7 January 2013 – :) Buku dan benang..

Assalamualaikum.. selamat malam, apa khabar semua? Saya doakan semoga tahun baru ini merupakan tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya amin amin amin ya rabbal’alamin..  Pertama kali, saya ingin ucapkan terima kasih kerana anda masih sudi lagi bersinggah ke blog yang sudah pun bersawang ini.

2012 merupakan tahun yang mencabar dan memberikan kenangan manis buat saya 🙂 Ini kerana pada tahun 2012 saya bergelar sebagai seorang ibu. Sangat bermakna buat saya, masyaAllah.. dan saya berdoa semoga Allah menjadikan saya, suami, anak-anak dan keluarga semuanya dikalangan orang-orang yang beriman.. amin, amin amin ya rabbal’alamin..

Saya ingin  berkongsi aktiviti terbaru.. apa lagi kalau bukan mengait 🙂 yup.. mengait merupakan hobi yang sukar sekali dikikis.. duit pun terkikis olehnya hihihi.. tak adalah saya gurau aja 🙂

Hari ni, benang yang saya beli dua hari lalu, telah pun sampai dengan selamatnya alhamdulillah. Sejujurnya, saya sudah begitu lama ingin merasa kait benang ni 🙂 dan akhirnya, saya dapatkan juga 2 buku agar tidaklah kempunan merasa.. 🙂 jom tengok gambar..

Caron Simply Soft.. oh ya memang lembut! Suami saya pun kata – soft – 🙂 akhirnya merasa lah juga pegang benang ni.. warnanya pula mmg dah lama plan nak beli match seperti di gambar. insyaAllah akan cuba usahakan untuk di kait. Sayang benang kalau tak kait.. sebab itu, azam baru saya 2013, saya akan pastikan setiap benang yang dibeli akan digunakan sebaiknya… memang sayangggg sangat mau guna.. tetapi lagi sayang kalau tak kait 🙂 kalau kait nampak lagi hasilnya kan ? xD

Yapp… semalam saya print banyak pattern.. especially yang purchased punya.. minta tolong husband -binding-kan. Dan memang puas hati 🙂 Terima kasih canim!

Tabiat saya yang paaaling saya tidak suka ialah print dan simpan.. saya sangat suka print pattern.. apabila sudah dicetak, saya pasti akan simpan.. kemudian.. tidak lama selepas itu, bila nak cari semula.. entah ke mana perginya.. selalunya kertas-kertas ni akan hilang apabila saya mengemas rumah.

Maka azam baru 2013.. asal sahaja saya print, saya akan print banyak-banyak sekali dan akan terus bukukan.. Hihi.. husband ada belikan fail juga untuk simpan pattern-pattern yang telah dicetak.. saya tinggalkan di kedai untuk memudahkan pelanggan yang inginkan pattern.

Ini adalah di antara koleksi terbaru saya sepanjang 2012.. I love them all 🙂 Ada banyak pattern-pattern yang mudah untuk di kait.. dan semua buku ini adalah buku crochet.

Benang lagi! 🙂 Benang yang ditukar suka sama suka dengan kak Marlyna.. oh saya memang sukaaaa sangat dengan benang Uptown Universal.. sangat lembut.. ingat tak pada entri sebelum ni, saya pernah kongsikan gambar benang dari jenama yang sama?

Saya jatuh hati sangat-sangat dengan benang ni.. bila di kait, feelnya seakan-akan mengait benang Alize Sekerim Bebe Batik 🙂  Setelah itu, saya mencari lagi di tempat yang selalu saya beli tetapi dah tak ada.. alhamdulillah akhirnya dapat juga even sebuku 🙂 Yang Red Heart itu pun benang baby dan sangat lembut sekali.. kedua-dua jenis benang ini ialah benang USA. Saya masih memikirkan projek yang sesuai dikait menggunakan benang di atas..hihi tapi tahu tak anda? Kebanyakkan benang-benang import USA adalah benang Made in Turkey 😉

Made in Turkey, and yes, I love Turkish Yarns so much <3 You should have a try too 😉

Alhamdulillah.. selesai menulis blog hari ni.. mata saya pun dah tertutup separuh.. esok nak kerja.. jadi elok tidur awal sikit 🙂

Oh ya.. sebelum saya mengundur diri.. agak terkejut melihat visitor hari ini.

wahh.. siapakah gerangan yang sudi melawat Da’Knit sehingga 2365 visits? hihihi.. Bot google kot 😛
Oklah..
Selamat malam semua.. semoga malam ni anda bermimpi yang indah, insyaAllah..
Apa-apa pun, thank you so much for dropping by…

May Allah swt bless us all..amin.

Visit us: www.facebook.com/daknit

www.daknit.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *