Belajar Mengait di KOTA KINABALU

knittingworkshop

NEWS:

Salam friends!

Pada 14hb December 2014, Da’Knit & Tinunturu d’Alice akan mengadakan kelas terbuka untuk belajar mengait jarum dua (Knitting) -Belajar Mengait Baju & Blocking.

Berikut adalah maklumat Kelas tersebut:

Tempat: Central Plaza Mall Kota Kinabalu
Masa: 9.00 hingga 4.00 pm (14 December 2014)
Yuran: RM65.00/sit. Peralatan mengait, nota dan benang kait akan disediakan (No refreshments)

Terbuka kepada 20 sits sahaja.

Kepada yang berminat, perlu membuat tempahan lebih awal dengan bayaran sebanyak RM65/sit sahaja.

Jangan lepaskan peluang belajar mengait dengan kadar yg istimewa ini ?

Sila inbox atau email sales@daknit.com untuk tempahan.

Terima kasih.

— at Central Plaza Shopping Mall.

Book Review: Maran Illustrated Knitting & Crocheting

51MuqIYR2YL
Ulasan Buku//Book Review:
Sewaktu saya mula-mula belajar mengait jarum kait dua pada tahun 2009, youtube.com adalah di antara guru pertama yang banyak membantu saya memahami -step by step- how to knit. Saya juga cuba mencari beberapa buku antaranya seperti Big Book of Knitting, Teach Yourself Visually Knitting, Not Your Mama’s Knitting, dan beberapa buku yang lain.

“When I first learnt to knit around 2009, youtube.com is one of my first teacher that taught me step by step how to knit. Besides that, I also searched and bought many kind of books such as Big Book of Knitting, Teach Yourself Visually Knitting, Not Your Mama’s Knitting and few more”

Selain dari membeli buku, saya juga sering mencari – download- version untuk melihat buku-buku yang baik untuk dibeli. Memandangkan buku-buku ini agak sukar di dapati di kedai di Malaysia, saya tidak mahu membeli sebuah buku yang mengecewakan. Oleh itu, alternatifnya adalah melihat review dan content buku sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Akhirnya, saya terjumpa sebuah buku seperti buku dalam gambar ini. Iaitu Maran Illustrated Knitting & Crocheting.

“When I want to purchase a new book, looking for download version is what i mostly do when I want to have a look before deciding to purchase the book. Especially, when it is very difficult to find good books here in Malaysia. Reading the reviews and seeing the content helps me to get the idea what kind of book is this. To avoid frustration, I made many searched before buying. Finally, I found this book named, Maran Illustrated Knitting and Crocheting”

Pada tahun 2010, saya berjaya mengait sebuah baju dewasa Vest berpandukan buku ini. Alhamdulillah. Buku ini antara buku yang paling terbaik! untuk belajar Knitting. Alhamdulillah saya gembira dapat memilikinya kini dan tidak ada penyesalan membeli buku ini.

“In 2010, I made my first knitted Vest for adult with the help of this book! Alhamdulillah, Without doubt, I can say that this book is one of the best book I have ever used to learn Knitting and Alhamdulillah, I am very happy to own the hardcopy of this book and I have no regret at all”

Saya sangat galakkan buku ini dijadikan panduan untuk anda belajar mengait. Buku ini sangat sesuai untuk pemula yang ingin belajar mengait. Penerangan yang sangat jelas dengan gambar yang terang dan sangat mudah difahami banyak membantu untuk belajar mengait jarum dua.

“I recommend this book for beginners or for starter who wants to learn knitting. This book is the best teacher that can teach you how to knit. The explanation along with a clear pictures are easy to understand without hassle”

Selain daripada knitting, bonus untuk anda buku ini juga mengajar anda untuk belajar mengait jarum satu (crochet),

“Besides knitting, a bonus for you! This book also teaches you how to crochet”

di Amazon.Com, daripada 35 reviews, 30 reviews adalah 5-stars! Bermakna buku ini sangat baik untuk dijadikan sebagai guru visual anda! Oleh itu, jangan takut untuk melabur bagi mendapatkan ilmu yang lebih dalam sesuatu pembelajaran. Usaha tangga kejayaan bak kata pepatah

“This book won 5 stars among the 30 readers in Amazon.Com, which tells us that we should have this book in our bookshelf!”Therefore, please don’t be afraid to invest on books. As we all know, there is no FREE knowledge as the good one always ask for some pennies! 🙂


Review ini adalah dari pandangan saya sendiri. ianya mungkin berbeza dengan pandangan orang lain//This review is my own opinion only and may be differ with someone’s else opinion.

Ery,
www.daknit.com

Benang Kait

1618522_694535183903329_1534576941_n

Saya kerap menerima email yang bertanyakan tentang jenis-jenis benang kait yang ada dan saya rasa sangat senang membantu mereka mendapatkan jawapan untuk soalan mereka.

Satu perkara yang sering saya tekankan ialah “Jangan Takut Untuk Mencuba”. Mencuba pelbagai jenis benang kait yang ada di pasaran merupakan salah satu cara yang paling baik untuk anda tentukan kelebihan dan kekurangan terhadap benang kait tersebut dan kesesuaiannya terhadap projek anda.

Saya sendiri amat suka mencuba pelbagai jenis benang dari yang paling mahal sehinggalah yang paling murah bagi melihat kualiti dan kelebihannya. Sememangnya setiap benang yang sudah saya cuba dan kait ini mempunyai pro dan cons masing-masing. Disini, anda perlu bijak menentukan bajet anda supaya pembaziran tidak berlaku.

Apa yang sering kali saya perhatikan ialah “”andaian”” menjadikan kita takut untuk mencuba sesuatu jenis benang kait sama ada mahal ataupun murah walaupun tidak pernah kita cuba. Bagi saya, saya tidak akan menerima “‘andaian”” selagi tidak mencubanya, bukan setakat touch and feel sahaja tetapi saya pasti akan hasilkan sebuah projek kecil ataupun besar bagi melihat hasilnya sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk projek yang ingin saya kait.

Tahukah anda, setiap benang kait yang dihasilkan walaupun diperbuat daripada jenis fiber yang sama, sama ada ianya adalah wool, acrylic, cotton, bamboo, linen dan pelbagai lagi, hasil tekstur adalah sangat berbeza dari satu jenis ke satu jenis yang lain seperti dari jenis yang paling keras sehinggalah jenis yang paling lembut.

Setiap ketebalan dan cara pintalan benang kait tersebut juga sangat mempengaruhi hasil kait kita. Cara mengait dan teknik stitch yang digunapakai juga amat memberi kesan terhadap hasil kait dan projek. Projek yang melibatkan cable stitch dan ribbing menjadikan projek kita lebih tebal manakala projek yang dihasilkan secara lace dan loose memberikan efek lembut terhadap projek kita walau apa pun jenis benang kait yang digunakan. Selain itu, peranan ‘blocking’ amat memberikan kesan yang mendalam terhadap hasil akhir projek dimana ianya akan menjadikan projek anda ebih lumayan dan eksklusif.

Walau bagaimanapun, pilihan yang terbaik adalah bermula di tangan kita. Sama ada mahal ataupun murah sesuatu benang kait tersebut, anda perlu bijak membuat pilihan bagi mendapatkan kepuasan anda dalam menghasilkan projek kait anda. Tidak semua projek sesuai digunakan dengan benang kait yang sama disebabkan perbezaan ketebalan, berat dan pintalan mempengaruhi projek kita. Bukan kerana ia mahal ataupun murah.

Di harap artikel pendek di pagi ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat pilihan dalam pemilihan benang kait yang untuk sesuatu projek anda.

23.April.2014
Ery EROGLU
www.daknit.com

Benang kait berbulu? Mari blocking!

block-acrylic-4Sumber gambar/foto: http://hydecodesigns.files.wordpress.com/2011/07/block-acrylic-4.jpg?w=470

Assalamualaikum dan selamat pagi!
Alhamdulillah.. pagi ini saya gembira dapat berkongsi panduan dengan seorang pelanggan yang dikasihi. Panduan ini juga ingin saya kongsikan dengan para pelanggan kami yang menghadapi masalah yang sama iaitu hasil kait berbulu.Antara penyataan dan soalan yang kerap kita dengar ialah:
1. Benang ni berbulu tak?
2. Benang ni pada mulanya tidak berbulu.. tetapi mula berbulu selepas dikait
3. Benang ni tidak elok.. ianya berbulu (sifat benang dari jenis akrilik sememangnya akan berbulu sama ada sedikit ataupun banyak bergantung cara ianya dipintal. Sifat ni mempunyai kelebihan kerana sifat bulu itu menjadikan benang lebih lembut dan gebu. Namun,cara penjagaan yang betul akan mengurangkan sifat hasil kait yang berbulu)Selalunya hasil kait daripada jenis benang haiwan pasti akan di ‘blocking’. Bagaimana pula jenis dari benang akrilik yang kini semakin popular dikomersilkan untuk benang buat bayi. Bagi yang belum tahu, benang kait yang diperbuat daripada jenis fiber akrilik atau mempunyai campuran akrilik kebiasaan teksturnya sedikit atau lebih berbulu daripada benang jenis 100% kapas. Hasil kait daripada jenis benang akrilik lebih mudah dibasuh menggunakan mesin basuh, tidak akan mengecut walaupun dibasuh berkali-kali. Juga tahukah anda hasil kait menggunakan benang jenis akrilik boleh menghasilkan projek yang lebih lembut dan ringan daripada benang kapas, sejuk dan tidak ataupun kurang berbulu jika anda tahu tekniknya. Setiap benang mempunyai sifat tersendiri dan begitu juga dengan benang jenis akrilik. Teknik ini dipanggil sebagai ‘steam blocking’.’Steam/Garment blocking’ biasa digunakan oleh kilang-kilang yang mengeluarkan hasil pakaian yang dikait agar produk lebih tahan lama dan mudah dibasuh dengan mesin. Teknik ‘steam blocking* amat mudah dipraktikkan di rumah. Teknik ini juga boleh dipakai untuk membesarkan saiz hasil kait anda mengikut ukuran yang anda inginkan. Jika dahulu, pendapat ‘benang akrilik tidak boleh di-blocking’ menjadikan benang ini kurang digemari tetapi kini tidak lagi. Dengan adanya teknik ‘steam blocking acrylic yarn’, hasil kait anda akan nampak lebih hebat.

Kelebihan ‘steam blocking’:
‘Steam blocking’ membantu menghasilkan hasil kait yang tidak berbulu atau sangat kurang bulunya, lebih lembut dan sejuk dipakai. Disebabkan akrilik adalah fiber yang bersifat plastik, ‘steam blocking’ sangat membantu mengubah teksturnya. Selain itu, seperti hasil projek menggunakan benang haiwan, benang akrilik juga boleh di ‘block’ jika anda ingin mendapatkan hasil yang lebih besar dari saiz asal yang dikait, oleh itu, jangan takut untuk ‘blocking’.

Langkah berjaga-jaga:
Namun, langkah berjaga-jaga sewaktu membuat ‘steam blocking’ perlu dititikberatkan agar hasil kait anda tidak rosak. Istilah ‘killing acrylic’ biasa digunakan jika keadaan sangat memerlukan hasil kait yang lebih lembut dan jatuh cantik tetapi tidak semua projek sesuai menggunakan teknik ini. ‘Killing acrylic’ hanya akan dilakukan jika anda rasa perlu sahaja kerana ianya boleh menjadikan corak kaitan anda kurang menyerlah. Selain itu menjadikan hasil kait anda tidak lagi ‘stretchy’.

Bagaimanakah cara menggunakan teknik ‘steam blocking’ yang betul?
Sebelum anda mencuba teknik ini, adalah dinasihatkan untuk anda mencuba ke atas sampel terlebih dahulu. Kait sebanyak sampel yang anda inginkan dan cuba jaya teknik ini sehingga anda memperolehi hasil yang diinginkan dengan menggunakan ‘steam iron’.
1. Letakkan sampel anda di atas ‘board’/’foam mat’ ataupun tuala yang kering. (Jangan sesekali basahkan hasil kait anda untuk ‘steam blocking’ kerana ini boleh menyebabkan hasil kait anda menjadi lebih berbulu dan rosak)
2. Dengan menggunakan ‘steam iron’ dan haba yang tidak terlalu panas, tanpa menyentuh permukaan hasil kait, tekan/picit butang steam pada seterika tersebut da lepaskan ‘steam’ secara konsisten ke atas permukaan sampel anda. Anda tidak perlu menggosok dengan tangan kerana ini boleh merosakkan tekstur benang tersebut. Cukup hanya sekadar ‘pat pat’ pada permukaan untuk membantu meratakan permukaan.
3. Setelah siap di ‘steam’, biarkan sampel anda kering dengan sendirinya. Setelah kering, bolehlah anda melihat perubahan pada sampel tersebut dan lihat perbezaannya selepas ‘steam blocking’.

Cara yang sama juga digunakan untuk membesarkan saiz hasil kait anda.

Diharap, dengan panduan ini, anda lebih yakin mengait dengan menggunakan benang-benang jenis akrilik. Latih untuk lebih rajin membuat ‘steam blocking’ dan mahirkan diri dengan teknik ini untuk hasil yang lebih baik dan memuaskan. Pastikan anda menggunakan ‘steam iron’ yang elok kualitinya untuk mendapatkan ‘steam’ yang baik.

NOTA:

1. Killing acrylic: Mematikan sifat acrylic sepenuhnya menjadikan projek sedikit berkilat, jatuh lembut dan tidak berbulu. Kekurangannya ialah tidak lagi stretchy dan boleh merosakkan projek jika tidak dibuat dengan teknik yang betul.

2. Steam acrylic: Mengurangkan sifat bulu acrylik (bukan menghilangkan sepenuhnya), menjadikan projek lebih lembut, gebu dan sejuk dipakai.

Lain-lain sumber:

Steam Blocking Acrylic Yarn Tutorial: http://youtu.be/xWyOk1a8fyY / http://beadknitter.blogspot.com/2009/03/you-can-block-acrylic.html

FAQ:
1. Perlukah hasil kait di ‘steam block’ setiap kali dibasuh?
Tidak perlu. ‘Steam blocking’ pada hasil kait dari benang akrilik adalah kekal.
2. Saya sudah ‘steam blocking’ tanpa menyentuh permukaan projek tetapi akhirnya ia rosak. Mengapa?
Haba ‘steam’ yang terlalu tinggi walaupun tidak menyentuh pada permukaan hasil kait anda boleh menjadikan projek anda rosak. Pastikan haba tidak terlalu panas sehingga boleh mencairkan projek anda.
With love,
Ery EROGLU
www.daknit.com

Free Tutorial: How To Knit Top Down Baby Cardigan

Assalamualaikum and good morning!

Well, let me get this straight to the point! I stumbled upon on a very very clear instruction and tutorial on how to knit a top down baby cardigan. It is awesome! It is what I actually need for my own reference too! Remember I was saying that I will try my best to create a tutorial for knitting a simple cardigan? For the passed 3 months, my brain was working hard in order to find a best way to present my ideas/tutorial on a paper though actually it’s a very simple work. However, because I’ve been thinking with too much details, it took longer than I expected. The more I try to figure out, the more I confuse.  Well, obsessive thinking is not healthy. LoL. What I mean is, things that is actually simple can turn into a complicated matter when you do it in a hard way (and at the end, you will only going to trouble yourself) and so, I decided to delay it for now. Moreover, in my current situation right now, I still need to work out on my gauge and measurement skills >_< (Means, more revision need to be done)

Also, I need to snap a clear photos of this tutorial, and for that one, I need to buy a new camera!

Since I am enjoying my school holiday at this moment, I’ll take the opportunity to start doing my own tutorial and hope I’ll be able to publish it before the school start again next year. What I need now is to write down an easy pattern and explain them in Malay Language. Insya Allah. May Allah swt make it easier for all of us. Amin.

Alright, so, here is the tutorial I was talking about. Have a try and enjoy your first Baby Cardigan! (Thousands of thank you to the author for her hard work!)

Gramps – adorable outerwear for your grouchy little old man – by Emily Wessel

The Gramps Cardigan tutorial is created as a series of 5 illustrated posts, clearly explaining each of the techniques required to knit the Gramps Cardigan.

  1. Beginning your Sweater: Yarn and needle selection, knitting a gauge swatch, Understanding knitting pattern schematics.  [Post HERE]
  2. Top-Down Sweater Construction: Yoke: Provisional cast-on, Pattern Reading, and Increasing & Decreasing stitches to form Yoke [Post HERE]
  3. Top-Down Sweater Construction: Body & Arms: Separating sweater at the Underarm, casting-on stitches using backward loop method, and knitting in the round [Post HERE]
  4. Shawl Collar and Button Band: Picking Up Stitches along an edge, Short-Row Shaping, Buttonholes, Binding off in Pattern [Post HERE]
  5. Finishing Touches: Working Patch Pockets – Picking up stitches in the middle of knitted fabric, seaming, elbow patches [Post HERE]

Note by author:

For Knitting Teachers

This material is also intended to be useful to those who teach knitting. If you are a shop owner who runs knitting classes, and would like to use this tutorial for instruction, you are welcome to download the .pdfs and use them free of charge in your teaching activities.

Knitting Top Down Guidelines: How I design a top down raglan pullover?

FFK-Cover

(Book author: Kristen TenDyke )

How I design a top-down raglan pullover

There’s one special thing about raglan sweaters that I see overlooked in so many designs.

This one special thing is the depth of the back neck. This is determined by how many stitches are cast on for the sleeves at the neck edge. Half of the sleeve cast-on measurement determines the back neck depth (and the front neck depth if it is worked the same as the back). This measurement, when added to the length of the raglan shaping determines the total length from the shoulder to the underarm, and is important to include for the desired armhole length to be accurate.

For example, if you have 4″ worth of stitches cast-on at the top of the sleeve, that would result in a 2″ back neck depth. And, if the raglan shaping is worked over 5.5″, the total armhole depth is 7.5″. This is an important thing to keep in mind when writing the raglan shaping, because a 5.5″ armhole is a lot smaller than a 7.5″ armhole (Read More at…. http://kristentendyke.blogspot.com/2013/06/how-i-design-top-down-raglan-pullover.html)

Tutorial Mengait Topi: Ruffle Hat (Knitting Version)

Assalamualaikum semua 🙂 selamat datang ke da’knit! hari ni.. memandangkan saya free sangat-sangat, alhamdulillah… dengan FREE yang ada hari ni, saya terfikir untuk membuat tutorial mengait topi baby ruffle version

Pattern asal boleh didapati di Bernat.Com (Search : Ruffle Hat (to knit)) – perlu register dahulu untuk download di website ini.

AMARAN: ANDA PERLU MAHIR KESEMUA 4 ASAS MENGAIT JARUM DUA UNTUK MEMBUAT PATTERN NI.

SKILL: EASY

Ok.. Untuk mengait pattern ni, material yang saya gunakan ialah:

Benang Viscose Premium – sangat lembut dan sejuk. Sesuai untuk dipakai oleh baby, Jarum knitting saiz 4.00mm, Pattern dari Bernat.Com

Mengikut pattern yang tertulis, Gauge bagi pattern ini ialah 23 sts dan 30 rows = 4 inci (10cm) untuk stockinette stitch. Belajar buat stockinette stitch di sini

Permulaan, asas yang perlu anda tahu untuk mengait topi ini ialah:

1. Cast on LONG TAIL CAST ON

2. KNIT

3. PURL

4. BIND OFF

5. MAKE ONE – increase stitch

6. JAHIT TEPI/SEW SEAM menggunakan crochet hook saiz 3.00mm.

ARAHAN PATTERN:

Cast On 9 sts (membuat tapak kaitan sebanyak 9 sts menggunakan LONG TAIL CAST ON seperti gambar di bawah)

Kemudian, baris pertama bermula. Iaitu:

Row 1/Baris 1: (RS- Right Side) (K1,yfwd) 8 times, K1. 17 sts [ Dibaris pertama ini, kita akan membuat (Knit, kemudian letakkan working yarn (iaitu tali benang bersambung pada benang ke hadapan)] ULANG langkah di dalam kurungan ini sebanyak 8 kali, sehingga tiba di stitch yang terkahir kita kait K1 (knit 1 kali). Jumlah keseluruhan stitches ialah 17 sts.

Pada baris seterusnya iaitu, baris ke-2, arahan adalah seperti:

Row 2 and alt (alternate row)/Baris 2 dan setiap baris yang sama (iaitu seperti, 2,4,6,8..) – WS wrong side: PURL (Purl hingga akhir baris) NOTE: Pada baris ini, anda akan mengait kesemua stitches seperti biasa. Kait PURL setiap lubang yang ada juga. Lubang yang terhasil adalah akibat daripada YARN FORWARD tadi.

Kemudian, setelah habis baris ini dikait, anda akan dapati terhasil lubang dan jumlah stitches masih 17 stitches.

Setelah itu, pada baris seterusnya ialah:

ROW 3: K1 (yfwd, K2) 8 times, 25 stitches as total – Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 2) ulang langkah ini 8 kali.

ROW 4,6,8: PURL – setiap baris genap, kait PURL.

ROW 5: K1 (yfwd, K3) 8 times, 33 stitches as total –  Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 3) ulang langkah ini 8 kali.

ROW 7: K1 (yfwd, K4) 8 times, 41 stitches as total – Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 4) ulang langkah ini 8 kali.

ROW 9: K1 (yfwd, K5) 8 times, 49 stitches as total – Knit 1 (yarn ke hadapan, Knit 5) ulang langkah ini 8 kali.

Arahan seterusnya ialah:

Cont (continue) in same manner, inc (increase) 8 stitches on next and every following alt (alternate) row to 89 (97-97-105) sts.

NOTE: Disini, arahan bermaksud, apabila kita telah increase sebanyak 8 stitches sehingga baris ke 9 tadi, anda perlu teruskan INCREASE dalam keadaan yang sama sehingga mencapai stitches yang anda inginkan iaitu sama ada 89 (97-97-105) sts. PERHATIKAN NOMBOR YANG BER-BOLD UNGU.  Setiap increase yang berlaku disini bertambah sebanyak 1 nombor, iaitu bermula dari K1, kemudian K2, K3, K4 dan akhir baris 9 ialah K5. Teruskan baris GANJIL dengan manambahkan 1 stitches pada K tadi, iaitu, pada baris 11,13,15 dan seterusnya, tambah 1 stitches pada bahagian dalam kurungan seperti K1 (yfwd, Kn+1 di mana n adalah nombor) dan ulang langkah ini sehingga habis baris, manakala bagi setiap baris GENAP dikait PURL. Maka hasil yang akan anda dapat adalah seperti gambar di bawah:

Arahan seterusnya:

Cont. (continue) in stocking st  even until work from marked row measures 3 inc or 7.5cm ( setelah habis baris PURL, teruskan mengait dan TIDAK PERLU INCREASE LAGI dalam bentuk stockinette stitch pattern iaitu Knit 1 baris, Purl 1 baris dan ulang sehingga panjang yang dikehendaki) seperti gambar di bawah:

Setelah selesai mengait bahagian BODY PART.. untuk bahagian BRIM arahan seterusnya ialah:

Ruffle: RS – Right Side : *K1, M1* Repeat from * until last stitches, K1, Maksudnya, pada baris seterusnya di bahagian RIGHT SIDE untuk membuat ruffle, *Knit 1, Make 1* ulang langkah dari * ke * sehingga tiba di stitch yang terakhir, Knit 1. Untuk Make One, lihat TUTORIAL MAKE ONE ini.

Kemudian, arahan seterusnya:

Knit 6 rows in garter stitch. Iaitu, kait 6 baris seterusnya dengan kaitan KNIT sahaja. Knit 1 baris dan Knit lagi 1 baris menghasilkan GARTER STITCH PATTERN. Setelah habis kait 6 baris, BIND OFF dan tinggalkan sedikit tali benang untuk menutup kaitan.

Gunakan Crochet HOOK untuk menutup kedua belah bahagian seperti gambar di bawah.

Setelah siap di jahit menggunakan crochet hook, maka hasil yang akan anda dapati adalah seperti gambar di bawah 🙂

TADA! Tambahkan bunga lagi untuk menampakkan seri topi yang cute! Yang ni saiznya ialah lebih kurang untuk 0-3 bulan baby. Anda boleh tambahkan lagi INCREASE untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.

Selamat mencuba!

Tutorial disediakan oleh Da’Knit, lawati kami di www.facebook.com/daknit untuk update terkini! Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di sindarery@gmail.com ataupun PM saya di Da’Knit FB PAGE. Terima kasih.

May Allah swt bless us all.

Cara memulakan belajar mengait

Assalamualaikum everyone.. apa khabar? Semoga teman Da’Knit semua sihat sentiasa insyaAllah…

Kali ini Da’Knit ingin membuat pos mengenai Cara Memulakan Belajar Mengait sama ada Knitting ataupun Crochet.

Saya telah menerima sebuah email daripada seorang hamba Allah bertanyakan tentang cara memulakan mengait beg ataupun topi.

Oleh itu, disini, saya ingin memberikan panduan memulakan seni mengait ini. Diharap pos ini akan membantu anda yang juga ingin belajar mengait 🙂

My current project.. Crochet Along with Yarn Lovers Malaysia (YLM) 🙂

1. Memahami asas mengait jarum kait dua (Knitting) ataupun jarum kait satu (Crochet)

Photo credited to photo-dict.faqs.org

Knitting (Jarum Kait Dua)

Asas yang perlu diketahui ialah:

Photo credited to http://www.craftstylish.com

Crochet (Jarum Kait Satu)

Asas yang perlu diketahui ialah:

2. Memahami istilah-istilah untuk Knitting dan Crochet

Istilah Knitting dan Crochet:

Untuk bacaan berbentuk instruction/arahan, kita harus memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan tersebut. Untuk tujuan ini, anda boleh merujuk Knitting Abbreviations (sila klik link) untuk memahami setiap istilah.

Manakala untuk bacaan crochet, anda juga perlu memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan pattern tersebut. Crochet hadir dalam bentuk arahan dan juga diagram. Bagi memahami istilah berbentuk arahan, anda boleh klik pada link ini: Crochet Abbreviations dan untuk memahami istilah simbol, anda boleh klik pada link ini: Crochet Symbols

Setiap istilah ini menyatakan jenis kaitan yang perlu kita buat. Oleh itu, anda perlu perhatikan juga cara kaitan (boleh rujuk di youtube.com) bagi setiap istilah untuk memudahkan anda membaca pattern dan mengait pattern tersebut.

3. Praktik Menggunakan Pattern yang Mudah.

Setelah anda memahami asas dan juga cara membaca istilah pattern, maka, anda sudah pun boleh memulakan kaitan anda dengan merujuk pattern yang mudah bagi mengait projek yang anda inginkan.

Antara laman-laman web yang anda boleh lawati ialah seperti:

http://www.straw.com/cpy/free_patterns.html

http://www.knittingpatterncentral.com/

Anda boleh pilih pattern yang mudah.. kebiasaannya akan dinyatakan pattern tersebut adalah untuk Beginner. Cuba dan fahami setiap istilah di dalam pattern, dan kemudian kait perlahan-lahan mengikut arahan/simbol yang diberi. InsyaAllah, saya percaya anda boleh lakukannya!

4. Pemilihan Benang.

Pada masa kini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis benang yang menarik dari pelbagai jenis manufacture secara offline ataupun online. Di Malaysia, benang-benang yang biasa digunakan adalah terdiri daripada Nona, Minlon, Sakura, Wina, Venus, Orion Top dan pelbagai lagi jenis-jenis benang yang diperbuat daripada acrylic. Kebanyakkan benang-benang tempatan ini sesuai digunakan untuk mengait alas meja, beg, amigurumi namun secara kasarnya, kurang sesuai untuk digunakan mengait pakaian. Secara online pula, anda boleh mendapatkan benang-benang yang lebih baik kualiti dan mutunya untuk mengait baju, shawl, pakaian bayi dan pelbagai projek untuk keselesaan. Benang-benang ini boleh digunakan menggunakan satu jarum (crochet) mahupun dua jarum (knitting). Benang khas crochet yang dipanggil sebagai crochet thread sesuai digunakan untuk membuat lace ataupun doilies. Manakala benang-benang biasa (yang pelbagai saiz) sama ada crochet ataupun knitting, kedua-duanya boleh digunakan untuk mengait benang-benang ini. Pemilihan jarum dan benang adalah berdasarkan thickness benang tersebut. Semakin tebal benang, maka semakin besar saiz jarum yang digunakan dan begitu juga sebaliknya. Jikalau anda mengait merujuk pattern, maka adalah lebih elok anda mengait berdasarkan jarum dan benang yang dicadangkan. Jikalau tidak mempunyai benang ataupun jarum seperti di dalam pattern, maka peranan Gauge sangat penting dalam mendapatkan ukuran kaitan yang diinginkan.

Anda boleh layari laman-laman web ini untuk melihat jenis-jenis benang yang ada di kedai online kami:

http://yarnsonlineshop.com – kedai benang online Da’Knit Yarns

http://www.daknit.com – kedai jarum kait dua/satu dan benang online Da’Knit

Diharap guidelines ini akan membantu kawan-kawan yang ingin belajar mengait jarum satu ataupun dua :)Jangan cepat putus asa! Yang penting.. sentiasa praktikkan apa yang telah dipelajari. Practice makes perfect!

InsyaAllah.

Semoga panduan ini memberikan manfaatnya untuk kita semua. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke sindarery@gmail.com

May Allah swt bless us all 🙂

Have a good night!