Assalamualaikum semua 🙂
Alhamdulillah.. kali ini dapat siap satu quick projek untuk adik lelaki saya.. dulu saya pernah buatkan satu mp3 cozy untuk dia.. tapi kesian pula tengok mp3 cozy yang itu sudah lusuh.. haha.. tapi rasa terharu juga sebab dia masih setia memakainya.. siap rendam lagi untuk dicuci.. Jadi, saya pun terus ambil jarum dan benang, lalu kaitkan yang baru untuk mp3 nya..
Tada! Alhamdulillah.. yang penting dia ok dengan warnanya..
Benang yang saya gunakan ialah Soft Spiry Green, dengan Tulip 5/0 ( oh ya.. kak Aisyah.. pesanan kak Aisyah telahpun selamat dikirim pagi ini.. terima kasih ya kak! Asyik mengait.. terlupa nak inform kak Aisyah.. maaf sangat-sangat -_-)
Hah.. macam ni rupanya bila sudah kasi masuk MP3 hihi..
Yay! Mp3 pun berkata: saya seronok duduk dalam rumah baru xD
Soft Spiry ni memang lembut dan sangat stretchy, tapi juga sangat durable. Bila kait crochet.. the texture masih lembut tetapi ada kekerasan juga hahah.. macam mana nak sebut ya.. umm.. tapi memang best kait beg guna benang ni. Kalau nak kait baju.. rasanya sesuai kalau guna Knitting berbanding Crochet. Sebab knitting menghasilkan texture yang lebih lembut berbanding crochet. Kalau nak kait baju guna crochet, kena buat jenis lace.
Kalau ada sesiapa nak cuba.. boleh lihat di yarnsonlineshop.com! Tapi buat masa ni, yang green colour sudah habis stok. InsyaAllah, kalau sudah direstock semula, saya akan maklumkan.
Untuk beberapa hari ini.. saya memang agak sibuk. Maafkan saya kalau terlambat reply email teman-teman semua. *blush*
Terima kasih juga kerana terus sudi mengunjungi Da’Knit! Tanpa anda semua.. Da’Knit tidak berseri 🙁
Oh ya.. giveaway Da’Knit akan berakhir tidak lama lagi! Sesiapa yang masih ingin mengikuti contest ini sangat dialu-alukan dan hadiah menarik menanti anda!
Kepada teman-teman yang mempunyai masalah untuk membuat order, sila maklumkan pada kami ya! InsyaAllah, pihak Da’Knit akan bantu anda 🙂 Terima kasih kepada Saudari Kazue.. Kalau tak kerana Azu.. saya tidak tahu pun berlaku sedikit kekangan berkenan hal ini.
Selamat mengait semua!
May Allah swt bless us all, all the time, amin.
Cantik lah, Ery! Suke warna tu! Ok, akak akan setia menunggu….? Thanks!
Thanks kak Aisyah! 🙂 hahaha.. kak Aisyah ni sweetlah 🙂 setia menunggu…? <-- suka dengan part ni xD You're welcome kak Aisyah!
Mp3 cozy ni memang comel! Geram tengok.. pandai Er kait! 😀
Terima kasih kak Ayza.. waahh.. .. kak Ayza punya kait-kait lagi comel! 🙂
huhuhuhuhuhuhuhu..aii jeles ery dah guna soft spriry greenn..sgttttttttt jelesssssss
Cute lah Kak Sue xD