Benang Kait

1618522_694535183903329_1534576941_n

Saya kerap menerima email yang bertanyakan tentang jenis-jenis benang kait yang ada dan saya rasa sangat senang membantu mereka mendapatkan jawapan untuk soalan mereka.

Satu perkara yang sering saya tekankan ialah “Jangan Takut Untuk Mencuba”. Mencuba pelbagai jenis benang kait yang ada di pasaran merupakan salah satu cara yang paling baik untuk anda tentukan kelebihan dan kekurangan terhadap benang kait tersebut dan kesesuaiannya terhadap projek anda.

Saya sendiri amat suka mencuba pelbagai jenis benang dari yang paling mahal sehinggalah yang paling murah bagi melihat kualiti dan kelebihannya. Sememangnya setiap benang yang sudah saya cuba dan kait ini mempunyai pro dan cons masing-masing. Disini, anda perlu bijak menentukan bajet anda supaya pembaziran tidak berlaku.

Apa yang sering kali saya perhatikan ialah “”andaian”” menjadikan kita takut untuk mencuba sesuatu jenis benang kait sama ada mahal ataupun murah walaupun tidak pernah kita cuba. Bagi saya, saya tidak akan menerima “‘andaian”” selagi tidak mencubanya, bukan setakat touch and feel sahaja tetapi saya pasti akan hasilkan sebuah projek kecil ataupun besar bagi melihat hasilnya sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk projek yang ingin saya kait.

Tahukah anda, setiap benang kait yang dihasilkan walaupun diperbuat daripada jenis fiber yang sama, sama ada ianya adalah wool, acrylic, cotton, bamboo, linen dan pelbagai lagi, hasil tekstur adalah sangat berbeza dari satu jenis ke satu jenis yang lain seperti dari jenis yang paling keras sehinggalah jenis yang paling lembut.

Setiap ketebalan dan cara pintalan benang kait tersebut juga sangat mempengaruhi hasil kait kita. Cara mengait dan teknik stitch yang digunapakai juga amat memberi kesan terhadap hasil kait dan projek. Projek yang melibatkan cable stitch dan ribbing menjadikan projek kita lebih tebal manakala projek yang dihasilkan secara lace dan loose memberikan efek lembut terhadap projek kita walau apa pun jenis benang kait yang digunakan. Selain itu, peranan ‘blocking’ amat memberikan kesan yang mendalam terhadap hasil akhir projek dimana ianya akan menjadikan projek anda ebih lumayan dan eksklusif.

Walau bagaimanapun, pilihan yang terbaik adalah bermula di tangan kita. Sama ada mahal ataupun murah sesuatu benang kait tersebut, anda perlu bijak membuat pilihan bagi mendapatkan kepuasan anda dalam menghasilkan projek kait anda. Tidak semua projek sesuai digunakan dengan benang kait yang sama disebabkan perbezaan ketebalan, berat dan pintalan mempengaruhi projek kita. Bukan kerana ia mahal ataupun murah.

Di harap artikel pendek di pagi ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat pilihan dalam pemilihan benang kait yang untuk sesuatu projek anda.

23.April.2014
Ery EROGLU
www.daknit.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *