(Post Edited With Additional Information)
Salam semua teman knitters/crocheters!
Adakah anda pernah melihat carta/diagram apabila hendak membuat pattern seperti scarf, hat, sweater dan pelbagai jenis projek yang lain? Bagi yang baru ingin memulakan projek pertama, pasti agak mengelirukan, bukan? (seperti saya ketika mula-mula memahami carta pattern knitting.. heh heh..).
Sesetengah bentuk pattern diajar melalui diagram dan ada yang di dalam bentuk tulisan/arahan ringkas macam k1,p1.. seperti contoh di bawah:
Gambar diatas adalah merupakan pattern untuk membuat cable & lace hat.
Singkatan seperti P2, K5, P2, K2 adalah seperti yang diterangkan di dalam gambar. Nombor menunjukkan bilangan/jumlah berapa kali anda perlu membuat Purl ataupun Knit ataupun jenis kaitan yang lain.
Untuk memahami instruction dalam setiap pattern, kita harus tahu bagaimana hendak membaca istilah ringkas dalam pattern. Oleh itu, adalah dinasihatkan bahawa untuk memahirkan diri anda membaca pattern dengan baik, anda harus mempraktikan pattern itu sebanyak yang boleh agar ianya membantu anda untuk ingat cara-cara mengait bagi setiap istilah tersebut.
Maka, anda harus rujuk pada Knitting Abbreviations. Knitting abbreviations ni macam kamus kitalah hehe.. maksudnya.. apa-apa jenis istilah pattern tersebut, kita harus rujuk pada abbreviations-nya. Contohnya:
Cast On 42 sts.. (di sini sts.. bermaksud stitches.., jadi anda harus Cast On 42 stitches sebagai tapak permulaan pattern)
Row 1 – Baris 1 .. biasanya Row 1 adalah Right Side kita.. dan Row 2 adalah Wrong Side dan seterusnya.. RS, WS, RS, WS.. macam ni š so.. katakan,
Row 1 (RS) : K10, P10, k2tog, M1, P10, K10
Row 2 (WS): PĀ Ā (Purl sehingga akhir baris jika ditulis “P” sahaja)
Anda sudah pun memahami apa maksud K10 dan P10.. tetapi terjumpa pula istilah baru.. K2Tog dan M1..
K2tog bermaksud knit 2 together ( knit 2 sts sekali dalam satu kaitan – teknik ini adalah untuk decrease stitches anda..)
M1 pula bermaksud Make One ( Make one adalah satu kaitan untuk menambah stitches baru yang dipanggil increase stitches.. Make One tutorial boleh lihat di sini http://www.youtube.com/watch?v=IlPQBhZ31B4 ataupun boleh lihat dari gambar yang saya upload di sini http://www.aheys.com/knittingdanprojeksaya/fingerless-cable-mitt-dan-tutorial/#axzz1EHxzzLVo
Oleh itu, apabila anda sudah memahami istilah-istilah dan tahu cara kaitannya, dengan mudah anda akan dapat membuat row 1 tadi.. iaitu,
Row 1: K10 – Knit 10 kali , P10 – Purl 10 kali, k2tog – Knit 2 stitches sekali dlm satu kaitan, M1 – Make One Stitches/Tambah satu kaitan, P10 – Purl 10 kali, K10 – Knit 10 kali (42 sts semuanya)
Untuk memahami maksud setiap istilah knitting, anda boleh rujuk pada Knitting Abbreviations dan untuk melihat cara kaitan bagi setiap istilah itu, anda boleh lihat dalam mana-mana free video yang boleh disurf di internet.
Alhamdulillah.. Semoga info kali ini membantu projek pertama anda! š
Selamat berknitting!
Entri yang penuh info!
Sangat berguna pada Yati. Thanks Sindar, for sharing these. š