Tutorial Knitting: Cara membaca pattern Vest bergambar Part 1 (BACK SIDE)

SAIZ UTK ADULT.. (pattern by Pierrot)

Pattern ni bermula dari bawah ke atas… terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu body, armhole dan neck…

1. Berdasarkan gambar untuk vest BACK.. mulakan dengan membuat CAST ON sebanyak 114 stitches menggunakan Jarum saiz 3.3mm.. (ini jepun punya saiz, manakala untuk US kita guna saiz 3.25mm) Kait secara RIBBING, iaitu Knit 1 Purl 1 sehingga habis baris dan turn Purl 1 Knit 1 sehingga habis baris sehingga PANJANG RIBBING ini mencecah 5cm.

2. Kemudian, teruskan baris seterusnya dengan mengurang sebanyak 5 stitches sehingga hanya ada 109 stitches sahaja dengan menggunakan saiz jarum 3.9mm di mana untuk US kita guna saiz 4mm. Kait menggunakan pattern stockinette stitch, iaitu satu baris knit, satu baris purl sehingga panjang sebelum ARMHOLE ialah 63cm ataupun kait sehingga mencapai 88 ROWS. Pastikan RIGHT SIDE adalah bahagian KNIT dan WRONG SIDE adalah bahagian PURL.

3. Setelah mencapai ROW yang ke 88.. kita akan masuk ke bahagian ARMHOLE. UNTUK ARMHOLE.. pastikan bahagian untuk dikait adalah bahagian RIGHT SIDE. Mengikut gambar, BO 4 sts bermaksud, BIND OFF sebanyak 4 stitches pada awal baris, kemudian kait KNIT seperti biasa sehingga habis baris. Kemudian, PUSING ke bahagian WRONG SIDE, BIND OFF lagi 4 stitches dan kait PURL sehingga habis baris.

4. Setelah habis BIND OFF 4 sts.. kita akan mulakan BIND OFF untuk setiap baris:

2-2-4 – Mula2 kita akan BIND OFF ikut arahan 2-2-4, iaitu, setiap kedua hujung baris ke-2, BIND OFF 2 sts, ulang langkah ini sehingga 4 KALI. Kemudian, masuk baris

2-1-4 – Setiap kedua hujung baris ke-2, BIND OFF sebanyak 1 stitch dan ulang langkah ini sehingga 4 KALI, kemudian, masuk baris

4-1-2 – Setiap kedua hujung baris yang ke-4, BIND OFF sebanyak 1 stitch dan ulang langkah ni sebanyak 2 KALI.

5. Setelah habis mengait bahagian baris ini.. teruskan kaitan tanpa ada DECREASE/INCREASE iaitu kait secara STOCKINETTE lagi ikut bilangan stitches yang tinggal sehingga keseluruhan ROW dari mula BIND OFF 4 sts mencapai 59 ROWS, dan pada ROW yang ke 60, Kait ikut pattern sebnyak 23 sts, kemudian kait 1-1-3 (iaitu selepas KAIT 22 sts pertama, BIND OF 1 sts, kemudian BIND OFF 27sts, kemudian BIND OF 1 sts, KAIT lagi sebanyak 22 sts) TURN… KAIT 21 sts, BIND OF 1 sts, TURN,BIND OFF 1 sts, KAIT 20 sts… putuskan Yarn, sambung kait di bahagian bahu sebelah, PICK UP 22 sts, TURN, BIND OFF 1 sts, KAIT 21, TURN, KAIT 21, BIND OFF 1 sts, maka kedua bahagian mempunyai 20 sts pada akhir kaitan. SIAP BAHAGIAN BELAKANG.

6. KALAU saya ada tersilap kira.. terutamanya bahagian SHOULDER, sila maklumkan ya.. sebab saya hanya translate berdasarkan gambar dan belum kait lagi pattern ni jadi kalau ada tersilap, sila perbetulkan. 🙂

Join us @ www.facebook.com/daknit

May Allah swt bless us all.

 

My new knitting needles :)

Alhamdulillah… today was really a good day. Cok syukur ya Allah’im… today’s tasks went very well, thank you to Allah for everything. Besides, my parcel from UK arrived safely today too. This is my first time i own a needles as big as 20mm hahaha.. looks funny really ^__^ The needles are from Addi of 20mm x 80cm, 40cm of 4,4.5 and 5mm needles and also Stitch markers from Knitpro.

LOVE this stitch markers and the tapestry needles 🙂

thanks to Jillian 😀

May Allah swt bless us all. Thanks for hopping by!

Koleksi..

Ini adalah koleksi knitting needles  saya.. dan mereka lah yang banyak berjasa pada saya… alhamdulillah kerana dengan jarum-jarum ini.. saya belajar banyak pattern untuk memahirkan diri..  Kebanyakkan jarum-jarum ini dibeli secara online, ada yang dibeli dari LYS dan ada yang dihadiahkan oleh teman..

Dan antara butang yang menjadi koleksi… Allah.. kalau rasa memang tidak dibuat.. memang rasa membazir sangat.. asyik fikir apa nak buat dengan button2 ni.. kalau anda ada cadangan.. boleh beri komen ya!

Sudilah kiranya anda juga berkongsi peralatan mengait anda di forum Da’Knit ya! 🙂

Sejak kebelakangan ini.. otak saya banyak bekerja dan memikirkan banyak perkara… dalam hidup ini.. apa pun yang hendak kita lakukan.. nawaitu dan keikhlasan itu sangat penting.. tidak kiralah samada di dalam perkerjaan, perhubungan, perbuatan… dan lebih baik keikhlasan itu kita pendamkan dalam hati tanpa diluah.. kerana berkata ikhlas itu belum tentu ikhlas, kan?

Setiap buruk dan baik pasti ada.. yang penting kita tahu dan pandai menilai sesuatu perkara itu bukan sahaja dari zahir tetapi juga batin..  Jika kita hanya menilai sesuatu perkara di mata kasar.. tanpa menyelami apa yang tersirat seolah-olah kita telah tahu segalanya.. alangkah sedihnya.. manusia yang membuat kesimpulan tanpa meneliti sesuatu perkara itu adalah manusia yang lemah fikirannya.. kerana manusia yang bijak berfikir dan berkata setelah menilai sesuatu perkara itu sedalam-dalamnya adalah manusia yang hebat! Saya juga punya kelemahan dan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.. secara perlahan-lahan, membuang yang buruk, mengambil yang baik.. menilai perkara dengan lebih dalam secara senyap.. memerhatikan keadaan sekeliling dan pelbagai lagi agar kita tidak pernah tersalah langkah.. insyaAllah insyaAllah..

Kerana jika nawaitu kita betul dan hati ikhlas.. buruk dan baik pasti diterima dengan hati yang terbuka.. walaupun ada kalanya sesuatu perkara ini menjadikan hati itu sedih.. tetapi apa pun, Allah itu sentiasa bersama kita!

hihi… sekadar sepatah dua kata dari Da’Knit 🙂

Do you pursue for quality, Knitters/Crocheters?

Assalamualaikum semua..

Kali ini.. saya ingin berkongsi tentang jarum kait satu dan dua dari Knitpro…

Nampak tak gambar disebelah ni? Huhuu… ini adalah jarum crochet Symfonie Wood Crochet Hook hehe yang saya rasa adalah jarum kait termahal diantara jarum crochet yang saya pernah jumpa.. 5 batang jarum ni sahaja kosnya lebih kurang Rm140++..kalau masuk kos penghantaran.

Anda pasti pernah sekurang-kurangnya sekali ter-landing di website Knitpicks.Com. Sebelum mengenal ADDi.. saya sudah lama mengintai-ngintai peralatan mengait dari Knitpicks.Com. Malangnya.. mereka ni tidak offer international shipping sob…. cuma beberapa reseller site sahaja yang ada menjual secara international. Jum kita tengok closer view jarum ni…

Jarum kait ni berwarna rainbow.. huhu.. memang geram tengok sangat-sangat… Ini adalah diantara keistimewaan jarum dari Knitpro. Mereka menghasilkan jarum kait yang berwarna-warni seakan-akan pelangi dari sebatang kayu yang sangat tinggi ketahanan sifatnya. Jarum-jarum ini dihasilkan dengan pelbagai jenis saiz bermula dari saiz yang kecil iaitu 2mm sehinggalah sebesar saiz 15mm.. huhu memang besar. Selain dari warnanya yang sangat menarik. Mari kita tengok details product ni:

Symfonie Wood Crochet Hook (Single–Ended)
Product Highlights:
»     Symfonie Crochet hook – designed by Crocheters themselves
»     All crochet hooks are hand–crafted by skilled artisans
»     All crochet hooks come with grooves that prevent stitches from sliding off the needle
»     Available in extremely Attractive Colour Combination/Pattern
»     Lightweight, yet exceptionally strong & durable
»     Lustrous Wood Surface designed to provide more grasp to easily cope with slick yarns like angora and mohair

»     A crocheters best companion – smooth surface allows for hours of convenient crocheting and the Symfonie wood provides that much–needed warmth to hands

Selain dari itu.. Knitpro juga menghasilkan jarum crochet double ended. Oh ya.. adakah anda tahu bahawa double ended ini mempunyai teknik penggunaannya? Saya dulu menganggap.. double ended crochet ini adalah untuk memudahkan kita mencari saiz dan lebih menjimatkan sebab dua dalam satu. Tapi saya baru dapat tahu bahawa jarum crochet double ended ni juga boleh mengait secara Knit-In-Around . Saya pasti crocheter ramai yang sudah tahu tentang ni.. oh kesiannya saya.. lambat betul baru tahu.… Selain itu, terdapat juga crochet interchangeable dari jenis wood ini yang membolehkan anda menukar saiz dan mempunyai cord yang panjang seperti circular needle. Oh ya.. selain dari wood.. terdapat lagi jenis lain seperti jarum ni…

 

Waaaahhhh… pink colour ni memang cantik! Yang ni pula dihasilkan dari Acrylic. Apa yang hebat sangat dengan jarum dari Knitpicks.Com? Sebenarnya saya sendiri kurang pasti… tetapi rata-ratanya.. dari review yang saya baca dan selongkar di web-web lain… kebanyakkan pengait luar negara sangat gemar dengan jarum mereka dan sanggup menghabiskan beratus ringgit untuk mendapatkan jarum ni… anda pula bagaimana? Saya pula? huh.saya juga harus berfikir sepuluh kali hendak membeli… sesetengah orang mereka menganggap membeli barang yang mahal harganya adalah satu pembaziran dan tidak sangat diperlukan. Namun sesetengah mereka yang memang passion sangat dalam seni mengait sangat gemar mencuba pelbagai jenis jarum tidak kiralah dari yang termurah sehinggalah yang termahal. Yup.. inilah realiti bagi yang sangat-sangat dan tersangat meminati seni mengait. Tetapi bagi saya.. yang penting kita rasa selesa dan apa yang ada adalah menurut kemampuan kita. Saya rasa jika anda selesa dengan sesuatu jenis peralatan mengait dan anda suka dengannya… it’s the best!

Kenapa kebanyakkan jarum ni dijual dengan harga yang tinggi? Hmm.. mungkin sebabnya.. material yang digunakan dalam menghasilkan jarum ini adalah antara material yang berkualiti. Selain itu.. sifatnya yang selesa, mudah mengait, ringan, tidak memenatkan jari, dan pelbagai lagilah diantara faktor yang menyebabkan jarum sebegini lebih ekslusif. Mari kita tengok review product yang ni pula.

 

Spectra Flair Acrylic Crochet Hook (Single-Ended)
Product Highlights:
»     Spectra Flair Acrylic Crochet allows for easy handling of slippery yarns, picking up stitches in a fast and easy manner
»     Designed by Crocheters themselves
»     All crochet hooks are hand crafted by skilled artisans
»     All crochet hooks come with grooves that prevent stitches from sliding off the needle
»     Lightweight, smooth, with the right flexibility – yet exceptionally strong & durable
» Warm and soft ‘feel’
» Ideal for beginners
»     All needles produced in coloured acrylic material on specially designed machines
»     Well-priced : Offers great value for money
»     A much superior product compared to regular plastic needles which are injection moulded
»     Available in larger sizes – 5.0mm to 12.0mm – where the lightness of the needle will be an added advantage in tackling the larger stitches

Bagaimana pula dengan Jarum Knitting/Jarum Kait Dua? oh.. inilah yang membuatkan saya pun rasa geraaaaammm sangat dan tidak terkata geramnya saya… Yang sebelah ini namanya Knitpro Nova Metal.. jenis ini juga antara yang paling digemari oleh para knitters disebabkan sifatnya yang licin, melancarkan kelajuan mengait tanpa tersekat-sekat, mempunyai tip yang halus dan tajam memudahkan untuk mengait lace pattern dan ringan berbanding jenis metal yang lain. Oh ya… melalui review yang saya baca dari web-web lain, Knitpro Nova Metal adalah saingan ADDi..  because of the metal properties.

Hampir kebanyakkan mereka yang menggunakan jarum Nova Metal ini mengatakan bahawa sifatnya sama dengan ADDi dan yang membezakannya ialah Tip Nova Metal lebih muncung berbanding ADDi, boleh menyebabkan jari sakit jika anda mempunyai habit menolak jarum keluar dengan jari melalui Tip-nya.  Oh.. tetapi saya tetap suka tengok Nova Metal ini.. sungguh cantik dan halus walaupun belum pernah cuba lagi 🙂

 

 

 

Jum cuci mata tengok gambar di bawah ni…

This is like a dream … memang rambang  mata jika diberi pilihan untuk memilih salah satu jarum di atas.. kalau di depan mata.. senang nak pilih ikut keselesaan…kan?

Jadi.. anda rasa.. yang manakah pilihan anda?

Do you prefer the Symfonie Wood? (moderate slippery to yarn)

photo credited to: weloveshopping.com

or the Nova Metal? (very slippery to yarn) : This is similar to ADDi Needles 🙂 I love my ADDiS

Photo credited to: Goodrunat.Com

Oorr…. the Spectra? (less slippery to yarn) I found a nice review for this set: Click Here

Yang bestnya.. untuk set Interchangeable ni.. ada set untuk Starter Set bagi setiap jenis jarum ni.. sama ada symfonie wood, nova metal ataupun spectra. And.. the size of each type includes 4.00mm, 5.00 mm and 6.00 mm.. disertakan dengan cable sepanjang 60cm, 80cm dan 100cm dan 3 kunci cable untuk sambungkan cord dan ketatkannya.

Saya suka survey terutamanya harga-harga bagi setiap set ini .. huhu… I found out the lowest is Rm70++ and I think, the Spectra is the lowest price compared to others and also made especially for beginner. Antara yang lain adalah mungkin sebab sifat akrilik-nya.

Harap info kali ini menarik untuk bacaan anda semua 🙂

Kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut, bolehlah Google dan look for Knitpro sets… thanks for hopping by!

Assalamualaikum and May Allah swt bless us all

ReviewatDa’knitdotcom

Which suits you the best? Metal or bamboo?

When I first learn to knit, my first knitting needles was made of bamboo. Some knitters prefer to use bamboo because the surface of bamboo is less slippery which helps to control the yarn (loops) better from slipping off the needle.  So, it is useful to some types of yarns such as silk. However, some knitters who crave for speed prefer to use metal type needles for their knitting pleasure. Is there any differences between these two types of needles? Mostly for beginners, it is better to use bamboo needles when learning to knit. As you improve your skill to control the loops, take a chance to try out other types of needles such as metal, acrylic, plastic, metal plastic and wood. Yep! many types. Oh and besides, bamboo needles are best for those who allergy to metal types too.

Just now when I was looking around the net, I  stumbled upon a very nice post that tells about metal and bamboo knitting needles tips. Metal and bamboo are two different things. Each of type present different results to your knitting projects. Thanks to this tips, I learnt new things today 🙂

And so, I would love to share this nice post with you all. Have a look at it!

Click here — >  Knitting needles – Metal vs. Bamboo: some tips and ideas

Hope this post will be useful for all knitters out there 🙂

Knit Oh Knit

Dulu,

Masa kecik-kecik.. tengok benang kepunyaan arwah nenek, saya langsung tak berminat untuk ambil tahu.. dulu, selalu juga tengok arwah nenek saya mengait untuk dijadikan alas meja.. sampai sekarang my mom masih simpan lagi dan selalu digunakan apabila hari raya untuk dipasang dekat kerusi ataupun dijadikan lapik/alas meja. Supaya nampak lebih cantik 😀

Itu waktu kecik..

Entah kenapa apabila umur dah makin meningkat ni.. (oh tuanya saya) rasa minat itu berubah dan rasa macam nak belajar sesuatu yang lebih bersifat feminin.. contohnya seperti kait 2.. my mom selalu cakap kait 2 ni susah.. lebih senang bermain dengan kait 1.. tapi terbalik pula untuk saya.. saya rasa kait 2 ni lebih mudah dan senang untuk di handle..

Masa mula-mula nak belajar, saya berfikir banyak kali sama ada perlu ataupun tidak.. kemudian, my special someone 🙂 bagi lah cadangan, memandangkan banyak masa free di waktu cuti, lebih baik isi masa tu dengan sesuatu yang berfaedah.. pada mulanya cadangan untuk mengambil kelas bahasa.. (bahasa apa tu?) , entah macam mana, tiba-tiba terniat pula kat hati, -jumlah belajar knitting- haha.. my mom hanya tahu kait 1 sahaja.. macam mana nak belajar kait 2 ni.. kebetulan satu hari tu, saya berjalan-jalan di dalam mall dan teringatlah satu kedai crafts yang tak pernah saya masuk lagi.. pada mulanya, saya tidak menaruh harapan untuk membeli jarum kait 2 (kalau benang tu.. memang banyak ;)) sebab kedai ni pun kecik ja..

:0 tetapi.. terkejutnya saya apabila terlihat jarum kait 2 tu terletak di belakang dan tanpa berfikir panjang lagi, saya terus sahaja grab 2 pairs jarum kait 2 jenis metal-plastic dari prym saiz 31/2mm dan satu lagi tu jenis bambu saiz 4mm yang saya agak pastinya dari China. Setelah itu saya mencapai 2 jenis benang keluaran Sakura lalu ke kaunter untuk pembayaran 🙂

Sampai ja dekat rumah, my mom pun tanya , apa yang saya beli? Saya terus sahaja tunjukkan pada my mom dan dengan penuh suprise-nya dia pun kata, oh…

Setelah itu, saya kembali ke ruang tamu dan membuka youtube untuk memulakan pembelajaran yang pertama iaitu, belajar kaitan yang paling asas sekali, iaitu cast on, knit, purl dan bind off/cast off.

Pada mulanya, ianya memang sungguh sukar. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan jarum kait yang bersifat metal, ianya sangat licin dan benang kerap terbuka 🙁  dan apabila menggunakan jarum jenis bamboo barulah rasa selesa. Oh ya.. untuk pengetahuan anda semua, jikalau anda benar-benar berminat untuk belajar seni ini, saya suggest agar anda mulakan dengan menggunakan jarum jenis bamboo. Ianya dapat membantu untuk mempraktiskan jari kita ini supaya dapat mengawal benang dengan lebih baik. Apabila anda telah sedikit mahir, jikalau berminat, anda boleh menukar jenis jarum kait 2 anda kepada jenis metal, aluminium, plastic, arcylic, dan pelbagai jenis lagi yang boleh anda lihat di dalam internet dan boleh didapati daripada kedai-kedai craft online.

Jarum kait 2 pun ada jenis juga? :O

Straight Knitting Needles

Biasanya jarum kait jenis bamboo sangat sesuai digunakan bagi kepada yang baru mula belajar. Oh ya, tapi anda harus tahu, bahawa tidak semua kualiti bamboo itu sama. Terdapat pelbagai jenis bamboo yang digunakan dan berkualiti. Selain itu, jarum jenis bamboo juga sesuai digunakan untuk mengait benang jenis silk dan yang mudah menggelongsor keluar ketika dikait.

Jika anda bertanyakan pada saya, apakah jenis jarum yang selesa? Saya lebih selesa menggunakan jarum jenis metal dan metal-plastic, kerana ianya melancarkan kaitan dan menjadikan kita lebih laju mengait 😉

Circular Knitting Needles

Berapakah jenis jarum yang biasa digunakan? Setiap jarum terdapat fungsinya yang tersendiri. Jarum kait 2 terbahagi kepada 3 jenis iaitu, straight kniiting needles, circular knitting needles dan double pointed needles (DPNs).

DPNs

Biasanya straight knitting needles selalu digunakan untuk mengait baju , scarves, headband.. bagi circular needles, biasanya digunakan untuk membuat garment ataupun sweater yang bersaiz besar, juga boleh digunakan untuk mengait socks dan hats. Jarum jenis double pointed needles adalah jarum yang biasa digunakan untuk mengait socks. Biasanya jarum ini terdiri daripada 5 batang ataupun 4 batang DPNs.

Saya berharap, informasi ini berguna kepada anda yang membacanya. Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan dan berminat untuk berkongsi, silalah email saya ok. InsyaAllah, saya akan membalasnya.

Bak kata pepatah Melayu,

Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan

🙂

Saya rasa saya berhenti di sini dahulu..

InsyaAllah, for the next entry, saya akan cuba terangkan pula jenis-jenis benang yang best digunakan 😉 heh heh.. walaupun begitu, masih banyak lagi yang saya belum tahu lagi.. nak kena baca buku dulu 🙂

Happy Mother’s Day!

-Sindar-