😀

  3. saya pun guna cara pisau(^_^)

    mula2 nak belajar melalui youtube, semua instructor guna cara pensil.. struggle juga lah nak mengikutnya…tangan ni rasa keras je..hehe lepas tu cuba2 pegang cara sendiri, mak saya pun pelik tengok:-)

    tak sangka memang ada cara pegang yang berbesa dalam crochet~saya guna aluminium n steel hooks..

    *suka tgk case comel kat atas

    1. Wah.. seorang lagi knife hook holder 😛
      samalah kita Amani.. boleh juga pegang cara pensil.. tapi kurang selesa..
      Betul betul.. kat youtube banyak yang guna cara pensil.. ada juga yang guna cara knife.. memang kena rajin cek..
      saya pun tak sangka ada cara pegang yang berbeza Amani.. bila baca baru lah oh.. macam tu rupanya 🙂

      saya suka guna steel hooks.. tak berapa ngilu.. klu aluminium ada rasa ngilu2 sikit.. seronoknya kalau tak ada rasa ngilu senang sahaja mengait.. 🙁

    1. Yay.. another knife hook holder 😀 hehehe….
      Thanks Cikida.. ya betul Syahidah.. memang tak faham apalah mahalnya… rasanya kat Jepun pun murah ni… dah convert ke RM tu yang jadi mahal.. 🙁 uh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *