Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan selamat pagi semua 🙂
Semoga teman-teman Da’Knit dan pengunjung setia berada di bawah limpah rahmat Allah swt. Semoga sentiasa gembira disamping keluarga tercinta.
Untuk makluman.. mulai minggu lalu, sebarang maklumat penghantaran beserta tracking number akan diletakkan di yarnsonlineshop.com di bawah tab Tracking Number untuk rujukan pelanggan. Ini bagi memudahkan kami untuk tidak terlepas pandang order pelanggan. Anda boleh merujuk tracking number anda berdasarkan ORDER ID anda sewaktu membuat pembelian. Terima kasih.
Kali ini, pilihan benang da’knit yang best ialah:
Gonca (100% acrylic dan lembut)
Projek apa yang sesuai untuk benang Gonca ni?
1. Sweater/cardigan/tops/toddler/pullover
2. Bags/purse/
3. Baju baby/kanak-kanak
4. Booties/hats/pillow cover/cozies
5. Amigurumi, flowers, ornaments..
Penghantaran menggunakan Regular Registered Mail.
Regular registered Mail adalah jenis penghantaran berdaftar dan anda boleh track parcel anda di pejabat pos ataupun telefon pejabat pos Malaysia dan mereka boleh maklumkan pada anda adakah benang sudah sampai ke Malaysia ataupun belum dengan menggunakan Nombor Rujukan yang diberi oleh yarnsonlineshop.com. Kalau anda ingin memastikan benang sudah sampai ke Malaysia, call sahaja Pos Malaysia! InsyaAllah.. pasti ada jawapan (saya juga baru sebentar tadi menelefon pos Malaysia untuk track parcel seorang customer.. Alhamdulillah nampaknya dah masuk Malaysia, tinggal tunggu sampai ke alamat sahaja.. mudah-mudahan sampai dengan selamatnya.. )
Biasanya regular registered mail mengambil masa 11-18 hari untuk sampai berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga customer-customer yang sentiasa memaklumkan pada saya jika benang sudah sampai. Kadang-kadang, ada juga parcel yang sampai lebih awal dari jangkaan dalam masa 9 hari sahaja. Wallahu’alam.. mungkin ini bergantung pada servis Pos Malaysia sendiri dan jarang sekali yang sampai lebih dari 21 hari.. kalau ada pasti disebabkan masalah dari pos Malaysia sendiri.
Dan yang paling penting, pastikan alamat anda betul dan tidak salah. Sebab sebarang kesalahan alamat, yarnsonlineshop.com tidak bertanggungjawab jika terdapat kesalahan alamat dan parcel tidak sampai ke alamat anda. Jadi jangan lupa ya! Pastikan beberapa kali alamat anda adalah betul!
Pembelian sebuku dua.
Buat masa ni.. yarnsonlineshop.com tidak mencampur benang dalam sepaket/lot. Kalau perlu, anda boleh dapatkan di bahagian Mixed Lots Yarns.
Da’Knit Online Store juga membekalkan benang kait brand Ice Yarns jika anda berminat untuk mendapatkan benang-benang ini sebuku-sebuku, penghantaran dari Da’Knit Online Store adalah menggunakan Pos Malaysia. Silalah jemput ya! 🙂
Sebarang pertanyaan, bolehlah email kami di sindarery@hayes.com. InsyaAllah kami akan bantu sebaiknya. Kami juga memohon maaf jika ada servis yang kurang memuaskan dari pihak kami. Kami akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa.
Assalamualaikum dan selamat berknitting/bercrocheting.
alhamdulillah info yg tersangat bagus! tq ery.
terima kasih kak natasha..
nak tnye.. mmng penhantaran mengambil mase lebih dari semnggu ek…?
hi sanchai.. ah ha.. biasanya mengambil masa 7-21 hari.. tapi biasanya tak sampai 21.. kalau dengan saya… selalu sampai dalam masa 11 hari.. kalau pelanggan2 lain.. ada yang 9-10 hari ja.. ada juga yang 13-15 hari.. kalau 18-21 hari mungkin sebab lokasi jauh dari bandar sebab buat penghantaran dari KLIA ke Kastam ke Alamat mengambil masa… silah jemput ke yarnsonlineshop.com selalu ya!