Allahummasolli ‘ala saidina Muhammad wa’ala ali wa sohbihi wasallim..
Semoga dengan berselawat ke atasnya siang dan malam. kita mendapat syafa’at Rasullullah s.a.w.
Assalamualaikum semua.. 🙂
Memandangkan hari ini cuti, dan saya free sangat-sangat.. kali ini saya ingin memberikan beberapa info tentang mengait. Alhamdulillah, saya gembira mendapat email-email teman semua yang bertanyakan tentang cara-cara memulakan mengait. Mengait ni memang sangat seni.. bukan setakat kita kait, cantik dan nah.. ambik kau! hehe.. tak adalah gurau ja. Yang bestnya mengait ni.. anda tak perlu fikir nak jahit ataupun potong kain hahaha.. saya adalah jenis yang kurang mahir dengan jahit-menjahit mungkin satu hari nanti insyaAllah.. jadi buat masa ni, saya lebih selesa dengan mengait, sebagai menambah kemahiran dan juga hobi.
Mengait adalah merupakan satu kemahiran tangan yang sangat tualah usianya.. sejak beratus tahun yang lalu.. oh lama tu.. dan mengait ini terbahagi kepada dua jenis. Iaitu:
1. Crochet
2. Knitting
Ok, jum kita cerita sikit pasal kedua-dua jenis kaitan ini.
1. Crochet:
Crochet (sebut Krosye) ataupun dalam bahasa kita dipanggil Krusye/Jarum Kait Satu adalah seni yang paling famous dekat negara kita. Jarum yang digunakan adalah terdiri dari satu batang jarum yang berkepala hook. Jadi mostly, mereka memanggil jarum crochet dengan istilah hook needle. Crochet juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Crochet (sangat popular)
2. Double ended crochet (boleh digunakan untuk mengait secara in-the-round)
2. Tunisian/Afghan Crochet (merupakan satu teknik mengggunakan jarum yang panjang seakan-akan jarum knitting. Kaitannya juga adalah hampir dengan knitting)
Crochet juga sangat senang dipelajari apabila anda telah mengetahui asasnya iaitu :
1. Chain Stitch
2. Single Crochet
3. Double Crochet
4. Half Double Crochet
5. Slip Stitch
Kemudian, setelah anda mahir dengan asas-asas ini.. ianya akan memudahkan anda untuk belajar teknik lain seperti increase, decrease, shell, dan pelbagai jenis stitches yang cantik-cantik lagi 🙂
Terdapat pelbagai jenis jarum kait satu yang anda boleh gunakan untuk mengait. Tidak hanya bergantung pada satu jenis jarum sahaja kerana setiap jarum kait ini mempunyai saiz yang berbeza dan kegunaan yang berbeza. Malah ada jarum-jarum kait ini, walaupun sama saiz tetapi diperbuat daripada manufacture yang berbeza, hasilnya tetap juga berbeza. Oleh itu, adalah dinasihatkan jika anda mengait dengan jarum A, teruskan mengait dengan jarum A sehingga habis projek anda. Sebab walaupun katakan jarum B mempunyai saiz yang sama dengan jarum A, ianya akan memberikan kesan yang berbeza terhadap projek kait anda. Ini adalah disebabkan oleh kepala jarum (hook) mempunyai rupa yang berbeza. Anda boleh lihat gambar di bawah ini sebagai contoh :
Kedua-dua ini adalah saiz yang sama iaitu 4.00 mm. Tetapi manufacture yang berbeza, satu dari China dan satu lagi dari Jepun. Kalau anda perhatikan dengan baik, anda akan dapat lihat perbezaan kepala hook bagi kedua jarum ini, perbezaan ini sangat mempengaruhi hasil kait kita. Yang biasa itu.. lebih tajam dan kecil sikit hooknya, manakala yang clover itu, tebal dan tidak begitu tajam hooknya.
Ok, sekarang kita cerita pula pasal knitting 🙂
2. Knitting
Apa yang membezakan Knitting dengan Crochet?
Knitting adalah satu kemahiran dimana anda mengguna dua jarum ataupun beberapa jarum ketika mengait. Bagi saya istilah jarum kait dua itu kurang sesuai kerana konteks knitting ini lebih besar. Ini kerana, knitting meliputi mengait dengan dua jarum, 4 jarum ataupun 5 jarum. Jarum knitting terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1. Straight Needles/Single Point Needles (mostly orang panggil sebagai classic knitting) : Biasanya kebanyakkan beginner akan memulakan pembelajaran mengait Knitting dengan menggunakan jarum jenis ini.
2. Double Pointed Needles (kedua-dua bahagian jarum mempunyai tip) : Digunakan untuk mengait secara knit in the round seperti socks, topi, beg, i-cord..
3. Circular Needles (mempunyai tube yang menyambungkan dua jarum.. juga dikenali sebagai modern knitting) : Sangat fleksibel! Circular needles adalah kegemaran saya 🙂
Untuk belajar knitting, kita mesti tahu 4 asas iaitu:
1. Cast On
2. Knit
3. Purl
4. Bind Off
Jikalau anda sudah mahir dengan keempat-empat asas ini, anda akan lebih mudah memahami teknik-teknik lain seperti increase, decrease, cable, lace dan pelbagai jenis stitches lagi yang cantik cantik! 🙂 Seperti crochet, jarum Knitting juga mempunyai pelbagai jenis saiz untuk pelbagai jenis benang bagi menghasilkan pelbagai jenis produk yang menarik!
So..apa beza crochet dan knitting?
Crochet dan knitting, sama-sama mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaupun ada yang kata, crochet lagi best dari knitting dan sebaliknya, ataupun crochet lebih senang dari knitting dan juga sebaliknya, namun hakikatnya, kedua-kedua teknik mengait ini sangat seronok untuk dipelajari. Tidak ada yang membezakan knitting dan crochet melainkan anda sendiri yang membezakannya 🙂
Crochet menghasilkan tension yang lebih keras disebabkan kaitannya lebih berfokus kepada satu loop. Selain itu, crochet sangat sesuai untuk pelbagai jenis pattern lace, lebih cepat siap kaitannya, namun menggunakan benang yang lebih banyak berbanding knitting kerana penggunaan loop-nya yang lebih banyak berbanding knitting. Sangat sesuai untuk menghasilkan accessories seperti topi, beg, alas meja, doilies, dan mudah digunakan untuk menyambung hasil kaitan dengan yang lain (seperti granny squares). Tetapi juga sesuai untuk mengait baju, bagi mendapatkan hasil baju yang lembut menggunakan crochet, adalah baik jika kaitan itu dimix dengan lace pattern ataupun menggunakan benang yang lembut dan tebal.
Knitting pula menghasilkan tension yang lebih lembut disebabkan fokus loopnya yang lebih luas. Sangat sesuai untuk mengait baju, juga beg, topi dan lace, socks. Knitting memerlukan masa yang lebih lama berbanding crochet ketika mengait, dan menghasilkan kaitan yang lebih stretchy daripada crochet. Best for joining stitches secara knit in the round. Selain itu, knitting juga menggunakan benang yang sedikit berbanding crochet, dan memerlukan banyak accessories tambahan ketika mengait pattern-pattern tertentu seperti cable pattern yang memerlukan jarum cable.
Jika anda adalah seorang yang sangat meminati bidang mengait, sangat baik jika anda mencuba pelbagai jenis jarum kait yang berbeza, untuk melihat hasil yang baik dan juga untuk mendapatkan keselesaan yang memuaskan hati anda ketika mengait. Terdapat pelbagai saiz jarum juga, untuk disesuaikan dengan thickness yarns. Saiz jarum berbeza, memberikan hasil yang berbeza pada benang yang sama. Contohnya, jika anda menggunakan saiz 2.5mm untuk mengait benang Minlon, hasilnya akan lebih halus dan keras, tetapi kalau anda menggunakan saiz jarum 4.00mm, hasilnya sedikit lebih longgar dan tensionnya tidak begitu keras. Sebab itu, apabila kita mengait berdasarkan pattern, adalah lebih baik kita ikut apa yang disuggestkan oleh pattern, jikalau anda tidak mempunyai saiz/benang seperti yang dicadangkan di dalam pattern, anda boleh mencuba dahulu pattern dengan benang dan jarum yang ada bagi melihat gauge-nya sebelum memulakan pattern.
Ketika belajar mengait, saya suka memahirkan diri dengan mencuba pelbagai jenis pattern. Pada awalnya, saya menggunakan jarum straight untuk mengait tetapi, pada masa ini, saya sangat selesa dan suka menggunakan jarum circular.
Mengapa saya sangat suka menggunkan circular?
1. Boleh digunakan seperti Straight Needles (flat knitting) dan disebabkan jarum ini lebih panjang berbanding straight needles, maka anda boleh menghasilkan kaitan yang lebih besar.
3. Boleh mengait secara knit in the round/join stitches seperti topi, beg, socks..
2. Teknik Magic Loop : Jikalau anda adalah seorang pengguna circular, adalah sangat rugi jika anda tidak mempraktikkan teknik ini. Teknik ini sangat seronok dan sesuai untuk pelbagai jenis pattern yang memerlukan knit in the round.
3. Jikalau anda tidak suka menjahit bahagian-bahagian yang telah dikait, jarum circular adalah teman baik anda! 🙂 hehe.. kenapa? sebab jarum circular boleh mengait baju/beg tanpa perlu jahit tepi. This we called as seamless knitting. Antara nama teknik yang lain adalah seperti top down knitting ataupun raglan knitting
4. All in one needles 🙂 Anda tidak perlu menggunakan double pointed needles lagi.
Namun, ini adalah terpulang kepada keselesaan anda. Masih ramai lagi yang selesa dan suka menggunakan jarum kait straight/double pointed needles untuk mengait. Dan masih ramai juga yang kurang selesa menggunakan circular needles. Saya juga masih menggunakan double pointed needles ketika mengait.
Alhamdulillah.. panjangnya saya menulis kali ini. Maafkan saya kalau ianya membosankan hahaha.. saya pun budak masih belajar dan tulisan ini juga adalah buat rujukan saya sendiri di masa hadapan. Diharap info ini berguna dan memberikan manfaat untuk kita semua. Mana-mana yang salah, sila perbetulkan ya! kalau ada tambahan lain, anda boleh komen di bawah dan berikan pandangan anda juga, sharing is caring! 😀
Thanks for hopping by!
Assalamualaikum,
Bagus, bagus. Penuh informasi.
Next time Sindar buat la entri camana nak faham istilah-istilah dalam free pattern for knitting yang banyak boleh dapat kalau kita search.
Ramai yang share free pattern. Tapi agak susah nak baca bagi yang beginner.
Hehhhe…
Selamat mengait sweater baby tu ya!
Terima kasih atas supportnya Yati 🙂
hihi.. istilah-istilah tu maksudnya abbreviations? InsyaAllah boleh.. nanti saya akan cuba buat satu tutorial untuk membaca pattern beserta dengan istilahnya..
Memang sukar juga nak baca pattern, saya pun banyak rujuk pada buku untuk memahami istilah tertentu.. lebih-lebih bahasa inggeris dia pun banyak yang meng-konfusekan @-@
hihi.. thank you for the wish!
seronok baca entry ery kali ni..banyak betul istilah2 baru yg akak tak tahu especially utk knitting..akak ni teringin sangat nak knitting sebenarnya, tapi tak tahu mcmana nak mulakan..kalau lah dekat, dh lama akak pergi rumah ery nak belajar!haha….
Thank you kak LIa xD
Yup saya pun baru tahu ada pelbagai istilah dalam knitting ni..
hihi.. rumah saya terbuka untuk kak Lia 😀 haha.. me
oh ya.. saya ada taruk tutorial knitting kat sidebar.. kalau kak Lia free, nanti blh belajar dari sini.. mana-mana yang tak faham, kak Lia tanya ya! 🙂 seronok dapat belajar sama-sama
good….info yg sgt bagus! a’ah…nanti boleh x ery ajarkan:
1. camna nak betulkan kesalahan bila knit? sebab selalu bila dah start terlepas satu lubang, x pandai nak betulkan. tiba2 dah terlopong..hehe.
2. camna nak baca patten untuk knit?
tq 🙂
Thank you kak Natasha.. alhamdulillah, semoga info ni bermanfaat untuk kita
Oh.. sudah tentu boleh kak 🙂
InsyaAllah memandangkan saya memang free, sekejap lagi saya masukkan tutorial untuk soalan 1 akak. dan
yang kedua tu.. insyaAllah, saya akan cuba cari pattern yang sesuai dan buat tutorial untuk membacanya.
Terima kasih atas sokongannya kak 🙂
Terima kasih berkongsi. Saya pun masih belajar lagi nak crochet.. Nampak mudah tapi sebenarnya kalau tak biasa a bit confuse arahan-arahan yang diberi.
Lagi susah bila kidal bila kebanyakan buku dan video mostly tangan kanan.
Walau susah, kalau dah mula mmg tak boleh berenti.
Sama-sama Maziah 🙂
Saya pun beginner dlm crochet ni.. betul kata Maziah, nampak mudah tapi klu tak faham arahan-arahannya memang confuse. Knitting juga macam tu.
Oh.. Maziah kidal ya? Wah.. mesti kreatif ni! 🙂
Oh ya.. saya ada email Maziah, nanti cek ya!
Salaam, thank you very much for this, and for tutorial knitting banyak2 tu. 😀 Aneesah pun newbie at knitting, kalau crochet kira ok dah, tapi knitting skills… takat buat knit and purl and ribbing, itu je. Then tak tau nak move forward macamana. I had the same problem as Natasha kat atas tu gak, bile dah terjatuh stitch tu terus panic, haha. Kalau crochet takde masalah tu, nak frog pun senang je. =P
Boleh tak give recommendations for knitting patterns yang macam one step up from beginner level? Probably cara2 nak guna DPNs or circular needles? Although I suppose kat Youtube dah ade, but I don’t know, still tak dapat2 nak catch. =S The other day I saw a knitting workshop advertised here, tapi sangatlah mahal (£27 for one day class, materials not included) so rasa nak keep self-learning, inshaAllah I’ll be able to grasp it one day… kan? ^^;
Sorry komen panjang sangat, I like the neat organisation and layout here too. 🙂 Terima kasih skali lagi!
SAlam Aneesah 🙂
Terima kasih kerana sudi melawat Da’Knit .. jemput lawat selalu dan salam perkenalan xD
You’re welcome Aneesah. hihi.. semoga tutorial2 itu membantu ya! Oh bestnya ada knitter baru 😀 sukanya…!! bolehlah kita belajar sama-sama ..
Alhamdulillah, kalau macam tu basic Aneesah dah ok tu.. insyaAllah tak lama lagi boleh move forward ke pattern yang lebih advanced, insyaAllah..
Boleh.. nanti saya akan paparkan tutorial untuk reading from basic pattern. DPNs dan Circular Needle saya ada muatkan video di dalam blog ini under category Tutorial Knitting. Kedua video ini mudah difahami.. nanti Aneesah cek ya! xD
oohh.. mahalnya..dekat 200++ ringgit tu kan wah tak bestnya kalau material tak ada… kurang berbaloi rasanya, kan? Aneesah study kat UK ya? bestnya.. mesti banyak benang yang lawa-lawa dan soffftt kat sana ..geram xD InsyaAllah, saya yakin Aneesah pasti boleh! Practice makes perfect.
Thank you for the compliment Aneesah. Alhamdulillah, Jemput lawat selalu ya!
Assalamm..
TQ very much for the info.. byk manfaatnyer…sy pun just beginner dalam crochet nih.. ntah tetiba jer minat tu dtg tanpa diundang.. hehe
skrg ni tengah tunggu brg yg sy pesan dari sindar ari tu.. lambat betul rasanya bila menunggu kan.. 🙂
ok, sy just nak tanya sindar pasal term “gauge”.. byk sy jumpa term ni dlm pattern..
bole bg info skit pasal gauge ni?
TQVM.. 🙂
Waalaikumsalam Umie, 🙂
Terima kasih atas komennya.. hihi.. gembira lihat kehadiran Umie disini.. saya pun beginner dalam crochet ni.. tengah belajar pelan-pelan.. samalah .. heran kan? tiba-tiba terasa minat mula nak mengait..saya pun macam tu..
Oh ya, insyaAllah hook tu akan sampai dengan selamatnya.. kalau Umie ada apa-apa tentang hook ni, email sahaja saya ya!
Gauge ni ialah saiz bagi jenis pattern yang kita ingi kait. InsyaAllah bila free nanti, saya akan muatkan info pasal gauge pula. Sebenarnya gauge ni memang penting kalau nak kait baju, vest, sweater, stocking, .. kalau tak ikut gauge, saiz boleh jadi kecil ataupun terlebih besar..
You’re welcome Umie xD jemput lawat selalu ya!
mohon beri cadangan video sesuai untuk belajar menggunakan circular needle untuk stokin @ sarung tangan
Salam saudari Mashitoh, untuk belajar mengait stocking/sarung tangan menggunakan circular needles, saudari boleh rujuk di link ini:
http://www.aheys.com/tutorial-knitting/fingerless-mitten-magic-loop/#axzz1HJmEyBAf
untuk sarung kaki,
saudari cuba search di youtube.com : Knitting Socks with Circular needles , insyaAllah pasti ada.
Untuk kait stoking menggunakan circular, saya rujuk pada buku 2 at a time socks : http://www.google.com/products/catalog?hl=&q=2+at+a+time+socks&rlz=1B3GGGL_enMY316MY316&um=1&ie=UTF-8&cid=14228838389297846169&sa=X&ei=P2iITen2PNDRrQej3_zUDg&ved=0CCcQ8wIwAg#
buku ini sangat bagus, ringkas dan senang difahami!
Salam.. sis
Terima kasih krn sudi berkongsi.. macam saya ni kategori beginner crochet.. belajar skit2 dlm youtube..
Suka search tutorial / pattern dlm tnet.. tp still xdpt buat.. sbb xfaham bahasa2 crochet.. huhuhu
best sgt klu sis berkelapangan berkongsi utk translate…hehehehe
Teringin nk buat amirugumi sendiri… bilalah agaknya.. heheh
ok.. daaaaaaaaaa ^_^
Waalaikumsalam kak Kay.
Terima kasih kerana sudi melawat Da’Knit 🙂
alhamdulillah.. gembira blog ini memberikan manfaat untuk peminat mengait. Tentang translate Crochet Instruction.. hihi.. sebenarnya saya sendiri pun masih belajar crochet lagi Kak Kay 🙂
Dan kebanyakkan pattern crochet, saya lihat yang chart jepun punya… kalau crochet instruction, saya masih kurang mahir.. tetapi kalau yang jarum kait dua iaitu knitting, saya dah ada postkan cara membaca instruction-nya.
Cuba Kak Kay lihat kat ravelry.com, ada banyak pattern crochet yang cantik-cantik dan ada yang mudah difahami. Oh ya dan di link saya dekat sidebar, ada satu blog untuk amigurumi.
Mungkin boleh membantu kak Kay 🙂
salam,
Akhirnya saya jumpe juga toturial yg mengajar dalam BM..saya sgt berminat mengait nie..tp dulu ms sekolah rendah belaja buat tali air je..kira ada basic la juga..tp byk pattern dari internet saya nak buat..tp tak jadi..mgkn byk lagi basic saya tak paham..akak tinggal kat mn?mn tahu blh belaja dgn akak ke…harap dapat memberi tunjuk ajar..kat puchong kat mn nak cari jarun no 4 mm tu ye,,saya jumpa yg 1.75 tu je..
Waalaikumsalam Kak Yaati..
Terima kasih kerana sudi bersinggah ke Da’Knit. Semoga apa yang ada di blog ini memberikan manfaat yang baik untuk kita semua 🙂
Kak Yaati boleh panggil saya Ery.. Saya tinggal di tanah borneo, KK. kalau jarum kat area Puchong saya tidak begitu pasti. Kalau kak Yaati berminat , boleh lihat-lihat jarum yang kami jual di:
http://aheys.com/mengait
Kalau kak Yaati ada sebarang pertanyaan/kemusykilan, sila email saya di sindarery@gmail.com ya!
salams,
saya baru blajar crochet..
saya nak tahu tentang jenis jenis benang. saya dah melawat yarnsonlineshop dan becadang nak beli bnang. Masalah nya saya tak tahu jenis benang yag sesuai.
Salam Erra..
Terima kasih sudi melawat daknit dan yarnsonlineshop.com .. sebenarnya benang2 yang ada semua sesuai untuk pelbagai jenis projeck tetapi bergantung pada projek apa yang Erra nak buat. Kalau Erra nak buat projek2 seperti topi, baju, beg.. boleh cuba benang2 yang terdiri dari jenis acrylic, viscose, wool.. kalau nak yang sejuk dipakai.. blh cuba jenis cotton/acrylic. Untuk lihat description benang, Erra boleh lihat pada sebelah gambar benang dan di sana ada dinyatakan jenis fiber dan jenis hook yang bersesuaian.
kalau Erra masih beginner, boleh cuba benang jenis cotton ataupun acrylic ya!
Terima kasih kak,moga akak dpt pahala sbb da bagi ilmu kat org ramai,anyway tq very much
Terima kasih kembali Anaz, alhamdulillah..gembira dengar blog ni membantu.. semoga Allah berikan kita ilmu yang melimpah ruah.. amin.. sila datang lagi 🙂
thanks for introduction yg bagus nih…….akhirnya barulah faham apa itu crochet n knitting………rasa bermint pulk nk kait mengait nih…..
Lg satu saya ni kidal…..sush skit la nk start step pertama…boleh putar belit benang dibuatnya hehehe….
Tp still nk mencuba…….
Salam. Saya baru nak berjinak jinak kenal dgn alam seni jahitan mengait ni. Saya ada beli buku mengait. Tapi kalau baca arahan ,sometimes saya tak faham n confuse. Kalau free,boleh tolong ajarkan ? Saya teringin nak mahir dalam seni jahutan mengait ni. Selama ni saya memang tak tahu apa2 pon pasal mengait. Tiba2 timbul rasa minat tengok hasil yg cantik bila kawan2 pubya sadara mara buat.. if u have free time, would you teach me ? Thank you.