Apa yang saya belajar hari ni…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalamualaikum dan selamat tengahari!
Sejak semalam, sambil saya cuba menyiapkan shawl yang semakin lama semakin lambat di kait hehe… sambil-sambil itu saya mula mengait dress lagi. Saya suka mengait dan disamping mengait saya suka belajar dari apa yang saya dapat sewaktu mengait, contohnya, kesesuaian benang, kelebihan benang, saiz yang diperolehi, kekurangan dan kelebihan yang diperolehi sepanjang proses mengait dan percubaan pelbagai jenis benang bagi menambah pengetahuan dan kemahiran saya dalam bidang ini.
Untuk itu, dress yang saya sedang kait kali ini, saya menggunakan lagi Benang Kait Nako Luks Minnos (benang popular di Daknit.Com). Selalunya saya akan bermain dengan benang ini menggunakan saiz jarum 3mm/3.5mm ataupun 4mm.
Sepanjang mengait menggunakan 3 saiz ni, saya lebih suka menggunakan saiz 4mm di mana hasil kaitnya lebih lembut dan menghasilkan texture yang gebu apatah lagi benang ini adalah benang khas untuk bayi. Saya juga gemar memberikan anak saya memakai benang ini kerana texturenya yang tidak gatal, selesa dan sejuk (lebih-lebih lagi jika dikait lace).
Apa pun, percubaan pelbagai benang dan jarum banyak membantu untuk menghasilkan kaitan yang lebih bermutu dan bernilai. Insya Allah..
Selamat mengait!
Ery YUSOF
29 MAY 2013

KiT Belajar Mengait bersama Set Knitting Korea :) (+ Pattern Candy Hat)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Belajar Mengait Kit+Candy Hat Pattern Design by Daknit.Com.
Set termasuk:
1 x Buku Crochet Jarum Satu
1 batang Jarum Crochet 3/0-4/0
Sepasang Jarum Knitting 4,50mm x 100cm,
2 x buku benang made in Korea 80gm
+ Pattern Purchase Candy Hat by Daknit.Com yang bernilai Rm12.00 (PDF Adobe format)
Harga kit : RM38/kit tidak masuk postage.
Stock: 10 sahaja. PM to order. Thank you!
No reserve. Payment within 24 hours after confirmation.
Email us: sindarery@gmail.com or inbox us at this page to orderOLYMPUS DIGITAL CAMERA Pattern Purchase Candy Hat by Daknit.Com yang bernilai Rm12.00 (PDF Adobe format)

 

 

Birch Leaf Shawl – Amazing pattern by Rowan

 

954897_565402346816614_1445475835_nBirch Leaf Shawl, inspired by Birch from Sharon Miller (Rowan Knitting) klik for pattern –> (BirchLeafShawl)

Salah satu sebab, mengapa Lace Knitting adalah satu cabaran buat peminat knitting disebabkan design yang agak kompleks dan terlalu banyak bacaan perlu dilakukan sehingga mustahil untuk dihafal. Selalunya, Lace Knitting ini di ilhamkan dalam bentuk diagram dan hampir 90% pattern untuk Lace Knitting tidak ditulis dalam bentuk arahan. Jika ada, adalah jenis yang mudah. Jika anda tidak mahir dalam membaca pattern bentuk diagram, anda masih boleh mengait dengan cuba memahamkan simbol-simbol yang digunakan. Percayalah, anda boleh lakukannya!

Masalah utama yang biasa dihadapi oleh Lace Knitter ialah mencari benang yang sesuai untuk dikait menggunakan pattern sedia ada. Selalunya benang kait yang dicadangkan agak sukar didapati dan kadang kala pengeluaran benang tersebut telah dihentikan. Maka, Lace Knitter sentiasa mencari alternatif bagi meneruskan niat mereka dengan mencuba pelbagai jenis benang  tanpa berputus asa. Hebat kan? Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalannya.

Gambar di atas adalah projek terkini yang saya sedang usahakan waktu ini. Pattern ini dicadangkan oleh salah seorang ahli group Knitting di FB. Pattern ini adalah sangat istimewa berbanding pattern-pattern yang sedia ada. Mari kita ikuti latar belakang ringkas pattern ini:

This shawl is inspired by , Birch‘ by Sharon Miller, originally published in Rowan Magazine No. 34. Birch‘ became very popular and has been knitted hundreds and hundreds of times all over the world. The pattern has its drawbacks though which led me to writing up this alternative pattern. Which drawbacks? Well, there‘s the casting on of 300 stitches in the most slippery yarn known to mankind for once. The pattern also doesn‘t contain any charts,as was usual for Rowan for the longest time. And then there is the fact that lots of people seemed to have trouble with the required 3 balls of yarn. It wasn‘t enough and they had to buy more. Which is impossible sometimes.The pretty birch leaf pattern is an old standard in lace knitting and can easily be incorporated into a bottom-up or even sideways shawl construction.That way you won‘t risk running out of yarn. Having to cast on only a small amount of stitches in the beginning certainly counts as a bonus in my book.

Nampak tak anda? Apakah kelebihan pattern ini?

Saya sudahpun melihat pattern bertulis untuk design ini dan ya, anda perlu memulakan kaitan anda dengan 299 cast on!! Tetapi dengan alternatif baru yang ditemui oleh Susan Gutperl, anda tidak lagi memerlukan 299 cast on dan tidak perlu risau berapa banyak benang yang anda perlukan untuk menghasilkan pattern ini. Ini kerana, anda hanya perlu mengait satu jenis pattern yang berulang-ulang bermula dengan cast on 5 stitches (berbanding 299 CO) sahaja sehingga anda tidak perlu lagi melihat kertas dan terus sahaja mengait sambil menonton tv!! Bila-bila masa sahaja, anda boleh berhenti mengikut saiz yang dikehendaki dan tidak perlu lagi risau akan ketidakcukupan benang.

Insya Allah..
Saya akan uploadkan gambar penuh kemudian apabila sudah siap. Saya berharap, anda tidak perlu lagi berasa takut untuk mencuba pattern ini kerana pattern ini sangat mudah tetapi hasilnya sungguh menawan kalbu!

   Photo Credit to: http://www.fambrenner.de/FotosPage/Birch%20Leaf%201.jpg

Semoga sedikit sebanyak informasi di atas membantu para peminat knitting untuk memulakan Lace Knitting tanpa perlu rasa bimbang.

Selamat mencuba!

I've been into crocheting lately.. :)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Yarn used: Paton Baby 3-ply, 3.00mm hook. My latest work in progress. Just started! 🙂

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Yarn used: Nako Saten with 4.00mm hook, took me about half and a month to finish this dress. This one is more time-consuming and used lots of yarns.. Made this for 1-3 years old size.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Yarn used: Nako Saten, 4.00 mm hook. Very cute dress, fit for a newborn size 🙂 Made this for fun!

OLYMPUS DIGITAL CAMERAThank you for hopping by! 😀
Assalamualaikum
May Allah swt bless us all.

Vest Warna Warni :)

942514_557606794262836_63789923_n

My latest work, a baby vest knitted for 2 weeks 🙂 I love the colour. I used Lion Brand Baby Soft.. and yes, it is soft 😉

 

Oh Tuhanku..

Bismillahirahmanirrahim….

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.
And verily , if thou shouldst ask them : Who created the heavens and the earth? they will say : Allah . Say : Bethink you then of those ye worship beside Allah , if Allah willed some hurt for me , could they remove from me His hurt ; or if He willed some mercy for me , could they restrain His mercy? Say : Allah is my all . In Him do ( all ) the trusting put their trust .
6 May 2013
Er EROGLU

– Bersatulah –

 

Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan “open minded”.
Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat.
Cara berfikir? Mereka melabelkan diri sebagai “PEJUANG KEBEBASAN”. Mereka berkehendakkan satu kehidupan yang bebas tanpa kongkongan peraturan yang tegas, serba-serbi bebas. Bebas melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu, malah ada yang menginginkan kebebasan dari hukum Islam, wallahualam.
Orang Melayu sekarang “HEBAT”. Sesetengahnya angkuh mengecam hak dan kelebihan Bumiputra dan bangsa sendiri yang telah dipertahankan sejak dari zaman kemerdekaan. Mereka memanipulasi isu hak keistimewaan Bumiputra dengan meletakkan kerajaan sebagai pengamal satu jenis penindasan kaum yang tidak dideritai oleh puak lain walau sedikitpun. Inilah dia “KEJAHILAN” yang mampu membentuk satu generasi yang kufur nikmat apabila dikawal oleh rasa tamak dan haloba.
UMNO, PAS dan PKR adalah tiga parti politik negara. Tiga parti beridentitikan Melayu yang sekiranya bersatu, tidak ada satu kuasa dalam dunia ini pun yang mampu menggugat maruah serta hak bangsa dan agama. Malah kaum Bumiputra bukan Melayu juga turut bersinar terang di bawah kilauan keagungan BANGSA Melayu, mengatasi kaum-kaum lain yang hebat di zaman ini. Cahaya inilah yang orang Melayu sudah tiada. Penghalangnya adalah orang Melayu itu sendiri.
Keinginan Melayu PAS dan PKR berpisah dan membentuk landasan masing-masing dengan niat untuk merebut peluang menjadi kumpulan yang berkuasa sekaligus menjadi pemerintah menjadi penyebab kepada terlerainya ikatan perpaduan di kalangan bangsa Melayu sendiri.. Dalam keadaan seperti ini, sudah pastilah fitnah, maki-hamun, memburuk-buruk di kalangan sendiri menjadi satu lumrah yang biasa disajikan kepada masyarakat kita kini.
Pakatan Rakyat yang digerakkan melalui dua pertubuhan Melayu (PAS/PKR) ini sedikit sebanyak tunduk kepada tuntutan dan kemahuan DAP. Apakah sebabnya mereka sanggup bersuara senada dengan mereka dalam pelbagai pertikaian terutama dalam perkara yang membabitkan hak bangsa bumiputra dan agama sedangkan selama ini tidak merugikan kaum lain sedikitpun? DAP mahu sesuatu yang mutlak dan kuasa politik adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak dapat kuasai sehingga kini. Dengan perancangan menguasai politik, bermakna mereka akan dapat mempengaruhi kerajaan dan mencorakkan dasar pemerintahan yang sesuai berdasarkan kesesuaian naluri dan citarasa mereka. Tiada larangan agama dan tiada roh Islam dalam pentadbiran. Itulah kebebasan ala kafiruun.
Kepada orang Melayu Pakatan Rakyat, tidak perlu membohongi diri sendiri menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan segala yang dipertahankan kerajaan semata-mata untuk mendapat satu kepimpinan baru yang belum tentu lagi dapat menjamin kesejahteraan dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputra sendiri. Orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina dalam pelbagai bidang yang majoritinya dimonopoli oleh GOLONGAN mereka. Di manakah keAdilan bagi bangsa Melayu jika pemimpin mereka sendiri mengutamakan hak samarata kaum secara membabi buta seumpama “mencurahkan garam ke air laut”?.
Ramai orang Melayu kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pula oleh parti komponen dalam BN. Pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti-henti isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan “survival” orang-orang Melayu, bukan hanya untuk orang Melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang Melayu di mukabumi ini, kestabilan orang Melayu bermakna stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti Cina dan India serta bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.
Dalam masa ini juga UMNO dengan sedaya-upaya mengembalikan kesedaran kepada kaum bangsa Melayu supaya berdiri teguh untuk menegakkan bangsa Melayu serta perjuangan bangsa kerana pada masa ini ada Melayu yang telah diekploitasi pemikirannya sanggup menidakkan bahawa BAHASA Melayu yang melambangkan BANGSA Melayu yang MERDEKA sehingga menjadikan negara ini dinamakan ‘MALAY’sia telah menjadi bahan pertikaian oleh orang Melayu sendiri tanpa menyedari bahawa mereka inilah juga berBAHASA Melayu dan berBANGSA Melayu tetapi bercakap seolah-olah mereka ini bukan lagi anak bangsa ‘MALAY’sia. Inilah matlamat kaum Cina terutama DAP untuk memesongkan identiti seseorang Melayu yang disokong pula oleh Melayu PKR dan juga PAS.
Permainan politik orang Melayu kini “HEBAT” dan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Melayu berpindah kepada DAP melalui PKR dan PAS. Seronok mereka walaupun BN menerima kekalahan dibeberapa negeri yang bermajoriti berbangsa Melayu. Majoriti Melayu mungkin sedih, tetapi ada Melayu bersedih dalam gembira tanpa menyedari sumbangan mereka dalam mengorak langkah menghancur bangsa Melayu sendiri. Wajah dan air muka jetahuna Melayu akhirnya ditempiaskan kepada UMNO. Maka paksi UMNO disalahkan bagi semua perkara seolah-olah gagal mempertahankan Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu di dalam PAS dan PKR yang ahli mereka juga ramai yang berbangsa Melayu, tetapi mengapa pula mereka tidak mahu mempertahankan hak dan bangsa Melayu? Tidak pula mereka ini Melayu-Kristian, tetapi Melayu-Islam.
Yang diterima adalah kutukan dan penghinaan kepada bangsa sendiri setiap hari terhadap perjuangan UMNO sehinggakan bahasa, bangsa, agama dan negara menjadi pertaruhan seolah “hilang hari ini, esok akan kembali” semula. Amat mudah dan ringkasnya generasi Melayu hari ini dalam memperjuangkan anak bangsanya untuk kemudian hari.
UMNO terpaksa membakar diri untuk memerangi Melayu lain yang telah dicemari dan keseluruhan bangsa-bangsa lain, inilah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yang condong dan kura-kura cuba memanjat, inilah sedang berlaku. MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan Melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untung dengan senyum puas.
Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan Melayu seumpama Melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itulah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, inilah yang dikesan dan di cium oleh ANWAR dan menggunakan platform dalam Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan UMNO dalam memecahbelahkan pemikiran bangsa Melayu secara langsung dan tidak langsung seumpama menerima agenda Malaysia Malaysian, Malaysia Baru, Harapan Baru.
Dalam keadaan Melayu didalam kem Pakatan Rakyat (orang Melayu yang membunuh bangsanya sendiri) itulah pembangkang mencari kelemahan dan melontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa Cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist apabila berusaha menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan di dalam isu bahasa, bangsa, agama dan negara.
Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati-hati tetapi berani dan tegas.
Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi. Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh bangsa Cina didalam kerajaan akan diperjuangkan dari luar, DAP. Jadi mereka saling lengkap melengkapi. Yang ruginya Melayu tidak kira UMNO, PAS dan PKR. Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain.
Semenjak zaman penjajahan British di mana bangsa Cina berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya, Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai ‘Chinatown’.
Dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh Melayu, ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Cina yang dikuasai oleh Cina secara total. Apakah nasib anak cucu, cicit piat piut generasi Melayu di masa mendatang?
Tidak sedarkah bangsa Melayu PERLU untuk bersatu kembali, perpaduan Melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit yang dimainkan oleh DAP, PKR dan PAS dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu. Melayu kini tersepit dalam isu bangsanya sendiri, UMNO memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang Melayu kini dilontarkan isu yang sama dan di dalam mempertahankan hak bangsa Melayu dengan di perhatikan oleh bangsa Cina dan India dan begitu juga Melayu PKR dan PAS untuk sama-sama menjadi cuma pemerhati kepada kejatuhan Melayu.
Sedar atau masih lalaikah orang Melayu keseluruhannya? Mampukah orang Melayu menghadapi keadaan ini? Mampukah anak bangsa Melayu di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu?
Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak.
Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu.

Suara Politik
Taminsari

NOTE dari owner blog:
Aku bukanlah seorang hamba yang memihak pada mana-mana manusia. Tapi aku punya hak untuk menilai, memahami dan menghadam. Berfikir apa yang lebih baik dan mengutarakan apa yang tersimpan di hati. Kasihanilah hambaMU ya Allah. Bantulah hamba-hambaMU daripada terus leka dengan arus dunia yang semakin disaluti dengan dendam, cemburu, iri hati, dan nafsu yang tidak pernah tahu erti noktah. Nauzubillahiminzalik. Sedih melihat “kemajuan” Malaysia yang semakin “hebat” dengan tamadun caci-mencaci, sindir-menyindir dan hina-menghina. Jika inginkan perpaduan, binalah di atas landasan yang betul. Laluilah kembali sirah Rasulullah s.a.w. dalam memartabatkan kerajaan Islam. Bukankah Islam itu harmoni dan sejahtera?
Yang berfikir,
Nukilan hati seorang hamba yang daif.