Header updated!

Yey!

Terima kasih kepada adik saya (S’Yusoku) yang sudi membuatkan banner baru ni 🙂

-Sindar-

Sekilas pandangan..

Assalamualaikum..

Baru-baru ini, kita baru sahaja dikejutkan dengan berita yang sungguh menyedihkan tentang kekejaman Israeli terhadap mereka yang sedang dalam perjalanan untuk menghantar bantuan dan keperluan ke Gaza. Marilah sama-sama kita berdoa pada Allah swt agar saudara-saudara kita yang bersungguh-sungguh menghantar bantuan dan sedia menerima risiko itu dalam keadaan yang selamat dan sentiasa dilindungi oleh-Nya juga Al-Fatihah buat mereka yang telah pun pergi. Keberanian mereka itu akan sentiasa di dalam ingatan. (Sungguh sedih.. bagaimana manusia boleh jadi begitu kejam sekali dan tidak mempunyai peri kemanusiaan langsung dan sanggup mencederakan orang yang lemah. Itukah kuasa yang diagung-agungkan oleh mereka yang merasakan mereka itu kuat? Oh Allah.. berikanlah kami petunjukMu agar kami tidak menjadi orang yang zalim..amin..)

-Sindar-

Not Your Mama's Crochet

Assalamualaikum..

Semalam keadaan dibandar sungguh sesak.. Nak cari parking pun susah..

Dua hari ini adalah merupakan hari perayaan Tadau Kaamatan. Hari ini pasti lagi sesak dari semalam 🙁 tak bestnya sebab susah nak jalan-jalan..

Semalam,

Saya sempat singgah ke sebuah kedai buku Times.. Mula-mula pergi ke Harris kat 1B tak ada banyak buku baru tentang knitting..Hmm.. kalau berkesempatan InsyaAllah, akan singgah ke Suria pula. Hari tu, masa singgah kat kedai Buku Times di Suria, terdapat banyak pilihan buku.. huhu..  tapi harga tu.. telan air liur saja 🙂 hehe..

Dan yang semalam…

Sempat membeli sebuah buku yang bertajuk Not Your Mama’s Crochet. Yang best tu, dapat diskaun 50% 🙂 Waha.. beli as a gift untuk my mom, huhu.. tapi silap pula.. my mom kan dah tahu crochet 🙁

Buku ini.. saya rasa sungguh sesuai juga untuk beginners. Fully english tetapi sangat mudah untuk difahami. Banyak sangat tulisan berbanding gambar. Jadi.. saya rasa, buku ini sesuai kepada sesiapa yang lebih memahami sesuatu kaedah itu dengan tulisan daripada gambar.

Kepada sesiapa yang minat crochet, buku ini juga mempunyai pattern yang cantik-cantik untuk dicuba 🙂

Apa lagi? Mari kita crochet 🙂

-Sindar-

Akhirnya… Tuva Hat Siap!

Hari ini.. akhirnya siap juga hat yang saya buat.. walla… nampaknya saiz kepala saya dan adik saya tak dapat nak fit perfectly… nak bagi dengan siapa pulak..

My Version of Tuva Hat

and

My lil sister to modal this hat 😉

Oh ya.. tengahari tadi, alhamdulillah.. jarum cable yang saya beli dari UK akhirnya selamat juga sampai setelah begitulah lama penantian… ingatkan dah sesat kat mana-mana.. huhu.. nak nangis dah 🙂

Thanks to yourcraftshop dari ebay.com for the delivery. Thank you for the great service!

Memandangkan jarum cable sudah ada, bolehlah saya mencuba untuk belajar pula cable knitting. Nampak susahlah… tapi pasti boleh buat. 🙂 Ada sesiapa yang boleh ajar saya tak?

Bulan yang lalu, saya telah terjumpa satu kedai craft online yang menjual barang-barang keperluan knitting, namanya Mayfair Handicraft. Harganya… anda bolehlah lihat dan survey. Halaman web tersebut ialah http://www.maycraft.com.my. Kalau saya tahu, saya pasti dah beli dari sini. Dekat bandar saya, susah hendak mencari barang knitting yang lengkap. Kalau di kL, saya pasti senang juga nak jumpa. Bestnya kalau di sini ada kedai yang sama seperti Myfair Handicrafts..

Malam ni macam nak hujanlah.. seronoknya 🙂

Alhamdulillah.. rahmat Allah memang luas.

Jum kita belajar knit!

-Sindar-

Knit Oh Knit

Dulu,

Masa kecik-kecik.. tengok benang kepunyaan arwah nenek, saya langsung tak berminat untuk ambil tahu.. dulu, selalu juga tengok arwah nenek saya mengait untuk dijadikan alas meja.. sampai sekarang my mom masih simpan lagi dan selalu digunakan apabila hari raya untuk dipasang dekat kerusi ataupun dijadikan lapik/alas meja. Supaya nampak lebih cantik 😀

Itu waktu kecik..

Entah kenapa apabila umur dah makin meningkat ni.. (oh tuanya saya) rasa minat itu berubah dan rasa macam nak belajar sesuatu yang lebih bersifat feminin.. contohnya seperti kait 2.. my mom selalu cakap kait 2 ni susah.. lebih senang bermain dengan kait 1.. tapi terbalik pula untuk saya.. saya rasa kait 2 ni lebih mudah dan senang untuk di handle..

Masa mula-mula nak belajar, saya berfikir banyak kali sama ada perlu ataupun tidak.. kemudian, my special someone 🙂 bagi lah cadangan, memandangkan banyak masa free di waktu cuti, lebih baik isi masa tu dengan sesuatu yang berfaedah.. pada mulanya cadangan untuk mengambil kelas bahasa.. (bahasa apa tu?) , entah macam mana, tiba-tiba terniat pula kat hati, -jumlah belajar knitting- haha.. my mom hanya tahu kait 1 sahaja.. macam mana nak belajar kait 2 ni.. kebetulan satu hari tu, saya berjalan-jalan di dalam mall dan teringatlah satu kedai crafts yang tak pernah saya masuk lagi.. pada mulanya, saya tidak menaruh harapan untuk membeli jarum kait 2 (kalau benang tu.. memang banyak ;)) sebab kedai ni pun kecik ja..

:0 tetapi.. terkejutnya saya apabila terlihat jarum kait 2 tu terletak di belakang dan tanpa berfikir panjang lagi, saya terus sahaja grab 2 pairs jarum kait 2 jenis metal-plastic dari prym saiz 31/2mm dan satu lagi tu jenis bambu saiz 4mm yang saya agak pastinya dari China. Setelah itu saya mencapai 2 jenis benang keluaran Sakura lalu ke kaunter untuk pembayaran 🙂

Sampai ja dekat rumah, my mom pun tanya , apa yang saya beli? Saya terus sahaja tunjukkan pada my mom dan dengan penuh suprise-nya dia pun kata, oh…

Setelah itu, saya kembali ke ruang tamu dan membuka youtube untuk memulakan pembelajaran yang pertama iaitu, belajar kaitan yang paling asas sekali, iaitu cast on, knit, purl dan bind off/cast off.

Pada mulanya, ianya memang sungguh sukar. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan jarum kait yang bersifat metal, ianya sangat licin dan benang kerap terbuka 🙁  dan apabila menggunakan jarum jenis bamboo barulah rasa selesa. Oh ya.. untuk pengetahuan anda semua, jikalau anda benar-benar berminat untuk belajar seni ini, saya suggest agar anda mulakan dengan menggunakan jarum jenis bamboo. Ianya dapat membantu untuk mempraktiskan jari kita ini supaya dapat mengawal benang dengan lebih baik. Apabila anda telah sedikit mahir, jikalau berminat, anda boleh menukar jenis jarum kait 2 anda kepada jenis metal, aluminium, plastic, arcylic, dan pelbagai jenis lagi yang boleh anda lihat di dalam internet dan boleh didapati daripada kedai-kedai craft online.

Jarum kait 2 pun ada jenis juga? :O

Straight Knitting Needles

Biasanya jarum kait jenis bamboo sangat sesuai digunakan bagi kepada yang baru mula belajar. Oh ya, tapi anda harus tahu, bahawa tidak semua kualiti bamboo itu sama. Terdapat pelbagai jenis bamboo yang digunakan dan berkualiti. Selain itu, jarum jenis bamboo juga sesuai digunakan untuk mengait benang jenis silk dan yang mudah menggelongsor keluar ketika dikait.

Jika anda bertanyakan pada saya, apakah jenis jarum yang selesa? Saya lebih selesa menggunakan jarum jenis metal dan metal-plastic, kerana ianya melancarkan kaitan dan menjadikan kita lebih laju mengait 😉

Circular Knitting Needles

Berapakah jenis jarum yang biasa digunakan? Setiap jarum terdapat fungsinya yang tersendiri. Jarum kait 2 terbahagi kepada 3 jenis iaitu, straight kniiting needles, circular knitting needles dan double pointed needles (DPNs).

DPNs

Biasanya straight knitting needles selalu digunakan untuk mengait baju , scarves, headband.. bagi circular needles, biasanya digunakan untuk membuat garment ataupun sweater yang bersaiz besar, juga boleh digunakan untuk mengait socks dan hats. Jarum jenis double pointed needles adalah jarum yang biasa digunakan untuk mengait socks. Biasanya jarum ini terdiri daripada 5 batang ataupun 4 batang DPNs.

Saya berharap, informasi ini berguna kepada anda yang membacanya. Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan dan berminat untuk berkongsi, silalah email saya ok. InsyaAllah, saya akan membalasnya.

Bak kata pepatah Melayu,

Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan

🙂

Saya rasa saya berhenti di sini dahulu..

InsyaAllah, for the next entry, saya akan cuba terangkan pula jenis-jenis benang yang best digunakan 😉 heh heh.. walaupun begitu, masih banyak lagi yang saya belum tahu lagi.. nak kena baca buku dulu 🙂

Happy Mother’s Day!

-Sindar-