Assalamualaikum semua,
Setelah beberapa hari berlalu, barulah hari ini saya dapat update blog. Hari ini macam-macam cerita berlaku.. hai.. Apa pun yang terjadi, baik ataupun jahat, kita haruslah sentiasa beringat bahawa hidup ini hanya sementara sahaja kan?
Lebih baik, dalam kehidupan yang singkat ini, kita menghabiskan masa untuk mempelajari ilmu sebanyak mungkin dan dimanfaatkan. Contohnya, seperti belajar mengait 😉
Oklah.. nanti cerita panjang-panjang, jadi boring pula :p
Di dalam seni kait 2 ini, terdapat 4 asas kaitan yang sangat mudah untuk dipelajari. Biasanya, apabila anda telah berjaya mempelajari keempat-empat asas kaitan ini, maka dengan itu anda telah berjaya untuk memulakan satu jenis projek yang mudah dengan menggunakan keempat asas ini.
- Asas pertama dikenali sebagai Cast On (CO) (maaf ya.. dalam bahasa melayu saya memang tak tau.. bagi saya, istilah di dalam bahasa Inggeris lebih mudah untuk difahami kerana singkat dan ringkas 🙂 )
- Asas yang kedua dikenali sebagai Knit (K)
- Asas yang ketiga dikenali sebagai Purl (P)
- Asas yang keempat dikenali sebagai Cast Off atau Binding Off (CO/BO)
Sebelum memulakan Cast On, anda perlulah menghasilkan satu Slip Knot. Bagaimana hendak menghasilkan Slip Knot? Gambarajah di bawah akan membantu anda untuk memahami lebih baik bagaimana hendak membuat Slip Knot.
Gambar 1: Permulaan, anda haruslah membuat satu loop. Loop adalah istilah bagi bulatan yang anda lihat di atas gambar. – ah.. yang itu kita panggil dia sebagai “Loop” –
Gambar 2: Setelah anda menghasilkan satu loop, ambil jarum kait anda, tarik benang masuk ke dalam loop tersebut menggunakan jarum tersebut seperti gambar di atas.
Gambar 3: Setelah itu, tarik kedua benang pada bahagian bawah untuk mengetatkan loop tadi sehingga ianya menjadi seperti gambar di atas. Maka, apabila anda telah berjaya membuat bahagian ini, anda telah menghasilkan satu stitch! tada!
Bagaimana? Senangkan?
Di harap, tutorial ini dapat membantu anda semua dalam memulakan langkah pertama mengait kait 2 🙂
Semoga berjumpa lagi!
em salam…akak ada tak nota ke,,,buku ke untuk belajar asas mengait ni,,sy budak baru nk belajar ni,,,bllh tak cadang pada sy buku yang boleh mudah saya faham dan bermula dari asas
Salam Ayu..
Terima kasih kerana sudi melawat blog ni
Tentang nota/buku.. saya dah pun membalas email Ayu. Nanti cek ya! Dan..di blog ini.. saya dah masukkan 4 asas belajar knitting beserta gambar.. kalau Ayu nak print untuk nota belajar, dipersilakan ..
🙂
salam…sy btul2 brmnat nk bljr mngait ni…ada x nota cra2 nk mngait ni nk staat dr yg basic dlu la
Salam Fayez..
Kalau mahu belajar mengait jarum satu.. boleh download nota disini.. http://www.aheys.com/?p=2190
Untuk belajar mengait jarum dua.. saya ada buat tutorial dan nota di blog ini.. 🙂
sila jemput survey blog ini!
sya teringin mengait….suka sangattttttt
tapi ta tauuuuuu apa2…asa pun mmg tak ada.
ada tips utk sya yg ke??
Salam Jun 🙂
Terima kasih kerana melawat Da’Knit..
Minat mengait wahh.. best ni.. ada rakan baru..
Untuk tips.. Jun cuba baca kat entry ni ya! 🙂 harap ianya membantu…
http://www.aheys.com/tutorial-knitting/apakah-yang-diperlukan-untuk-knitting/#axzz1C1JmVMRc
salam. akak, saya berminat nak belajar asas mengait ni..tapi saya rs konfius lak apa beza knitting dan juga crochet ek??erm lg mana sy nk rujuk ntuk blajar ini semua .tq
salam Fiefi..
Terima kasih berkunjung ke Da’Knit! Jemput lawat selalu.
Cuba Fiefi baca post yang saya buat kat entry ni
http://www.aheys.com/tutorial-knitting/belajar-mengait/#axzz1FLgQdTIa
harap ia membantu! 🙂
tqvm 4 ur info..erm cmne nk dptkan notes2 basic crochet…nway klu xbiasa crochet means xleh blja kniting ke cmne ye?
Salam Fiefi.. 🙂
Kalau nak notes.. boleh download notes yang saya post kat tutorial crochet category.. nanti password saya akan emailkan pada Fiefi.. ya!
Tentang crochet dan knitting, nop.. ianya bergantung pada Fiefi.. sama ada Fiefi lebih berminat pada crochet ataupun knitting ataupun kedua-duanya sekali..
saya juga dulu belajar knitting dahulu.. dan kemudian perlahan-lahan belajar crochet.. (mak saya mahir crochet tapi saya tak pernah berminat untuk belajar mengait sehingga akhir tahun 2009.. walaupun macam tu, saya belajar knitting dahulu)
kedua-dua seni kait ni memang seronok! masing-masing ada kelebihannya.. Fiefi boleh mula dengan mana-mana jenis yang Fiefi rasakan mudah dan senang untuk difahami dulu.. kemudian boleh cuba lagi yang satu dengan perlahan-lahan 🙂
tqvm 4 ur xplainantion n notes…very2 appriciate it =)
salam. akak, saya juga minat nak belajar asas mengait ni..tapi saya rasa konfius apa bezanya knitting dan crochet ? kalau blh nk sy nota utk buat rujuk .tq
salam Azie!
Cuba Azie baca post yang saya post kat sini http://www.aheys.com/tutorial-knitting/belajar-mengait/#axzz1FLgQdTIa
InsyaAllah.. muda-mudahan ini membantu 🙂
kalau nak tutorial knitting, saya ada postkan asas mengait knitting, cuba Azie tengok kat sidebar..
kalau nak yang crochet , email saya ya! 🙂
Terima kasih Azie..
Jemput lawat selalu.
hi…
saya adalah baru dan tiada pengetahuan langsung dalam mengait tetapi sangat berminat utk belajar…ada buku atau tips untuk beginner macam saya? cadangan beli buku online ka?
thank you
Hi rhina..
Untuk memahami seni mengait.. Rhina boleh rujuk di post ini: http://www.aheys.com/tip-belajar-mengait-antara-knitting-dan-crochet/ harap ianya membantu!
Untuk beli buku secara online.. Rhina boleh lihat MPH online bookstore. Mereka juga menyediakan servis jualan buku secara online. Ataupun di kinokuniya online. Kalau international, boleh lihat di Amazon.Com.
Buku knitting yang saya cadangkan ialah Teach Yourself Visually Knitting dan untuk crochet, saudari boleh cuba Teach Yourself Visually Crocheting.
saya nak belajar mengait.tak buat hands-on class ke?kalau ikut buku cam susah sket nak faham.
Hi Lea ..
Kelas mengait ni.. insyaAllah dalam perancangan.. tapi buat kat KK, Sabah 🙂 jemputlah ya
salam akak…sy sngt2 berminat dgn mengait nie..tp sy x d asas pun dlm bidng nie..bnyk juga tutorial yg akak publish n share kat blog nie…semuanya sngt bermanfaat…sy nak minta izin akak boleh ke jika sy nak print atau download tutorial yg d di blog akak nie….=)…
Salam Hanis Afiq 🙂
Terima kasih sudi lawat da’knit.. boleh 🙂 silakan print utk kegunaan Hanis.. alhamdulillah.. gembira blog ni dapat membantu… kalau ada apa2 nak tanya ttg mengait knitting or crochet, email ja akak di sindarery@gmail.com ya! ataupun join kami di http://www.facebook.com/daknit utk pelbagai updates yang menarik! insyaAllah.. sila datang lagi 🙂
thanx akak…akak dh benarkan sy print o download mane2 tutorial n mane2 free design dlm blog akak nie?
salam..sy minat sgt nk knitting..kl nk stat belaja better gune needle size bp ek?
tq
Waalaikumsalam Saliha..
Tahniah sebab saudari minat untuk belajar knitting, seni yang sangat menarik! 🙂
Saya cadangkan kalau saudari menggunakan benang jenis nona/minlon, saiz yang sesuai ialah 3mm ataupun 3.5mm.
Jemput like kami di facebook.com/daknit untuk sebarang update dan tutorial! sila datang lagi 🙂
terima kaseh..nk tyne lg nih..benang yg digunakan nt same jenis ngn benang wat crochet ker?
Salam akak.. Saya seorang pelajar ttpi sya sgt berminat dgn kait ssuatu nie.. Saya nak sangat belajar buat baju panas utk saya sendiri.. hehehhe ada tak toturialnya? Saya budak baru belajar mengait 🙂
Hi Shamie Amira..
Tutorial boleh cuba lihat di category tutorial knitting untuk kait jarum dua ataupun Tutorial Crochet untuk kait jarum satu 🙂
Saya ada postkan tutorial secara bergambar dan video untuk mengait. Kalau nak cari tutorial dengan lebih banyak.. cuba lihat di youtube.com.
salam kakak boleh x ajar saya bagaimana nk mengait…bermula dr basic …nk sangt belajar kait….
salam kak,..sy minat knitting tp xpandai,..boleh ajar x? nk sgt blaja,..
best ya.. baru bermula untuk belajar mengait.. sy nak nota jg klu ada 🙂
akk sye nk mengait tapi sya x thu asas semau tk tahu mcm mne e
ape yg sye boleh rujuk????
salam sejahtera s
saya budak baru belajar ..saya teringin nak belajar mengait ada nota ringkas tak tau. gambar…bole saya belajar?
nak belajar jugak kak. Nak nota… Menarik
Assalamualaikum akk.sy teringin hendak belajar asas mngait.even da bli buku still rasa susah
Waalaikumsalam Madihah,
Mengait jarum dua ka jarum satu? Insya Allah kedua2nya mudah jika teknik belajar digunakan dengan betul.
Buku yang Madihah sedang gunakan untuk belajar tu ya?
Assalamualaikum sis, nk tanya, sis ada jual ke buku asa mnjahit dalam Malay, susah nk cari la…mohon kiranya sis leh emailkn atau cadangkn mana2 buku. Terima kasih, salam ramadhan:)
assalamualaikum..
kak saya minat sgt nak belajar mengait…tapi saya xde satu ilmu pon pasal mengait….zero…mohon share untuk mulakan mengait ni kak…terima kasih.,..
Waalaikumsalam Dakaida,
Jemput ke http://www.senimengait.com untuk belajar mengait secara percuma ya 😉
Selamat belajar!