My half Little Sock!

Alhamdulillah.. syukur pada Allah swt yang hari ni saya mempunyai peluang untuk mengait semula dan mencuba setelah sekian lama saya tidak mengait knitting. Untuk percubaan hari ni, saya mengait sarung kaki comel walaupun pattern sebenarnya adalah lebih besar dari seperti gambar di bawah 😛

Tada! percubaan yang sungguh tidak memuaskan hati.. insyaAllah jikalau rajin saya akan cuba kait lagi sekali.. dan harap lebih kemas dari yang ni…

Material yang digunakan:

Jarum DPNs (double pointed needles) saiz 2.75mm

Benang Alize Superlana klasik 100gm

Stitch holder

Pattern asal: http://www.canadianliving.com/crafts/knitting/amazing_feets.php

Teach Yourself Visually Sock Knitting

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? Semoga anda semua di dalam keadaan sihat sentiasa 🙂

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi untuk terus melawat blog saya yang tidak seberapa ni 🙂

Kali ini, saya ingin berkongsi tentang sebuah buku yang bertajuk Teach Yourself Visually Sock Knitting oleh Laura Chau, buku yang mengajar kita bagaimana hendak membuat/mengait stoking.

Buku ini seperti buku Teach Yourself Visually Knitting, mempunyai banyak gambar berwarna-warni yang menarik beserta penerangan yang jelas dan tidak susah untuk difahami.

Setiap asas kaitan untuk stoking diajar satu-persatu untuk memudahkan kita memahami setiap langkah ketika mengait stoking.  Terdapat beberapa pattern stoking yang menarik yang boleh anda kait untuk projek pertama anda 🙂

Beberapa bulan yang lalu, ketika mencari maklumat untuk mengait stoking, saya terjumpa buku ini dalam bentuk pdf dan diupload di salah sebuah server yang memang dah terkenal dengan “warez store”. Huhu..  ada juga orang yang sudi berkongi kan? Actually, perbuatan upload benda copyright memang salah disisi undang-undang.. hm, tetapi kalau dah susah nak dapat dan mahal pula nak beli, terpaksalah download juga 😉 (uh..) Kalau ada jual buku ini, pasti saya nak beli. Saya sudah pergi ke beberapa buah kedai buku tetapi tidak jumpa buku ini. Manalah nak cari..

InsyaAllah, jumpa lagi di next entry!

-Sindar-

Kait Sarung Kaki/Sock Knitting

Assalamualaikum semua,

Ada sesiapa yang berminat hendak belajar bagaimana hendak mengait stoking? Jum, kita tengok, apa yang diperlukan untuk mengait stoking/knitting socks.

Biasanya, untuk mengait stoking, jarum yang digunakan adalah jarum jenis double pointed needles (DPNs). Biasanya jarum ini mempunyai 4 set ataupun 5 set jarum yang panjangnya biasanya 6 inci, 8 inci dan 12 inci. Setiap jarum mempunyai saiz diameter yang berbeza. Saiz jarum DPNs yang biasa digunakan adalah bersaiz 2.00mm, 2.25mm, 3.00mm, 3.25mm dan 3.75mm.

Double Pointed Needles (DPNs)

Pemilihan benang sewaktu hendak mengait stoking juga harus perlu diambil kira. Jika anda ingin mengait stoking yang akan digunakan sewaktu memakai kasut, gunakan benang yang tahan lasak dan tidak terlalu tebal. Biasanya, benang kait yang dilabel sebagai sock yarns adalah sangat baik untuk mengait stoking jenis ini (dipakai bersama kasut).

Ini disebabkan benang jenis ini adalah tipis dan telah dipintal bersama benang dari jenis wool dan nylon untuk mendapatkan kaitan stoking yang elastik dan tahan lasak. Benang yang tidak mempunyai daya elastik tidak akan mengekalkan bentuk asal stoking setelah beberapa kali dipakai.

Jenis kaitan stoking terbahagi kepada dua bahagian:

1. Bermula dari Cuff sehingga Toe.

2. Bermula dari Toe sehingga Cuff.

Gambar rajah di bawah adalah jenis kaitan Bahagian 1:

Sila klik gambar dan “zoom” untuk melihat gambar dengan lebih jelas dan besar

Maka dengan itu, jum kita tengok video bagaimanakah caranya hendak mengait stoking dengan menggunakan pattern asas seperti knit, purl, cast off,  cast on, decrease, dan increase yang bermula dari bahagian Cuff sehingga bahagian Toe.

Video part I: Cast On and Working on the Cuff

Video part II: Working the Heel Flap

Video part III: Turning the Heel

Video part IV: Picking Up and Knitting the Gussets

Video part V: Closing the Toe with Kitchener Stitch

Selamat mencuba!

-Sindar-