Review: Clover Hook Soft Touch :)

Alhamdulillah.. pada 11 hari yang lalu.. saya telah membeli beberapa item untuk crochet.. dan akhirnya, syukur pada Allah item-item itu telahpun selamat sampai ke tangan saya hari ini.. yayyy!! xD Sangat suka..

Both packets came from outside Malaysia xD

Apa yang ada didalamnya…

Jarum cable dan jarum crochet hook Soft Touch Clover 🙂 Ah… bila sahaja dapat ni.. memang tidak sabar untuk dicuba.. sebab kebanyakkan review yang saya baca, jarum ni ringan, selesa dan best!

Terdapat 8 hooks kesemuanya.. dari saiz 2.75mm sehingga 6.00mm (standard saiz crochet Jepun)

Another of Cable Needle from Singapore xD with a small free gift! Thank you 🙂

Jum tengok sedikit review Soft Touch Clover ni..

Kali ini.. saya nak buat review untuk jarum crochet Jepun lagi iaitu Soft Touch Clover Hook. Jarum ini memang selesa… sesuai untuk knife hook holder ataupun pencil hook holder.. sifatnya memang ringan, benang mudah menggelongsor pada hook aluminium, tidak mudah penat ketika mengait dan benang tidak mudah tercarik. Kebanyakkan kalau diluar negara, mereka suggest jarum ini untuk beginner yang ingin belajar crochet. Tetapi hook lain pun ok juga! 🙂 Hooknya diperbuat daripada aluminium, dan handle-nya diperbuat daripada plastik. Di bawah ini sedikit penerangan untuk jarum ini:

True! (At least for me 🙂 )

Antara tulip dan clover, saya suka tulip tetapi rasanya tak lama lagi saya akan jatuh cinta dengan Clover Hook ni hihi.. alhamdulillah, saya memang sudah lama berharap untuk memiliki jarum set ini dan mudah-mudahan dengan adanya jarum ni, saya akan lebih bersemangat untuk mempelajari seni kait crochet/krusye.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set ini, boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com 🙂

Terima kasih! May Allah bless us all

17 Replies to “Review: Clover Hook Soft Touch :)”

  1. waaaa seronok yer dpt needle baru.!!! Jealous teramat sgt!!! =P huhuhu

    Fyd mmg dh lama jatuh cinta ngn Clover, bertahun2 dh pakai jarum yg sama~~ Welcome to the clover club 😉

    BTW needle tu beli set ke satu2? Rasa yer if beli set selalu ade beg =)

    1. Thank you Fyd 🙂

      Hihi.. yang ni saya beli satu set… kalau satu set murah sikit dari beli one by one..
      yup memang ada case tapi saya tak ambil yang ada case sebb harga lebih mahal kalau yang ada case 🙁 dekat 200 ringgit woo..

      so far, jarum ni ok 🙂 x sabar nak belajar dengan lebih dalam lagi..both knitting and crocheting

  2. wah…ery pun dah beli crochet hook yg baru ye…cantik juga clover hook ni…rasa mcm nak beli satu set lagi lah….hahah..akak ingat ery nak beli yg rakuraku tu…tapi dua2 pun comfort kan?

    1. hihi.. yup.. hari tu memang cadang nak beli raku-raku.. tetapi hati suka sangat tengok clover hook ni.. lama sudah intai-intai dia haha… kalau akak nak cuba lace rakuraku, akak gtau ja saya ya! 🙂

      InsyaAllah.. saya pun ada cadangan nak cuba satu rakuraku.. kalau ada rezeki saya akan cuba beli satu saiz yang kecil..

      Dan dua-dua ni memang comfort, kecuali, handle rakuraku rasanya lebih lembut lagi sebab yang clover ni plastic handle.. kalau rakuraku mesti rasa gummy gummy heheh 😀

  3. seronok dpt beli crochet hook nampak hehe..sori le ery..lama tak menjenguk hehe, anak masuk ICU..then terpaksa pulun siapkan tempahan customer yg terdelay sbb tu huhuhu..nak emel ery psl benang pon tak sempat huhuhu..

    1. Oh… anak akak dah sihat? Kami doakan semoga anak kak Sue cepat sembuh.. amin ya rabb.. tu saya selalu tertanya-tanya mana kak Sue.. lama senyapnya 🙂
      Rindu dengar gurauan kak Sue hihihi xD

    1. Salam Jaja..

      Welcome to Da’Knit! Happy to see you here 🙂
      Tengah on the way to Jatuh Cinta haha.. still need to get used to it. The hook is a bit slipper but really nice and light. How is your project ? Really wish to see them 🙂

      1. Yup, Clover hook memang a bit slippery sikit (I pakai double ended, not the Soft Touch ones). I baru buat 2 beanies je, itu pun satu I had to buka balik coz tak puas hati dgn the connection chain from one round to another yang tak kemas. Tengah tunggu the package from you je to really start off other projects 🙂 Hari tu pun I ordered this book on crochet from Kinokuniya to better my understanding…tak sabar la… sigh

        Nanti soon I’ll update you on photos of my successful projects ye? I love to see the new things that you came up with 🙂

        1. Terima kasih Jaja, wah… that will take another long hour to do the beanie again.. even I finished mine for 1 and half day huhu.. but compared to knitting, making hat with crochet is much faster.

          ah.. Sama macam saya , chain connection tu memang x kemas.. how to make it look neat? susah juga mau control..

          InsyaAllah, by this week, your package will arrived shortly.. oh.. saya juga teringin nak beli buku dari kinokuniya via online, since we don’t have it here, but the postage is too expensive :O ..

          all the best with the book Jaja 🙂 Yay, I would love to see your finished projects hihi.. can’t wait for them and I am sure it is beautiful dan cute!

  4. Ery, kalau nak pinjam buku tu, takde masalah; I would love to share it with you 🙂 I bought one already; Crocheting in Plain English by Maggie Righetti (very informative textbook for beginner crohetter) & yang on the way tu is The Complete Photoguide to Crochet by Margaret Hubert.

    Boleh je beli online tapi tak sabar tunggu lama2 X-)… Kalau Ery nak pinjam, just let me know ya? You have my phone number, don’t hesitate to contact me 🙂

    By the way, I’m determined to do the bucket hat; wish me luck! Kalau Jaja tersekat kat mana2, Jaja refer Ery ya?

    1. Ohh.. ya ka? Really? Wahh.. terharunya… 😀 Thanks a lot Jaja.. you are so kind.. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki dan ilmu-Nya untuk Jaja. Mahal ka buku-buku tu? Crcoehting in Plain English tu.. lebih kepada penerangan? mesti banyak gambar-gambar best yang mudah difahami.. right?

      Would love to Jaja.. When I’m in need, I will contact you 🙂 wah.. so happy! xD

      I wish you all the best ! The pattern is in japanese chart, if you need to understand the symbols, i can send you the diagram. I mostly refer to it. I took it from the basic crochet and knit by Japan (translated into English), hehe.. scanned it for future reference.

      Saya akan tunggu version bucket hat of Jaja xD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *