Cara Membuat Pembelian di www.daknit.com (Step by Step Guide)

Sila rujuk tutorial ini untuk melihat cara pembelian melalui kedai online kami di www.daknit.com.

Sebarang masalah/pertanyaan, sila hantarkan ke sales@daknit.com ataupun whatsapp ke 0178168070.

NOTA PENTING: Sebarang pembelian tidak akan dilayan jika tidak mempunyai bukti RESIT PEMBELIAN. Setiap pembelian akan di proses dalam tempoh 1-2 hari apabila pembayaran lengkap diterima ke akaun kami. PEMBAYARAN PERLU DISELESAIKAN dalam masa 3 hari selepas order di hantar. Sebarang pembelian tanpa pembayaran melebihi 3 hari akan terbatal secara automatik.

Terima kasih di atas kesudian membaca Cara Pembelian/Order di www.daknit.com.

Da’Knit ENTEPRISE
www.daknit.com

LANGKAH 1:

0

Β LANGKAH 2:2

LANGKAH 3:3

LANGKAH 4:4

LANGKAH 5: 6

LANGKAH 6:7

LANGKAH AKHIR:8Terima kasih membeli – belah dengan kami! <3

 

Benang Kait

1618522_694535183903329_1534576941_n

Saya kerap menerima email yang bertanyakan tentang jenis-jenis benang kait yang ada dan saya rasa sangat senang membantu mereka mendapatkan jawapan untuk soalan mereka.

Satu perkara yang sering saya tekankan ialah “Jangan Takut Untuk Mencuba”. Mencuba pelbagai jenis benang kait yang ada di pasaran merupakan salah satu cara yang paling baik untuk anda tentukan kelebihan dan kekurangan terhadap benang kait tersebut dan kesesuaiannya terhadap projek anda.

Saya sendiri amat suka mencuba pelbagai jenis benang dari yang paling mahal sehinggalah yang paling murah bagi melihat kualiti dan kelebihannya. Sememangnya setiap benang yang sudah saya cuba dan kait ini mempunyai pro dan cons masing-masing. Disini, anda perlu bijak menentukan bajet anda supaya pembaziran tidak berlaku.

Apa yang sering kali saya perhatikan ialah “”andaian”” menjadikan kita takut untuk mencuba sesuatu jenis benang kait sama ada mahal ataupun murah walaupun tidak pernah kita cuba. Bagi saya, saya tidak akan menerima “‘andaian”” selagi tidak mencubanya, bukan setakat touch and feel sahaja tetapi saya pasti akan hasilkan sebuah projek kecil ataupun besar bagi melihat hasilnya sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk projek yang ingin saya kait.

Tahukah anda, setiap benang kait yang dihasilkan walaupun diperbuat daripada jenis fiber yang sama, sama ada ianya adalah wool, acrylic, cotton, bamboo, linen dan pelbagai lagi, hasil tekstur adalah sangat berbeza dari satu jenis ke satu jenis yang lain seperti dari jenis yang paling keras sehinggalah jenis yang paling lembut.

Setiap ketebalan dan cara pintalan benang kait tersebut juga sangat mempengaruhi hasil kait kita. Cara mengait dan teknik stitch yang digunapakai juga amat memberi kesan terhadap hasil kait dan projek. Projek yang melibatkan cable stitch dan ribbing menjadikan projek kita lebih tebal manakala projek yang dihasilkan secara lace dan loose memberikan efek lembut terhadap projek kita walau apa pun jenis benang kait yang digunakan. Selain itu, peranan ‘blocking’ amat memberikan kesan yang mendalam terhadap hasil akhir projek dimana ianya akan menjadikan projek anda ebih lumayan dan eksklusif.

Walau bagaimanapun, pilihan yang terbaik adalah bermula di tangan kita. Sama ada mahal ataupun murah sesuatu benang kait tersebut, anda perlu bijak membuat pilihan bagi mendapatkan kepuasan anda dalam menghasilkan projek kait anda. Tidak semua projek sesuai digunakan dengan benang kait yang sama disebabkan perbezaan ketebalan, berat dan pintalan mempengaruhi projek kita. Bukan kerana ia mahal ataupun murah.

Di harap artikel pendek di pagi ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat pilihan dalam pemilihan benang kait yang untuk sesuatu projek anda.

23.April.2014
Ery EROGLU
www.daknit.com

Benang kait berbulu? Mari blocking!

block-acrylic-4Sumber gambar/foto: http://hydecodesigns.files.wordpress.com/2011/07/block-acrylic-4.jpg?w=470

Assalamualaikum dan selamat pagi!
Alhamdulillah.. pagi ini saya gembira dapat berkongsi panduan dengan seorang pelanggan yang dikasihi. Panduan ini juga ingin saya kongsikan dengan para pelanggan kami yang menghadapi masalah yang sama iaitu hasil kait berbulu.Antara penyataan dan soalan yang kerap kita dengar ialah:
1. Benang ni berbulu tak?
2. Benang ni pada mulanya tidak berbulu.. tetapi mula berbulu selepas dikait
3. Benang ni tidak elok.. ianya berbulu (sifat benang dari jenis akrilik sememangnya akan berbulu sama ada sedikit ataupun banyak bergantung cara ianya dipintal. Sifat ni mempunyai kelebihan kerana sifat bulu itu menjadikan benang lebih lembut dan gebu. Namun,cara penjagaan yang betul akan mengurangkan sifat hasil kait yang berbulu)Selalunya hasil kait daripada jenis benang haiwan pasti akan di ‘blocking’. Bagaimana pula jenis dari benang akrilik yang kini semakin popular dikomersilkan untuk benang buat bayi. Bagi yang belum tahu, benang kait yang diperbuat daripada jenis fiber akrilik atau mempunyai campuran akrilik kebiasaan teksturnya sedikit atau lebih berbulu daripada benang jenis 100% kapas. Hasil kait daripada jenis benang akrilik lebih mudah dibasuh menggunakan mesin basuh, tidak akan mengecut walaupun dibasuh berkali-kali. Juga tahukah anda hasil kait menggunakan benang jenis akrilik boleh menghasilkan projek yang lebih lembut dan ringan daripada benang kapas, sejuk dan tidak ataupun kurang berbulu jika anda tahu tekniknya. Setiap benang mempunyai sifat tersendiri dan begitu juga dengan benang jenis akrilik. Teknik ini dipanggil sebagai ‘steam blocking’.’Steam/Garment blocking’ biasa digunakan oleh kilang-kilang yang mengeluarkan hasil pakaian yang dikait agar produk lebih tahan lama dan mudah dibasuh dengan mesin. Teknik ‘steam blocking* amat mudah dipraktikkan di rumah. Teknik ini juga boleh dipakai untuk membesarkan saiz hasil kait anda mengikut ukuran yang anda inginkan. Jika dahulu, pendapat ‘benang akrilik tidak boleh di-blocking’ menjadikan benang ini kurang digemari tetapi kini tidak lagi. Dengan adanya teknik ‘steam blocking acrylic yarn’, hasil kait anda akan nampak lebih hebat.

Kelebihan ‘steam blocking’:
‘Steam blocking’ membantu menghasilkan hasil kait yang tidak berbulu atau sangat kurang bulunya, lebih lembut dan sejuk dipakai. Disebabkan akrilik adalah fiber yang bersifat plastik, ‘steam blocking’ sangat membantu mengubah teksturnya. Selain itu, seperti hasil projek menggunakan benang haiwan, benang akrilik juga boleh di ‘block’ jika anda ingin mendapatkan hasil yang lebih besar dari saiz asal yang dikait, oleh itu, jangan takut untuk ‘blocking’.

Langkah berjaga-jaga:
Namun, langkah berjaga-jaga sewaktu membuat ‘steam blocking’ perlu dititikberatkan agar hasil kait anda tidak rosak. Istilah ‘killing acrylic’ biasa digunakan jika keadaan sangat memerlukan hasil kait yang lebih lembut dan jatuh cantik tetapi tidak semua projek sesuai menggunakan teknik ini. ‘Killing acrylic’ hanya akan dilakukan jika anda rasa perlu sahaja kerana ianya boleh menjadikan corak kaitan anda kurang menyerlah. Selain itu menjadikan hasil kait anda tidak lagi ‘stretchy’.

Bagaimanakah cara menggunakan teknik ‘steam blocking’ yang betul?
Sebelum anda mencuba teknik ini, adalah dinasihatkan untuk anda mencuba ke atas sampel terlebih dahulu. Kait sebanyak sampel yang anda inginkan dan cuba jaya teknik ini sehingga anda memperolehi hasil yang diinginkan dengan menggunakan ‘steam iron’.
1. Letakkan sampel anda di atas ‘board’/’foam mat’ ataupun tuala yang kering. (Jangan sesekali basahkan hasil kait anda untuk ‘steam blocking’ kerana ini boleh menyebabkan hasil kait anda menjadi lebih berbulu dan rosak)
2. Dengan menggunakan ‘steam iron’ dan haba yang tidak terlalu panas, tanpa menyentuh permukaan hasil kait, tekan/picit butang steam pada seterika tersebut da lepaskan ‘steam’ secara konsisten ke atas permukaan sampel anda. Anda tidak perlu menggosok dengan tangan kerana ini boleh merosakkan tekstur benang tersebut. Cukup hanya sekadar ‘pat pat’ pada permukaan untuk membantu meratakan permukaan.
3. Setelah siap di ‘steam’, biarkan sampel anda kering dengan sendirinya. Setelah kering, bolehlah anda melihat perubahan pada sampel tersebut dan lihat perbezaannya selepas ‘steam blocking’.

Cara yang sama juga digunakan untuk membesarkan saiz hasil kait anda.

Diharap, dengan panduan ini, anda lebih yakin mengait dengan menggunakan benang-benang jenis akrilik. Latih untuk lebih rajin membuat ‘steam blocking’ dan mahirkan diri dengan teknik ini untuk hasil yang lebih baik dan memuaskan. Pastikan anda menggunakan ‘steam iron’ yang elok kualitinya untuk mendapatkan ‘steam’ yang baik.

NOTA:

1. Killing acrylic: Mematikan sifat acrylic sepenuhnya menjadikan projek sedikit berkilat, jatuh lembut dan tidak berbulu. Kekurangannya ialah tidak lagi stretchy dan boleh merosakkan projek jika tidak dibuat dengan teknik yang betul.

2. Steam acrylic: Mengurangkan sifat bulu acrylik (bukan menghilangkan sepenuhnya), menjadikan projek lebih lembut, gebu dan sejuk dipakai.

Lain-lain sumber:

Steam Blocking Acrylic Yarn Tutorial: http://youtu.be/xWyOk1a8fyY / http://beadknitter.blogspot.com/2009/03/you-can-block-acrylic.html

FAQ:
1. Perlukah hasil kait di ‘steam block’ setiap kali dibasuh?
Tidak perlu. ‘Steam blocking’ pada hasil kait dari benang akrilik adalah kekal.
2. Saya sudah ‘steam blocking’ tanpa menyentuh permukaan projek tetapi akhirnya ia rosak. Mengapa?
Haba ‘steam’ yang terlalu tinggi walaupun tidak menyentuh pada permukaan hasil kait anda boleh menjadikan projek anda rosak. Pastikan haba tidak terlalu panas sehingga boleh mencairkan projek anda.
With love,
Ery EROGLU
www.daknit.com

Tutorial Knitting: Cara membaca pattern Vest bergambar Part 1 (BACK SIDE)

SAIZ UTK ADULT.. (pattern by Pierrot)

Pattern ni bermula dari bawah ke atas… terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu body, armhole dan neck…

1. Berdasarkan gambar untuk vest BACK.. mulakan dengan membuat CAST ON sebanyak 114 stitches menggunakan Jarum saiz 3.3mm.. (ini jepun punya saiz, manakala untuk US kita guna saiz 3.25mm) Kait secara RIBBING, iaitu Knit 1 Purl 1 sehingga habis baris dan turn Purl 1 Knit 1 sehingga habis baris sehingga PANJANG RIBBING ini mencecah 5cm.

2. Kemudian, teruskan baris seterusnya dengan mengurang sebanyak 5 stitches sehingga hanya ada 109 stitches sahaja dengan menggunakan saiz jarum 3.9mm di mana untuk US kita guna saiz 4mm. Kait menggunakan pattern stockinette stitch, iaitu satu baris knit, satu baris purl sehingga panjang sebelum ARMHOLE ialah 63cm ataupun kait sehingga mencapai 88 ROWS. Pastikan RIGHT SIDE adalah bahagian KNIT dan WRONG SIDE adalah bahagian PURL.

3. Setelah mencapai ROW yang ke 88.. kita akan masuk ke bahagian ARMHOLE. UNTUK ARMHOLE.. pastikan bahagian untuk dikait adalah bahagian RIGHT SIDE. Mengikut gambar, BO 4 sts bermaksud, BIND OFF sebanyak 4 stitches pada awal baris, kemudian kait KNIT seperti biasa sehingga habis baris. Kemudian, PUSING ke bahagian WRONG SIDE, BIND OFF lagi 4 stitches dan kait PURL sehingga habis baris.

4. Setelah habis BIND OFF 4 sts.. kita akan mulakan BIND OFF untuk setiap baris:

2-2-4 – Mula2 kita akan BIND OFF ikut arahan 2-2-4, iaitu, setiap kedua hujung baris ke-2, BIND OFF 2 sts, ulang langkah ini sehingga 4 KALI. Kemudian, masuk baris

2-1-4 – Setiap kedua hujung baris ke-2, BIND OFF sebanyak 1 stitch dan ulang langkah ini sehingga 4 KALI, kemudian, masuk baris

4-1-2 – Setiap kedua hujung baris yang ke-4, BIND OFF sebanyak 1 stitch dan ulang langkah ni sebanyak 2 KALI.

5. Setelah habis mengait bahagian baris ini.. teruskan kaitan tanpa ada DECREASE/INCREASE iaitu kait secara STOCKINETTE lagi ikut bilangan stitches yang tinggal sehingga keseluruhan ROW dari mula BIND OFF 4 sts mencapai 59 ROWS, dan pada ROW yang ke 60, Kait ikut pattern sebnyak 23 sts, kemudian kait 1-1-3 (iaitu selepas KAIT 22 sts pertama, BIND OF 1 sts, kemudian BIND OFF 27sts, kemudian BIND OF 1 sts, KAIT lagi sebanyak 22 sts) TURN… KAIT 21 sts, BIND OF 1 sts, TURN,BIND OFF 1 sts, KAIT 20 sts… putuskan Yarn, sambung kait di bahagian bahu sebelah, PICK UP 22 sts, TURN, BIND OFF 1 sts, KAIT 21, TURN, KAIT 21, BIND OFF 1 sts, maka kedua bahagian mempunyai 20 sts pada akhir kaitan. SIAP BAHAGIAN BELAKANG.

6. KALAU saya ada tersilap kira.. terutamanya bahagian SHOULDER, sila maklumkan ya.. sebab saya hanya translate berdasarkan gambar dan belum kait lagi pattern ni jadi kalau ada tersilap, sila perbetulkan. πŸ™‚

Join us @ www.facebook.com/daknit

May Allah swt bless us all.

 

Knitting Hat Tutorial with 2 straight Needles by Da'Knit

Assalamualaikum semua.. alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untukΒ  membuat tutorial membuat topi yang paling ringkas dan senang bagi sesiapa yang ingin baru belajar mengait jarum dua. Semoga tutorial ini dapat membantu kita semua insyaAllah. NOTE: Saya menggunakan jarum circular tetapi cara tutorial ini adalah untuk jarum kait dua biasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 pasang jarum kait dua (1 pair of knitting needles) saiz 4.5mm

1 buku benang Magic Baby 100gm

1 batang jarum crochet (crochet hook) saiz 3.5mm

Gunting

Pattern:

Stockinette Stitch ( Asas yang perlu diketahui adalah Cast On, Knit, Purl dan Bind Off)

Ribbing ( 2 x 2 RIBBING = *KNiT 2 kali, PURL 2 Kali* ulang dari * ke * )

K2TOG , Knit 2 together (KNiT 2 sts sekali kaitan)

KNIT SIDE (right side)

PURL SIDE (wrong side)

Langkah-langkah:

1. Cast On menggunakan Long Tail Cast On sebanyak 72 sts.

Seperti gambar di atas, pastikan setelah membuat cast on, buat 2 x 2 RIBBING sebanyak 10 baris.

ROW 1 (right side) : *Knit 2, Purl 2* ulang dari * ke * sehingga habis baris pertama.Β  ROW 2 (wrong side) : *Purl 2, Knit 2* ulang dari * ke * sehingga habis baris kedua. ULANG ROW 1- ROW 2 sehingga 10 KALI.

2. Setelah selesai RIBBING, pada baris seterusnya .. kait KNiT sehingga habis baris pada KNiT SIDE. Kemudian, pada baris seterusnya, kait PURL sehingga habis baris pada PURL SIDE. Maksudnya, sebaris KNiT, sebaris PURL.

Teruskan mengait KNiT dan PURL sehingga panjang kaitan anda sekurang-kurangnya 10-15 cm dari Cast On (mengikut panjang yang anda suka)

Setelah itu, DECREASE akan bermula untuk membuat TOP.

Memandangkan bilangan stitches yang digunakan adalah nombor genap, maka kita boleh membuat DECREASE sebanyak 4 kali pada baris RIGHT SIDE. Merujuk pada gambar di atas, 72/4 = 18 sts. Bermakna, setiap sts yangΒ  ke 17 dan 18 kita akan buat K2TOG untuk decrease. K2TOG ialah Knit 2 together. STITCH MARKERS digunakan untuk menanda tempat berlakunya DECREASE. Maka, setiap 18 sts, kita letakkan Stitch Markers.

KNiT 2 TOGETHER pada 2 sts terakhir sebelum STiTCH MARKERS.

3. Seterusnya, pada RIGHT SIDE, lakukan DECREASE (k2tog) pada setiap SEBELUM Stitch Markers.

4. PADA SETIAP WRONG SIDE, kait PURL seperti biasa tanpa decrease.

5. ULANG LANGKAH 3-4 sehingga stitches yang tinggal di atas jarum hanya ada sekurang-kurangnya 8-12 sts. Setelah itu, BIND OFF stitches yang tinggal.

Dah siap BIND OFF…

Setelah itu, gunakan jarum crochet untuk mencantum belahan tadi melalui PURL SIDE.

YAY! Anda berjaya mengait topi πŸ˜€

Thanks to my hubby for willingly to be my hat model πŸ˜›

Untuk mendapatkan benang jenis ini.. anda bolehlah singgah ke kedai online kami di http://www.daknit.com untuk mendapatkan jarum dan benang-benang kait berkualiti dan selesa dipakai untuk projek mengait anda.

Jemput ke Facebook DA’KNiT untuk update terkini.

May Allah swt. bless us all. Thank you for hopping by! Happy knitting πŸ™‚

Jarum dan Benang.. :)

Assalmualaikum semua..

Alhamdulillah..Β  dapat juga saya postkan entry baru kali ni πŸ™‚ Especially lately, been busy with some tasks though its a holiday right now, still can’t help it. Life is always like that, isn’t it? xD

Alhamdulilah again, since I am out of made-to-order at the moment, so, I finally have my own time to continue with my pending WIP.

Right: Knitting WIP for a shawl, Left: Crochet WIP for a baby blanket

Shawl yang ni adalah percubaan kedua saya. Yang first tu.. masih lagi pending dan duduk diam kat dalam beg xD hehe.. jangan tanya bila siap πŸ˜› mmg lama rasanya nak siapkan yang tu.. since currently I’ve been focusing more with these two projects!

Shawl yang pertama tu, saya gunakan benang dari jenis Acrylic+Wool brand Alize Yun, dengan Circular ADDi 4mm x 60cm.. cara kaitan pun berbeza dari yang kedua ni. The first shawl start dari bahagian hujung, kemudian slolwy increase sehingga bahagian sebelah shawl siap dulu, dan decrease baru dapat satu shawl triangle yang besar.

Manakala shawl yang kedua ni *spt di atas gambar*, saya menggunakan benang 100% Magic baby acrylic dari ICE dengan jarum ADDi Circular 4mm x 80 cm..Β  menggunakan teknik yang berbeza, di mana shawlΒ  ni..Β  kita kaitΒ  bermula dari bahagian tengah dan kedua-dua bahagian shawl di kait serentak. If you notice, ada satu rangka kat bahagian tengah seolah-0lah macam tulang belakang πŸ™‚ kan? itu lah point tengah yang membahagikan kedua bahagian shawl. Unikkan? For me, this technique is quite easy and easy to detect the wings of the shawl and more faster to knit! I guess, 1 ball of the baby yarn will be enough to make size M-L shawl πŸ™‚ Can’t wait to finish this too!

Untuk yang blanket.. ni adalah projek yang betul2 mengambil masa saya..sebabnya.. mengait secara bulatan mencabar betul @_@ Compared to square blanket, this round blanket took more time to crochet as it turns bigger and bigger..Β  πŸ™ After this.. saya confirm tak mahu kait blanket secara in the round lagi huhuhu..Β  But did you notice the hooks that I put on the blanket? Ketika mengait blanket ni.. saya telah beberapa kali tukar crochet hook hanya semata-mata mencari keselesaan ketika mengait. Is that cerewet? :p hehe.. no lah kan xD

Dari bawah: Hamanaka Raku Raku, Clover Comfort Handle, Aluminium Comfort Handle (no brand) and Addi Comfort. They are all 3.5mm except the hamanaka comes with 3mm & 4mm sizes.

Sebagai crocheter, jika anda seorang yang sangat tegar mengait, masalah paling utama ialah sakit jari, isn’t it? The same thing happened to me too. Masalah bila terlalu lama mengait, tangan akan rasa lenguh dan jari-jemari mula berasa sakit. Jadi apa yang perlu dibuat? Kita kenalah rest sebentar dari terus mengait even projek berjela-jela panjang menunggu giliran untuk disiapkan T__T masalah kan?

And thus, these comfort handle hook is invented, especially for hard-core crocheter, to avoid stressing the fingers and to give more comfortable long-hours crocheting! πŸ™‚

For me, saya bukanlah seorang crocheter yang tegar.. tetapi sebagai peminat mengait, saya juga menginginkan keselesaan sewaktu mengait, how about you? πŸ™‚ Walaupun terpaksa melabur, tetapi, hasilnya sangat memuaskan hati apabila kita memperolehi keselesaan yang diinginkan ketika mengait. Jadi disini, saya ingin berkongsi review tentang hooks ni:

1. Hamanaka Raku Raku : One of the luxury hooks made in Japan, comes with 10 sizes *double ended*. Very comfortable. Permukaan aluminium hook ni sangat licin (seperti Tulip hook double ended) yang bonusnya handle ni very nice to grab. But, cuma ada satu masalah for me πŸ™Β  as a knife-holder, masih ada rasa yang kurang sewaktu menggunakan jarum ni (mungkin masih terdapat space kat tapak tangan yang rasa kurang selesa sewaktu memegang jarum ni) Akibatnya, menyebabkan kelancaran mengait kurang memuaskan. Walaupun macam tu, this is one of the best hook that a crocheter must try! Still I am sticking with this for this moment.

2. Clover Comfort Handle Hook: Yang ni pun best! Also made in Japan. Very suitable for knife-holder like me πŸ™‚ Saya suka pakai yang ni. They said, this crochet hook is very suitable for beginners. Aluminium hook pun licin dan jarang tersangkut benang sewaktu mengait. Only the small thing about this hook…. kadang2 permukaan aluminium dia membuatkan rasa gigi saya ngilu sikit xD hehe.. so, kesimpulannya.. kena kait dengan benang yang sesuai supaya tidak rasa ngilu! But I do suggest this hook for everyone too πŸ™‚

3. No Brand Aluminium Comfort Handle: Oh.. yang ni adalah yang paling affordable compared to the among four. This is made in China.. present in cute colours and very comfortable handle. Setelah beberapa kali mencuba yang ni.. ohhh saya memang jatuh cinta dengan handle dia! Pada awalnya.. apabila mengait menggunakan crochet hook ni.. terasa sedikit kesat.. tetapi setelah beberapa minit kaitan diteruskan, alhamdulillah.. permukaan badan hook semakin licin dan sangat laju ketika mengait. Not bad kan?! Sama baik dengan Hamanaka, Clover dan Addi! Apa yang saya sangat suka pada jarum ni ialah handlenya, 100% selesa pada saya. Hook sedikit tajam menyebabkan benang blh tersangkut tetapi boleh di-fix (macam mana? teruskan membaca πŸ™‚ )

Buat masa ni, saya sedang menyiapkan blanket di atas menggunakan jarum ni.. the result? Saya kait laju, tangan selesa sangat dan tiada rasa yang kurang sewaktu memegang crochet hook ni! Alangkah baiknya kalau Hamanaka mempunyai handle seperti ini πŸ™‚ The hook+the handle, will bring 100% comfortness. Ups.. jangan marah hamanaka πŸ˜›

4. ADDi Comfort Handle: Brand ADDi merupakan brand yang terkenal made in Germany. Speciality in ADDi is the nickle-plated knitting needles. Very smooth, very slippery, very fast πŸ™‚ and totally I am in love with the needles 100%. But this time, saya mencuba juga ADDi hook ini. The metal part is as slippery as the needles. Its good! Only the non-comfortable part for me is the handle and the hook itself. Kenapa? Sbb comfort handle ADDi sedikit “kurus” berbanding hamanaka dan clover. Jadi kurang sesuai juga dengan saya yang suka every space di dalam tangan saya penuh T_T oh pelikkah saya? But i think.. sesiapa yang menggunakan hook dengan cara pensil and doesn’t care about the empty space under the palm.. this hook is for you! Masalah pada hook, mungkin sebab tajam sikit, benang cepat tersangkut pada hook..tapi ni boleh disettle. Macam mana? Garukan sedikit hook tu kat atas semen utk tumpulkan sedikit hujungnya! Jangan garu lebih-lebih ok?Β  hehe..resultnya? Tiada lagi tersangkut-sangkut sewaktu mengait πŸ™‚

Woha! Hopefully entry kali ni menarik untuk dibaca πŸ™‚ Dah lama saya tidak berkongsi pendapat ttg hook. Semoga entry ni memberikan kebaikan dan manfaat kepada peminat2 crochet untuk memilih jarum terbaik buat projek mereka πŸ™‚ Maafkan saya di atas bahasa rojak saya…

Sebenarnya, keselesaan sesuatu hook itu masih bergantung pada individu itu sendiri. Ada juga yang knife-holder seperti saya suka pada hamanaka dan tiada masalah seperti saya. Kesimpulannya.. anda cuba dan anda lah yang menentukannya! Pendapat di atas tu hanya sekadar pendapat mentah saya tentang hook-hook ni.

Sehingga berjumpa lagi πŸ™‚

May Allah swt bless us all! Thank you for hopping by!

DON’T FORGET TO CHECK OUR 10% DISCOUNT AT WWW.DAKNIT.COM UNTIL 30 NOV 2011

Cara memulakan belajar mengait

Assalamualaikum everyone.. apa khabar? Semoga teman Da’Knit semua sihat sentiasa insyaAllah…

Kali ini Da’Knit ingin membuat pos mengenai Cara Memulakan Belajar Mengait sama ada Knitting ataupun Crochet.

Saya telah menerima sebuah email daripada seorang hamba Allah bertanyakan tentang cara memulakan mengait beg ataupun topi.

Oleh itu, disini, saya ingin memberikan panduan memulakan seni mengait ini. Diharap pos ini akan membantu anda yang juga ingin belajar mengait πŸ™‚

My current project.. Crochet Along with Yarn Lovers Malaysia (YLM) πŸ™‚

1. Memahami asas mengait jarum kait dua (Knitting) ataupun jarum kait satu (Crochet)

Photo credited to photo-dict.faqs.org

Knitting (Jarum Kait Dua)

Asas yang perlu diketahui ialah:

Photo credited to http://www.craftstylish.com

Crochet (Jarum Kait Satu)

Asas yang perlu diketahui ialah:

2. Memahami istilah-istilah untuk Knitting dan Crochet

Istilah Knitting dan Crochet:

Untuk bacaan berbentuk instruction/arahan, kita harus memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan tersebut. Untuk tujuan ini, anda boleh merujuk Knitting Abbreviations (sila klik link) untuk memahami setiap istilah.

Manakala untuk bacaan crochet, anda juga perlu memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan pattern tersebut. Crochet hadir dalam bentuk arahan dan juga diagram. Bagi memahami istilah berbentuk arahan, anda boleh klik pada link ini: Crochet Abbreviations dan untuk memahami istilah simbol, anda boleh klik pada link ini: Crochet Symbols

Setiap istilah ini menyatakan jenis kaitan yang perlu kita buat. Oleh itu, anda perlu perhatikan juga cara kaitan (boleh rujuk di youtube.com) bagi setiap istilah untuk memudahkan anda membaca pattern dan mengait pattern tersebut.

3. Praktik Menggunakan Pattern yang Mudah.

Setelah anda memahami asas dan juga cara membaca istilah pattern, maka, anda sudah pun boleh memulakan kaitan anda dengan merujuk pattern yang mudah bagi mengait projek yang anda inginkan.

Antara laman-laman web yang anda boleh lawati ialah seperti:

http://www.straw.com/cpy/free_patterns.html

http://www.knittingpatterncentral.com/

Anda boleh pilih pattern yang mudah.. kebiasaannya akan dinyatakan pattern tersebut adalah untuk Beginner. Cuba dan fahami setiap istilah di dalam pattern, dan kemudian kait perlahan-lahan mengikut arahan/simbol yang diberi. InsyaAllah, saya percaya anda boleh lakukannya!

4. Pemilihan Benang.

Pada masa kini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis benang yang menarik dari pelbagai jenis manufacture secara offline ataupun online. Di Malaysia, benang-benang yang biasa digunakan adalah terdiri daripada Nona, Minlon, Sakura, Wina, Venus, Orion Top dan pelbagai lagi jenis-jenis benang yang diperbuat daripada acrylic. Kebanyakkan benang-benang tempatan ini sesuai digunakan untuk mengait alas meja, beg, amigurumi namun secara kasarnya, kurang sesuai untuk digunakan mengait pakaian. Secara online pula, anda boleh mendapatkan benang-benang yang lebih baik kualiti dan mutunya untuk mengait baju, shawl, pakaian bayi dan pelbagai projek untuk keselesaan. Benang-benang ini boleh digunakan menggunakan satu jarum (crochet) mahupun dua jarum (knitting). Benang khas crochet yang dipanggil sebagai crochet thread sesuai digunakan untuk membuat lace ataupun doilies. Manakala benang-benang biasa (yang pelbagai saiz) sama ada crochet ataupun knitting, kedua-duanya boleh digunakan untuk mengait benang-benang ini. Pemilihan jarum dan benang adalah berdasarkan thickness benang tersebut. Semakin tebal benang, maka semakin besar saiz jarum yang digunakan dan begitu juga sebaliknya. Jikalau anda mengait merujuk pattern, maka adalah lebih elok anda mengait berdasarkan jarum dan benang yang dicadangkan. Jikalau tidak mempunyai benang ataupun jarum seperti di dalam pattern, maka peranan Gauge sangat penting dalam mendapatkan ukuran kaitan yang diinginkan.

Anda boleh layari laman-laman web ini untuk melihat jenis-jenis benang yang ada di kedai online kami:

http://yarnsonlineshop.com – kedai benang online Da’Knit Yarns

http://www.daknit.com – kedai jarum kait dua/satu dan benang online Da’Knit

Diharap guidelines ini akan membantu kawan-kawan yang ingin belajar mengait jarum satu ataupun dua :)Jangan cepat putus asa! Yang penting.. sentiasa praktikkan apa yang telah dipelajari. Practice makes perfect!

InsyaAllah.

Semoga panduan ini memberikan manfaatnya untuk kita semua. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke sindarery@gmail.com

May Allah swt bless us all πŸ™‚

Have a good night!

Knitting Tutorial: PSSO a.k.a Pass Slip Stitch Over :)

Assalamulaikum everyone.. alhamdulillah.. this time, I am going to show on how to do PSSO tutorial. InsyaAllah.. hopefully this video will help to understand on how to do PSSO.

This video is made for Kak Natasha πŸ™‚ Hope you like this video kak! πŸ™‚Β  and may it brings benefits to everyone who wants to learn about the way to do PSSO.

Please leave us a comment about this tutorial either it helps or not, clear and if its’ understandable πŸ™‚ Thank you for watching!

Β Da’Knit Tutorial: How to do PSSO a.k.a pass over slip stitch

May Allah bless us all.. amin.

Thank you for hopping by! πŸ™‚

One moment ..

Dear friends and lovely visitors..

This entry written with a purpose, which I would love to clear up things especially for those who always “confuse”.Β  Neither I want to make enemy nor become someone’s enemy. No offense and please no fight!. I’m not -as what you called- a professional entrepreneur (did i say it correct?) Speaking the truth, I’m very tired when I need to give same answers to the same questions.. burgh!

Though this and that.. there is one thing that keeps playing in my mind which makes me wonder most of the times….

…. Why I am the one who is being asked?

Well.. let’s go to the point. Kepada saudari Amna, terima kasih di atas pertanyaan ini. InsyaAllah, saya cuba jawab sebaiknya ya. Maafkan saya kalau ada yang menyinggung perasaan tetapi bukan niat saya untuk menyakiti hati sesiapa.. cuma ingin menjelaskan perkara ni supaya tidak timbul salah faham lagi.Mohon maaf di atas kesilapan dan keterlanjuran kata. Biarlah soalan dan jawapan ini akan selesai disini sahaja.

  • Amna Akak nyer fesbuk pun mcm sket lebih kurang cam org tu punyer style.. akak sama ke ngan kedai benang satu lagi tu? kompius la kak
    4:55 PM Jun 9, 2011
    #Facebook pun sama sebab template facebook pun tak boleh ubah ke warna pink ka.. kuning ka.. nak letak bunga pun tak boleh rasanya… Style sama? Apa yang sama tu ya?.. benang ka? Hmm.. tak kan nak upload benang Fire Yarns.. Oh dan lupa pula nak tanya KFC, kenapa kedai KFC kat KLIA tu sama dengan KFC kat KKIA? Style sama, menu sama.. semua sama.. ayam pun sama xD .. (biasanya kalau Franchise memang sama ja kedai dia). Saya mula membuka FB sebab atas inspirasi seorang toko kedai http://www.facebook.com/pages/Mannabells-Galery/159734070735188?sk=info. Saya suka melihat kesungguhan mereka yang benar-benar nampak ikhlas di dalam menjalankan sesuatu perkerjaan.
  • Amna Lagi satu kedai mengait sindareri ngan mengait.com tu same ke?
    4:58 PM Jun 9, 2011
    #Sindarery adalah ejaan yang betul. Sama tu dari segi apa? Ejaan? Ejaan Sindarery jauh beza dengan Mengait. Boleh lihat About Us link untuk lihat dengan lebih lanjut kat http://sindarery.aheys.com. Kami adalah baru dan insyaAllah akan usahakan yang terbaik untuk kedai yang kecil ini. InsyaAllah.
    Semoga persoalan ini menguraikan persoalan setiap mereka yang confuse. Thank’s for hopping by! πŸ™‚

FAQ Knitting: St St 12 Rows

Assalamualaikum semua, hari ini adalah hari Ahad.. juga merupakan Mother’s Day. Semoga Allah swt sentiasa merahmati ibu dan bapa kita. Amin.

Shoutbox di atas, adalah merupakan soalan yang diajukan oleh seorang pengunjung, Dan tiba-tiba pula dapat satu idea πŸ™‚

From now on.. I will open another category, which is FAQ KNITTING. InsyaAllah, segala pertanyaan akan saya jawab dan akan letakkan di bawah FAQ KNITTING. Mungkin ianya akan membantu dan memberikan manfaat kepada pengunjung/peminat mengait yang lain. Terima kasih saudari Zamrita Anuwar di atas pertanyaan saudari. InsyaAllah, saya akan cuba jawab sebaiknya! Saya tidak menjawab di shoutbox disebabkan ruang yang terhad dan semoga jawapan di post ni dapat membantu saudari πŸ™‚ InsyaAllah.

Apa maksud st st 12 rows?

1. St St

Pertama sekali, kita kena faham dahulu apa maksud St St.

St St abbreviation dan ringkasan bagi Stockinette Stitch. Apakah itu stockinette stitch? Stockinette stitch ialah satu jenis kaitan di mana anda menggunakan kaitan jenis Purl dan Knit sahaja sewaktu mengait setiap baris. Contohnya:

Row 1 (RS) : Knit

Row 2 (WS) : Purl

(Ulang Row 1- Row 2 untuk mendapatkan stockinette stitch)

Gambar rajah di bawah adalan untuk melihat contoh St St ataupun Stockinette Stitch.


Gambar di atas adalah menunjukkan St St. Iaitu pada bahagian sebelah rupanya seperti knit side dan sebelahnya pula adalah purl side.

2. St St 12 rows

Maksud st st 12 rows pula ialah, anda perlu membuat kaitan sebanyak 12 rows stockinette.Β  Jadi maksudnya, anda akan kait Knit satu baris, Purl satu baris, Knit satu baris, Purl satu baris sehingga baris ini mencapai 12 baris mengikut pattern.

Apabila telah sampai 12 baris, anda boleh menukar kaitan kepada bentuk kaitan yang lain seperti yang diarahkan oleh pattern.

Semoga jawapan ini dapat membantu menjelaskan maksud st st 12 rows πŸ™‚

I need to finish my sweater today!

Thank you for hopping by!

May Allah swt bless us all.